Sunday, March 31, 2013

PARKER 21super

PARKER 21; pen budjet rendah daripada parker. pertama kali dikeluarkan pada tahun  1948 dngan status pen murah dengan harga US$5 ketika itu. Parker 21 yang awal mungkin sukar ditemui di Malaysia kini, maklumlah ketika itu negara baru lepas daripada perang dunia kedua.

Pen parker 21 yang dipaparkan di bawah adalah model tahun 50an atau 60an. perbezan yang ketara adalah pada poket clipnya. Parker 21 yang awal mempunyai poket klip yang lurus.iaitu tiada design arrow paparan di bawah.

Parker 21 di bawah dikenali dengan nama parker 21 super. Pen parker 21 ini mudah didapati di ebay dengan harga yang rendah bergantung kepada kondisi pen. Pen yang aku miliki ini diperoleh daripada penjual barangan terpakai di Ipoh. Dibeli tanpa diuji terlebih dahulu.Apabila di rumah baru di uji.Alhamdulillah, pen berfungsi. Ink feed  pun masih elok.






 mata pen stainless steel, berbanding parker 21 dengan gold 14k
warna grey dengan stainless steel cap

parker 51, parker duofold junior, parker 21, lamy 26p, artus, sheaffer, sheaffer agio, sheaffer prelude

Saturday, March 30, 2013

Kotak Jam : SOLD

 Kotak jam di atas untuk dijual. Barang baru. baru ambil di kadai. Material kayu. Display window bukan kaca, jadi tak perlu risau, tidak pecah.


Masuk 12 biji jam. Jam tak berlaga, lihat foto bawah.

 Perbandingan. sama sahaja. Cuma hak saya punya ada tanda jenama. Menyebabkan harga lebih meningkat giler. Kalaububuh jenama, letak kedai jam ,harga pun naik.

Ini kotak jam yang saya beli semasa bercuti di utara tanah air bulan Disember lepas. harga lebih mahal berbanding yang saya nak jual kat atas tu. Dibeli untuk jual supaya sahabat boleh pakai juga barang cantik.


Untuk dijual pada harga : SOLD

RADO NCC 404 & 101

Jenama Rado mengingatkan aku kepada seorang sahabat dengan nick name King of Rado.Minatnya terhadap Rado tidak boleh dipertikaikan. Tetapi aku bukanlah peminat Rado, tapi akhirnya aku membeli juga seketul dua  jenama ini. Tapi yang aku beli adalah model yang jarang aku lihat.

Sejarah Rado jarang kedapatan di internet. Kalau ada pun ringkas sahaja. Sejarahnya bermula pada tahun 1917  apabila Schlup bersaudara iaitu, Fritz, Ernst and Werner yang menamakan syarikat mereka sebagai Schlup & Co. dan berpusat di Lengnau, Switzerland terlibat dalam bisnes jam. Mereka mengkhusus dalam pengeluaran movement jam sahaja. Sehinggalah pada tahun1957 apabila Schlup & Co. dibawah pengurusan baru yang mula mengeluarkan jam dengan jenama sendiri iaitu Rado ( juga menukar nama syarikat kepada Rado) untuk meneruskan survival syarikat. Pengeluaran movement jam semakin mencabar dengan kehadiran syarikat yang lebih besar iaitu Ebauches S.A. yang ditubuhkan pada tahun 1926.

Orang yang bertangungjawab mengubah haluan dan membawa Rado dunia horology ialah Paul Luthi iaitu seorang pemuda yang mengahwini salah seorang ahli keluarga Schlup.





Kini Rado berada di bawah payung Swatch Group sebagaimana jenama Omega, Longines, Mido, Tissot, Hamilton dan Swatch. jam-jam Rado kini mengunakan movement Eta, yang mana Eta juga adalah dipayungi oleh Swatch Group.


RADO NCC404 & Parker 21





Petikan daripada Wikipedia

In 1968, Rado became part of the ASUAG, which merged 1983 with the SSIH to the SMH group, renamed in 1998 as the Swatch Group....


Allgemeine Schweizerische Uhrenindustrie AG (ASUAG)  is the former biggest Swiss Watch Industry Group that had been created with the assistance of the Swiss Government and the Swiss Banks, as an answer to the crisis called upon by the Big Depression, in 1931.
1983, « ASUAG » and (SSIH), then the second most important holding company with Omega and Tissot were forced by the Swiss Banks to merge into Société de Microélectronique et d'Horlogerie (SMH), which now has been renamed Swatch Group.[1] ASUAG grouped most of the movement parts & Ebauches manufacturers on one side, and through its sub holding General Watch Co (GWC); many watch brands on the other side. Most of those companies are still being active, integrated into the new conglomerate.
During the years of crisis, since 1978 until 1991, Dr. Ernst Thomke was at the helm of the restructurings, firstly as CEO of ETA SA, then Ebauches SA, including a mandate as Administrator of ASUAG, and became SMH's first CEO in 1983, position that he held until 1991. At that time newly elected President and main shareholder Nicolas G. Hayek had already become the only person of reference..


