Friday, August 24, 2012

Roll Pen Case - for sale

 Aku pun tak tahu nak bagi nama apa ni, tapi gunanya untuk simpan pen le.
 boleh le simpan 3-5 batang pen koleksi 
 lepas tu gulung, masuk dalam beg komputer @ simpan dalam laci, tak le rosak pen 
 ini bukan kulit 
masuk jam pun boleh, aku dah cuba, 2-3 biji jam dress boleh bawa pergi jalan-jalan


Envelope Jam



Untuk dijual 10 keping ( 1 set)
Stok : 8 set
RM6 siap pos biasa - diskaun jika lebih daripada 1 set.

SOLD - 1 SET

Beg Jam 24 biji tembus pandang - Sold





Tembus pandang /


Beg Jam 32 biji




Not Available

terjual : 1

Folder Jam 9 dan 10 - SOLD




jenis velcro tape ini ada 2 unit sahaja


bahagian luar kemasan pvc
bahagian dalam kemasan baldu (velvet)
saiz berlipat 15 X 11 inci (38 X 29 cm)
mempunyai 24 pemegang elastic
sesuai untuk "display" jam atau untuk "travel"
menjimatkan ruang
kos yang murah berbanding beg jam

click untuk jenis lain
http://jammasa.blogspot.com/2012/03/simpan-jam-anda.html

Beg Jam Jumbo - SOLD

Hari ini aku terima beberapa beg jam untuk dijual. Harganya dah meningkat. Bagaimanapun beg jam saiz biasa ini aku masih jual seperti harga awal tahun dahulu RM150. Untuk stok akan datang harga akan naik lagi.Untuk masa akan datang mungkin aku tak jual lagi jika harganya semakin meningkat. Jadi sesiapa yang berminat boleh sambar sekarang. SMS Jammasa untuk sebarang pertanyaan spesifikasi beg jam saiz biasa  ini.

Beg jam saiz JUMBO hanya ada satu unit sahaja..Kalau harga tawaran menarik boleh jual. Beg jam saiz JUMBO ini adalah untuk promosi. Lain kali kalau dapat stok JUMBO ini harganya mungkin tinggi sikit.Aku masih tidak dapat tentukan harga jualan JUMBO sebab tak tahu kos posnya sebab lebih berat. Kalau COD lagi bagus.Yang biasa tu pun kos pos dalam RM14-16 bergantung cara pembungkusannya.
Jadi lihat dululah 4 keping gambar JUMBO ini. Esok aku upload gambar lagi.



preview



saiz beg jam jumbo dalam kedudukan baring :+- 17 X 15.5 X 4.5 inci (43X 40 X 12 cm)


gambar penuh klik http://koleksijammasa.blogspot.com/2012/08/beg-jam-jumbo-watch-case.html

Alat Buka jam 18pcs - sold



Tambahan alat lain seperti movement holder, hand remover, dust blower boleh runding harga.

Hubungi jammasa 0194618285.

OUT OF STOCK

Wednesday, August 15, 2012

Salam Aidil Fitri


    Kepada semua rakan pembaca blog ini serta rakan-rakan horologi saya menyusun sepuluh jari memohon maaf zahir dan batin jika ada tersalah silap yang menyentuh hati tuan-tuan semua. Semoga ramadhan yang hampir ke penghujung dan aidilfitri yang bakal menjelang ini membawa kita semua menuju ke  jalan kemenangan  di dunia dan akhirat.

   Tahun ini aku hari pertama berhari raya di rumah isteri, yang perjalanannya hanya 2 minit berkereta jika jalan tidak sibuk, kalau sibuk pun 4-5 minit sahaja. Raya kedua di Tambun dengan perjalanan selama   20 minit melalui PLUS Expressway jika tidak sibuk. Selamat memandu ............................................
 
 



ALBA automatic Mantap AL4017X1

Semalam 24 Ogos 2012 aku ke Kampar, tempat lama aku mencari rezeki selama 7 tahun, dah lama tak sana. Pergi pula tu sebab berkursus, bulan puasa berkursus. Habis sahaja kursus, aku pun terus ke pekan Kampar. Tujuan nak mencari pen dakwat (fountain pen) brand Hero, sekarang ni minat pulak kat benda-benda macam tu, mana tahu ada kedai-kaedai lama di kampar ni yang menjual pen tersebut. Malangnya tak ada pula. Akhirnya aku pun terus pergi ke sebuah kedai jam yang sememangnya aku tahu kedai lama di Kampar ni.