Société Suisse pour l’Industrie Horlogère was the second most important Swiss Watch Group, holding Omega and Tissot.
It was created on February 24, 1930 in Geneva by Tissot et Omega, to be joined as from 1932 by Lemania Watch Co & A. Lugrin Co in L'Orient (Vallée de Joux) specialized in the manufacture of horological complications, enabling Omega to obtain the timing of the Summer Olympic Games 1932 in Los Angeles. This was an important step for the development of Omega’s important Sports’ Watches segment with exclusive chronographs, such as the famous Omega Speedmaster Professional Moon watch.
The merger agreement foresaw Omega’s concentration on the luxury watch segment, whereas Tissot's mission was to concentrate on the medium price range segment.
In 1983, SSIH and the Allgemeine Gesellschaft der schweizerischen Uhrenindustrie AG (ASUAG) the other most important Swiss Watch Group, were forced by their Swiss Banks to merge into a new holding company named Société de Microélectronique et d'Horlogerie (SMH), which has now been renamed the Swatch Group[1]
Dr Ernst Thomke was its first CEO until 1991. He instigated a total overhaul of both Omega and Tissot line of products, positioning both brands successfully back into the world markets.

GruenPrecision


Jam-jam Gruen adalah jam selain Rolex yang meletakkan perkataan "Precision"pada muka jam keluarannya. Apakah fakta yang menarik tentangnya? Syarikat jam D. Gruen & Son yang berpusat di Cincinnati, Amerika syarikat telah diasaskan pada tahun 1894 oleh Dietrich Gruen dan anaknya Fred. sebelum itu Dietrich pernah memiliki syarikat jam Columbus Watch Manufacturing Company di Columbus, Ohio pada tahun 1876. Malangnya Columbus watch Co. telah gagal dan muflis.

Pada peringkat awal Dietrich hanya mengimport movement jam dari Switzerland, seterusnya membuat casingnya dan dijual. Pada peringkat awal juga Gruen hanya mengeluarkan jam-jam pocket, sesuai dengan pasaran jam pada masa tersebut. Kemudiannya Gruen beralih kepada pengeluaran jam bersaiz lebih kecil untuk keselesaan pemakainya seperti saiz 16 dan 12 berbanding saiz 18 yang besar. Pendekatan yang diambil oleh Gruen ini telah mengubah pasaran jam.

Gruen VeriThin telah dikeluarkan pada tahun 1904, yang membuktikan kemampuan Gruen untuk menghasilkan jam yang hanya setebal 7mm, yang dalam masa yang sama masih mengekalkan ketepatan jam dalam mengukur masa- masih memenuhi standard ketepatan "railroad watch" yang menjadi piawaian ketepatan jam pada masa itu.
1940's GRUEN Veri-Thin Pocket Watch
http://www.secondtimearoundwatchco.com

Perang dunia Pertama telah mempopularkan penggunaan jam tangan. Ini kerana askar yang berperang merasakan jam tangan lebih selesa samada di perbatasan ataupun di atas kapal terbang berbanding jam poket. pada tahun 1908 Gruen mula mengeluarkan jam tangan untuk lelaki dan wanita, tetapi jam tangan wanita lebih popular iaitu " convertible model. This wristwatch was shaped just like a pocket watch but had detachable straps. Thus, women could wear it as a wristwatch, as a pocket watch, on a chain, or in a number of other ways."
photo from ebay
 Antara model lain Gruen yang berjaya ialah ialah Cartouche untuk wanita yang berbentuk empat segi. Cartouche dikatakan "which allowed a sleeker wristwatch design. The Cartouche was successful, far ahead of its time." Pada tahun 1925 model untuk lelaki Quadron diperkenalkan. Quadron dikatakan sebagai jam pertama yang sangat tepat sebagaimana jam poket yang "high end".Justeru membolehkan ianya dipasarkan sebagai jam lelaki yang boleh dipercayai. 

bacalah rencana iklan Gruen Quadron di atas

Model yang berjaya juga ialah Curvex yang memiliki "patented curved movement design, which allowed for a bigger, and therefore more accurate, movement inside. The sleek design curved around the wearer’s wrist and was quickly a hit."