Aku terus menuju ke ruang pameran Seiko, mana tahu kalau ada monster gigi berdarah ke. Ha, aku ada nampak gigi-gigi tajam. Tapi lain sikit giginya. Dengan cahaya tak berapa cukup dan mata aku yang sedikit rabun ni, aku tak berapa pasti jam auto atau quartz.Terus aku minta, terkejut aku melihat jam tersebut kerana brand dan harganya. Dalam hati, aku terus buat keputusan paling segera, Aku mesti beliiiiiiiiiiiiiiiiii !!! Bila main jam ini, aku makin pantas membuat keputusan, sebagaimana pantasnya anak-anak murid aku menjawab soalan-soalan sejarah mereka dalam peperiksaan percubaan PMR baru-baru ini...60 soalan boleh siap dalam masa beberapa minit sahaja.!!!

Dengan harga yang ditawarkan kepada aku serta kualiti setanding seiko memang berbaloi jam ini aku simpan. Jam masih belum aku pakai, bracelet masih tak potong. Aku biarkan sahaja macam itu untuk tontonan mata. Jam yang lain banyak lagi untuk dipakai.

 ALBA Automatic dengan Movement 7s26

 Jarum saat bewarna hijau. Perkataan Diver & Automatic turut bewarna hijau. Versi lain ada yang bewarna merah. Lume bewarna putih. Belum diuji. Marker ada ciri-ciri SKXA55K1. Marker Alba ini lebih kemas berbanding Om lama (monster baru finishingnya lebih mantap)
Jarum jam sememangnya berbeza dengan monster atau samurai. Cantik juag, sesuai dengan markernya.
 Day Date windownya sebiji OM


Dial hitam. Tiada ikan pari, tetapi dengan tekstur berombak. Jadi ada peminatnya yang memberi jolokan Alba Wave.
Tugas menukar bracelet ke tali zulu mudah dengan adanya lubang pada sisi lug. Cucuk sahaja. Ciri yang terdapat pada monster dan samurai


 Crown jam ada ciri-ciri samurai, dan terbaru seperti seiko  monster bergigi tajam.
Lengkap dengan crown guard. Perhatikan bahagian tepi body jam, bukan potongan lurus, tetapi cembung, menjadikan crown guard itu cantik.

 Bezel ada ciri-ciri bezel samurai, iatulah sebabnya ianya dikatakan seangkatan dengan samurai.
Berputar sehala, semantap OM. Insert bezel PVD coated. Font untuk minit jenis biasa. 

Bracelet alba mantap ni setanding seiko OM, dengan lug 22mm, bracelet bermula dengan saiz 22 mm dan mengecil menjadi 20mm link ke 2 hingga ke clasp. Ketebalan bracelet 4mm.  Berbanding 20mm lug pada OM, dengan bracelet 22mm mengecil hingga 18mm. Ini menjadikan jam ini begitu berat sebagaimana monster dan samurai.


 Bracelet alba ini juga memiliki extension yang sememangnya bagi memenuhi standard iso bagi jam scuba diving 200m. Ianya berguna apabila memakai baju penyelam scuba. Cuma designnya biasa sahaja berbanding dengan monster yanglebih cantik. Mulanya aku sendiri tidak perasan ada extension clasp ni.

Walaupun Alba AL4017X1 ini bukan sehebat aura Blue atau Black Mantaray, aku tetap berpuashati memilikinya. Seperti pernah aku cerita dulu, Alba adalah jam pilihan semasa zaman belajar dan bila aku bekerja sehinggalah aku terjun dalam dunia jam ini.


Untuk cahaya pencerahan boleh baca disini ( kebanyakannya lebih meminati blue mantaray)


collector item yang ini

Wednesday, August 8, 2012

Melawat Uncle Rama



Petang tadi aku menjejaki beberapa kedai jam, dalam misi menjejak monster. Sementelahan aku ke bandar Ipoh, walaupun jauh juga dengan tempat kerja, hampir 20 km, tetapi ke Ipoh yang jaraknya  lebih kurang 12 km dari rumah perkara biasa. Kadang-kadang hampir 2 -3 sehari bila keadaan memerlukan. Aku bersyukur kerana kesesakan di bandar Ipoh ini masih boleh diterima, nak mudah naik kuda beroda dua.

Setelah gagal menjejak monster, aku terus ke kedai seperti dalam gambar di atas, kedai Uncle Rama yang terletak di Pekan Lama, Ipoh.Aku dengar khabar beliau sakit, aku pulak dah hampir 2 bulan tidak ke kedai beliau, sebab jam-jam aku semua sihat serta dah banyak yang dijual. Kedai Uncle Rama terletak di Jalan Panglima. hanya beberapa blok dari Maybank.

Hari ini beliau ada, seperti biasa Uncle Rama memakai eye loupe. Setelah berbual, baru aku tahu, memang beliau sakit dan telah berada di hospital dalam jangkamasa yang lama. Beliau kena chicken pox, penyakit yang boleh bawa mati, katanya. Aku pun maklum, kalau orang dah berumur kena chicken pox, memang risiko dan merana sikit, nasib baik aku dah kena banyak kali, dari kecil hinggalah aku masuk ke UKM. Menutur bapak aku, sehingga memaksa dia menanam pokok daun mambu untuk mengubat chicken pox aku.

Bila aku lihat Uncle rama sudah ada di Kedainya, aku lega, sekurang-kurangnya mudah le nak merepair jam. Ada juga pembaca blog ini bertanya dimana nak repair jam. Dikedainya, tak banyak jam-jam tangan, yang ada sekadar jam quartz. Tetapi sekarang dah ada pula jam dinding buatan China yang baik mutu dan buatannya, seperti yang disebut oleh Uncle Rama, Aku percaya sebab beliau dah lama bergelumang dengan jam. Katanya lebih baik beli jam baru buatan China ini, daripada beli jam lama. Bodynya pun kayu solid. Aku sendiri memiliki 2 biji jam dinding buatan China yang brand new.

Kepada yang nak mencari jam dinding yang cantik, berharga antara 300 - 650 pergilah ke kedai di atas. Nak jam "grand father" untuk diwakafkan ke masjid/surau pun ada, aku minat juga jam besar ni. Harga RM4K.

jika nak tahu kat mana, jalan panglima ( di pekan lama, Ipoh), rujuk URL kat bawah ni.

https://maps.google.com.my/maps?q=jalan+panglima+,+ipoh&ie=UTF-8&hq=&hnear=0x31caec7c35902c7b:0x24165bab92f67854,Jalan+Panglima,+30000+

SEIKO SKXOO7 - SOLD


RM530 - nego sikit

Monday, August 6, 2012

Seiko Monster Baru - Ditemui Hidup-hidup - update 25.8.2012

Minggu lepas peminat Seiko Monster telah diperkenalkan dengan wajah-wajah baru Monster yang disayangi dan disukai ramai. Mengikut Abg Hassan, pemilik Blog Detikduabelas, monster ini adalah masuk secara seludup "PATI yang dialu-alukan". Semakan dibeberapa penjual di Ebay serta laman web Seiko sendiri juga gagal mengesan monster ini. Dimanakah ianya dikilangkan?

Dengan sedikit masa yang aku ada, mulalah meng"google", mencari berita-berita terkini tentang monster . Adakah ianya akan menjadi buruan ramai, hanya masa yang menentukannya. Bagi yang belum memiliki monster dengan movement 7S26, carilah satu untuk simpanan anda sebelum ianya kehabisan, harganya pun jauh lebih murah terutama jika dibeli secara online.

Dibawah adalah perbandingan OM 7S26 dengan terbaru Orange Monster 4R36. Perbezaan ketara adalah pada  hour marker dan movement 4R36 yang boleh dikunci. Tali jam juga serupa dengan yang lama. Casing dan bezel monster dan 2 warna dial hitam dan orange ini mungkin dikekalkan untuk mewujudkan kesinambungan tradisi monster yang disukai seluruh dunia.