                  Curvex Model  http://forums.watchuseek.com
Pada tahun 1928 Techni-Quadron iaitu jam doktor diperkenalkan iaitu jam yang yang mempunyai sub dail untuk jarum saat, iaitu untuk memudahkan doktor mengambil nadi pesakit.


Doctor's watch
Seterusnya Gruen memperkenalkan model Ristside dan Curvex-Ristside, yang disasarkan sebagai jam untuk pemandu (lori dan sebagainya). Muka jam dikatakan "sat not on top of the wearer’s wrist, but next to his thumb. This design allowed the wearer to check the time while driving without removing his hand from the steering wheel." Kalau masih ada barulah faham macammana cara memakainya. Kat bawah ni gambar yang diperoleh dari internet.


credit to watchuseek

Gruen mula merosot apabila Perang Dunia Kedua melanda. Gruen telah diberikan kontrak untuk membuat jam bagi tentera. Mereka dilarang daripada mengeluarkan jam-jam lain.(tak tahu mengapa pulak). Ini telah memberi ruang kepada syarikat jam Swiss memasuki pasaran Amerika. Selepas perang Gruen tidak dapat bangkit untuk meneruskan pengusaan pasaran jam di tempat asalnya.Ini diburukkan lagi dengan kematian pemiliknya, Fred Gruen dan George Gruen.



GRUEN Precision & Sheaffer
sumber:http://www.collectorsweekly.com/wristwatches/gruen

Thursday, March 28, 2013

Doxa: jam lama yang orang tak mahu

Minat terhadap jam ini pelbagai. Ada orang yang suka jam lama, tetapi berkilat seperti jam baru. Ada orang suka jam baru, beli dikedai lengkap dengan kotak, warranty card dan resit. Dan jangan lupa,ramai juga yanglebih suka jika jam tersebut sudah faded, kusam, usang , dail berpatina, tali pun lusuh. Ibarat orang memakai seluar jeans lusuh yang koyak sana sini yang dianggap sebagai fasyen.

Aku? Aku ni semua boleh. Jam lama nampak baru pun ok. Jam lama kelihatan betul-betul otai pun ok. Kalau jam baru koyak plastik lagi le ok.

Seminggu dua ni aku berkenan pula pada jam lama yang dah faded. Pakai baju kerja, tapi jam nampak betul-betul lama. Aufff...macam-macam gila main jam ni.

 Muka memang lama, fixed spring bar, dan yang paling utama muka over sized untuk jam tahun sebelum 50an
Update : kata Uncle Rama " apasai ini muka tak centre"
Awal-awal aku dah perasan. Biarlah Uncle, tak mau kacau sama dia.
 Tapi aku tak jumpa la pula sign Doxa kat penutup ni. Tapi ada catatan bulan 5 1957
Update: Aku baru diberitahu oleh Uncle Rama, "Pandai Jam Lama" aku yang caseback ni milik Movado berdasarkan lambang tangan dan stop watch tu. Selepas aku google memang movado lama ada lambang stop watch pada caseback dan cara serial no itu diprint
Movement tiada sign Doxa, tak mengapa.Yang utama jam runing,tapi lewat sikit. Bukan juga masalah besar. Kalau aku nak ketepatan pakai aja jam Doxa baru atau jam-jam  yang lain. 

Tak lama lagi sebiji lagi Doxa lama akan masuk.

Nak baca cerita asal usul Doxa baca di link di bawah, tak sempat nak buat ringkasan
http://www.collectorsweekly.com/wristwatches/doxa

Kotak Jam 8pcs Premium : SOLD

Kotak jam yang cantik dan murah ini aku jumpadi sebuah kedai. Dengan harga yang berpatutan aku ambil dengan niat nak jual. Aku dah ada kotak macam ni, harga lebih mahal daripada yang aku dapat ini.
Boleh isi untuk 8 biji jam. material kotak  kayu. Bantal daripada kain lembut.



SOLD suda

JIKA BERMINAT, SMS SAYA, JIKA ADA STOK BOLEH SAYA MAKLUMKAN


Rolex ; Beberapa fakta yang menarik

Rolex. Bukan semua orang menyukainya. Tapi pada pandangan aku lebih ramai yang suka daripada tidak suka. Kita pakailah jam mengikut kesukaan diri kita. Aku mulanya tak juga memakai rolex. Bila tengok kawan pakai nak merasa juga.Dapat merasa pakai yang murah-murah pun dah ok.Bila tak nak jual pada orang lain yang nak merasa pakai.seronok memakainya pun sebulan dua, selepas itu duduk sajalah dalam kotak seperti jam seiko, citizen dan jam-jam yang lain. Apa-apa pun bacalah cerita Rolex di bawah ini sebagai pengetahuan.