Dibawah adalah perbandingan OM 7S26 dengan terbaru Monster 4R36.


 gambar dari http://forum.watch.ru/showpost.php?p=1390155&postcount=1689

kalau perhatikan crown monster baru tak sama dengan yang lama. Anda suka yang mana?
Hour marker yang baru lebih menonjol. Sesiapa yang dah beli boleh buat perbandingan lume yang mana lebih power. Dial baru tiada lagi nombor-nombor kecil penunjuk minit, ianya bagi menyesuaikan dengan hour marker yang bergigi tajam.


dua monster ini ditemui hidup-hidup, tapi tak dapat ditangkap, pengeras tak cukup
ini dua biji lagi monster yang aku temui , juga hidup-hidup

Bagi aku sendiri, ianya belum mampu memaksa aku membelinya sebagaimana terujanya memiliki OM yang pertama.

Update : Petang tadi aku telah menemui 4 ekor new monster " live". Jam ini dalam kategori "superior" berdasarkan tali tengkuk yang dipakaikan. Seperti yang telah ditulis pada awal pagi tadi, tak jauh bezanya. Tetapi aku dapati brush finishing pada bezel new monster lebih halus.

update :8 Ogos : tadi aku pergi ke tiga buah kedai nak menyiasat jika ada monster-monster yang menyeludup masuk ke Ipoh ni, bukan apa, sebab yang ditemui tempohari masih belum cukup korumnya, bahaya jika ada yang terlepas. Atau mungkin dah diikat di tangan orang. Setelah berhempas pulas, aku masih gagal mengesan kehadiran spesis monster yang lain. Monster lama yang telah dijinak oleh ramai masih kedapatan..
jadi jika ada sesiapa nak berhari raya dengan monster cepat sambar jam diatas, tiada jaminan anda akan dapat.....

update 25 Ogos : jam -jam diatas telah banyak berada di pasaran. daripada pemerhatian aku sendiri, harga buka jam ini berbeza mengikut peruncit, kalau nak mudah perhatikan price tag yang ada sign seiko warna biru, itu adalah harga runcit yang disyorkan. Kemudian barulah pandai-pandai nak bodek untuk diskaun. Ada peruncit yang meletakkan harga monster sunburst pvd bracelet tu RM1600-RM1800. Harga dengan price tag seiko RM1490 (seingat aku) - bial aku tanya selepas diskaun RM1000 lebih sikit. Monster dial oren dan hitam dengan bracelet RM1190, dan RM1090 (seingat aku untuk tali rubber), kecuali muka oren dengan bezel pvd rubber strap aku lupa harganya)

Wednesday, August 1, 2012

DOXA








DOXA - Jenama ini aku mula kenali selepas membaca di blog terutama jam Doxa Sub - diver yang bewarna oren. Sebutannya pun ringkas dalam dua suku kata. Perjalanan aku ke Plaza Sungai Wang
menemukan aku dengan jam doxa yang cukup besar untuk tangan aku yang kecil. Dengan saiz 40mm tanpa crown ianya menjadi dress watch paling besar aku ada.

Jam ini didatangkan dengan bracelet 2 tone ss dan rose gold. Crown jenis screw down dan boleh hack.
Hari berada di pukul 12, manakala tarikh di pukul 3 menjadi satu faktor jam ni aku tak tanggal bila disuruh cuba oleh jurujual yang begitu terlatih. Satu lagi faktor ialah jarum dan marker dengan design klasik yang menjadi minat aku. Jarum dan dan marker sebegini rupa banyak ditemuai pada jam tahun 60an.
Lug jam ini 21mm, menjadikan sukar aku nak mencari tali kulit yang sesuai.Akhirnya pakai sahaja tali 20mm. Tukang jam memilihkan untuk aku seperti tali di atas, sesuai dengan warna rose gold pada ring dan crown.

Case back jenis see thru. Satu-satunya case back see thru yang aku ada.Digerakkan oleh movement eta.  Aku dah lupa codenya. Cermin atas jenis tahan calar. Tapi tak pernah lagi aku cuba mengesahkannya.
Disertakan dengan kotak Tak cukup dengan kotak, aku minta watch stand dengan logo Doxa 1889. Ertinya jenama Doxa ini bukan baru.

nak tengok model-model lain klik sini

http://www.bodying.my/watches.html?manufacturers_id=76&osCsid=lkuji7o45ei17iapkvjt16vh65