Pengasas Rolex, Hans Wilsdorf  berasal dari German. Sebagai seorang yang bersikap perfectionist, Hans Wilsdorf telah menghasilkan jam-jam yang sangat diperakui ketahanannya untuk kegunaan seharian, bukan hanya perhiasan tangan. Hans Wildorf telah berjaya mengubah persepsi bahawa jam tangan tidak setepat jam poket yang saiznya lebih besar. Keupayaan Rolex menghasilkan komponen jam yang kecil tetapi ketepatannya di perakui dalam mengukur masa dengan tepat telah memberi kepercayaan kepada orang ramai. Akhirnya seperti kita lihat hari ini jam poket tidak lagi digunakan.


Rolex menghubungkan tiga negara industri. German, England dan Switzerland. Pengasas dari Germany, menuntut ilmu dan memulakan Rolex di England, melebarkan sayap Rolex dari Switzerland.Rolex telah dihantar ke Kew Observatory di England dan telah diiktiraf dengan"Class A Certificate of Precision" Rolex turut dihantar ke School ofHorology di Bienne Switzerland pada tahun 1910 dandianugerahkansebagai jam tangan pertama dengan sijil chronometer.

 Kew Observatory di England


Kilang Rolex...berbangga sebagai kilang jam pertama mengeluarkan jam dengan sijil chronometer



"OYSTER"adalah satu trademark yang sangat sinonim dengan Rolex. Jam-jam Rolex sangat diakui mempunyai movement yang bersih walaupun sangat banyak umurnya. baca kisahnya bagaimana bermulanya perkataan OYSTER tersebut.

"Also in 1925, Rolex addressed the weak spot in all watch cases, the winding stem and its predilection for leaking water and dust.  Wilsdorf heard of a patent filed by Paul Perregaux and Georges Peret for a new winding stem and button/crown. Wilsdorf bought the patent and registered the world’s first waterproof case, the Oyster, on July 29, 1926 in Switzerland, and again in London on February 28, 1927.  The term Oyster came to Wilsdorf while trying to open an oyster at a dinner party.  Opening Rolexes today requires special tools very similar to opening an Oyster at a restaurant.  The sealed crown, combined with a water tight synthetic crystal also introduced at the time, along with a threaded bezel and caseback introduced by Aaron Dennison, founder of Waltham Watch Company, Wilsdorf now had the three main watch deficiencies addressed, the crown, the case, and timing accuracy all addressed."

Untuk mendapatkan keyakinan massa bukanlah mudah. Tapi jika berjaya memang berbaloi. Dengan kejayaan Mercedes Gleitz menyeberangi Selat Inggerispada btahun 1927, ROLEX turut menumpang tuah.




Ujian ketahanan dan keutuhan Rolex turut dilakukan di atas puncak tertinggi dunia. Kejayaan Sir Edmund Hillary dan Sherpa Tensing menjadi manusia pertama menguasai puncak Everest turut menandakan kejayaan besar Rolex untuk model Explorer.





penggunaan caseback oyster membolehkan jantung Rolex ini terpelihara dengan 
baik walaupun usianya lebih daripada usia aku sendiri

Rolex adalah antara jam yang banyak ditiru oleh pengeluar jan yang lain, samada homage atau fake. Kalau homage tidak ada masalah kerana jam masih tulin, yang ditiru adalah design atau ciri ciri khusus. Cap tanda dagangan Rolex sahaja yang tidak digunakan. manakala jam-jam fake atau tiruan 99.9% menyerupai jam sebenar termasuk memiliki capa tanda dagangan rolex.

Jangan hairan, bukan jam-jam high end Rolexsahaja ditiru, malah jam- entry levelseperti Rolex 6694 turut ditiru. Sekali pandang sukar membezakannya. Contohnya jam dibawah hanya beharga US$150.
http://www.watchesonlinesales.com/rolex-oysterdate-od01-6694-gold-with-stick-marking-p-1454.html



Rujukan:

http://www.beckertime.com/blog/the-evolution-history-of-rolex/

http://www.caesarwatch.com/article-94-Rolex+History.html

http://www.collectorsweekly.com/wristwatches/rolex

http://rolexblog.blogspot.com/2010/03/all-new-rolex-explorer-i-epitome-of.html

Sunday, March 3, 2013

Saturday, March 2, 2013

Tali Nato : OUT OF STOCK


Dari atas

1. 20mm light grey (hampir nak warna putih) RM35 pos biasa(SOLD)

2. 18mm bond strap RM50 pos biasa(SOLD)

3. 16 mm orange nato (SOLD)