Friday, January 27, 2012

Beg Jam no 11 & 12- Sold (no13 stok terakhir)




Hubungi saya jika berminat.
No. 11 : Body coklat : Sold : Tuan Kamarozaman KT
No. 13: 23 Body Aluminium (23 slots) : sold
No 12: sold : bro mahadzir, BP
Harga jualan RM150 + RM10 pos laju

Tali Jam Timex Ironman Fast Wrap


 Stok lama, valcro strap

 agaknya logo putih tu Ironman 

 jam diletakkan pada bahagian bewarna kelabu tu dan pasangkan spring bar. Cara memasangnya ada diserta pada plastik tu. Bahagian warna kelabu tu bersaiz 16mm, agaknya sesuai untuk jam lug16mm.


bahagian tengah tu tak kemas dah, mungkin sebab bahagian itu berlipat. Gam elok le tu.

Untuk dijual "as is" : RM20 dengan pos.

Tali jam Trim Flex

Belum diguna, tali jam fleksibel warna gold

 spring bar disediakan, tali ni stok lama

 bahagian belakang kotak

end linknya fleksibel, boleh untuk lug 17mm-19mm

Untuk dijual : RM25 dengan pos biasa

Mari berkenalan dengan Cik Rox



Tiada siapa tak mengidamkan Cik Rox ni, janxx pun tak apa. Biasanya peminat jam ni, mula-mula main jam-jam swiss biasa aja. Lama-kelamaan, mula mencari arah baru. Ini berdasarkan pengalaman aku dalam setahun ini. Baru minggu lepas bertemu dengan seorang kolektor otai di Ipoh. Peramah orangnya. Ditunjuknya jam ditangan. Disuruhnya aku agak berapa harganya jam swiss yang dipakai. Setelah diam sebentar, $15 ringgit, katanya. Itu harga bertahun-tahun dahulu semasa Locken masih di tapak asal di belakang Emporium Perak di jalan Laxamana. Selepas itu Locken Ipoh berpindah ke People's Park ditepi Sungai Kinta. Tak berani nak pakai Rolex ke Locken, katanya. Ada aja orang tegur,pegang tangan  nak tengok. Pakai kerja aja. Jadi pada waktu itu kita boleh bayangkan harga Rolex waktu itu. (Tapi kita kena fahamlah, nilai wang dan kuasa beli pada masa itu tidak sama dengan masa kini).

Sebenarnya aku nak bagi link ini aja, boleh le sesiapa yang nak memahami tentang Rolex membacanya serta mudahkan kawan-kawan nak buat rujukan.

Aku: ada pagol dan titoni pun ok dah.

http://stores.ebay.com/InterWatches/ROLEX-Guide-and-References.html

Update: 27 Jan 2012
Assalammualaikum dan selamat pagi. Pagi jumaat ini dapat melihat beberapa biji Cik Rox di blog sahabat, Tuan Wafee. Jadi kita kembali bercerita tentang Rolex, hari ini aku jumpa satu website yang menarik. Pernah tuan-tuan pemilik jam jumpa satu site yang mengajar cara mencuci jam seperti ini:


Cleaning Your Rolex

Like any other work of intricate artistry and technology, a Rolex requires occasional cleaning and upkeep. There are many places on the watch where dirt, body oils, and other greasy particles accumulate--such as between the links on the bracelet, the area joining the case and the bezel, and around the Cyclops lens. With repeated use and the gathering of dirt particles, your watch will require a thorough cleaning as described here:
  • Before you start cleaning, make sure the winding crown is tightly screwed onto the case.
  • Since you will be using your hands to clean your watch, wash them thoroughly with soap or hand wash to avoid transferring any dirt or grease to the watch.
  • Use lukewarm water to rinse off your watch.
  • Fill a bowl with lukewarm water and ammonia-free mild soap.
  • Apply this soapy water all over your watch using your hands.
  • Now, gently scrub the watch to clean it of all dirt particles. Your old toothbrush can be used as an ideal scrub for this purpose. During scrubbing, submerge the watch and the toothbrush into the soapy water at short intervals.
  • Once you are confident that the Rolex has been cleaned, rinse the watch with lukewarm water.
  • Using a clean and soft cotton cloth, gently pat the watch until dried.
  • Since your cloth may not reach the links on the bracelet, you can use a blower or hair dryer to remove the excess water from the inner surface of the links.
  • To completely the process, you may again use a dry cloth to remove any remaining moisture.
  • http://www.melrosejewelers.com
Maklumat-maklumat dalam website ini menarik untuk dibaca seperti cara penjagaan jam rolex tuan-tuan.  Sekurang-kurangnya kalau kita ada jam rolex ni, tahulah kiranya tentang nombor-nombor yang terdapat pada jam rolex tuan-tuan.

Selamat mengintai nombor-nombor yang melekat pada badan Cik Rox.

Thursday, January 26, 2012

Untuk Peminat Cik Ome



Apabila aku berkenalan dengan Cik Ome beberapa minggu yang lalu, aku mula membaca salasilah keturunan Cik Ome. Selama seminggu aku bersama Cik Ome memupuk kasih. Selepas aku dapat tahu Cik Ome aku tu bukan tulen, aku putuskan  ikatan dengan Cik Ome. Aku tak putus asa. Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor, begitu lembutnya bahasa kita dalam memujuk. Jadi aku pun mencari-cari jika ada Cik Ome lain yang dapat memikat hati aku. Susah betul kalau dah kena penangan Cik Ome...

Disini aku sertakan link ke web site watchuseek.com untuk mempelajari salasilah cik ome yang aku gila-gilakan itu.
http://forums.watchuseek.com/f45/vintage-omega-advertisement-database-92725.html

Kenangan dengan Cik Ome...

Tali Nato 20mm OM

 tali lembut dan tebal sedikit bagi kategori nato
 yang nak dijual tali sahaja, bukan jam (model sahaja)
 lubang ditebuk dengan kemas

 hujung tali juga kemas

tali dimatikan dengan jahitan, kemas jadinya



2 Sold : Bro Mat Sal + zulu 22mm
            Bro Yuslan



Kalau ada kawan-kawan yang nak tali seperti ini, sama ada hitam/oren atau hitam/kuning saiz 20mm/22mm/24mm sms, boleh diusahakan sehingga sampai ke pergelangan tangan tuan-tuan.

Tuesday, January 24, 2012

Bullhead - selepas overhaul


 Ini adalah ganbar awal seiko bullhead yang aku perolehi pada penghujung tahun lepas. Emm dah ada yang mintak bullhead ni, tapi tak sanggup nak melepaskan. Seperti kata tukang jam aku, jangan jual, sudah jual, tak boleh dapat semula. Perhatikan tanduk bullhead yang panjang tu.

Kekurangan jam ni ialah jarum saat nyang pelek, jarum jam dan minit yang dah dimakan zaman,
push button bukan asal serta crown juga bukan asal. Jalan pun tak lancar, cepat dan mati jika aku terbalikkan jam. Banyak juga masalahnya. Bezel insert juga calar jika diperhatiakn dari dekat. Tali juga bukan ori. Kata tukang jam aku mahal harga yang aku ambil.

Jadi aku kena melabur lagilah untuk meningkatkan imej seekor bullhead hitam ni. 16 Januari 2012 baru aku buat keputusan untuk overhaul jam ni. Pergi jumpa tukang jam di Pekan Lama Ipoh. Pertama, gantikan tiga jarum utama dan push button. Kedua mengikut tukang jam aku, hair spring kena ganti. Kemudian ada sati alat yang telah dimodified yang perlu diganti. Nasib baik aku ada jam dengan movement 6138B, jadi aku faham le sikit. Selepas beberapa hari aku datang untuk hantar jarum baru yang tertinggal di rumah. Aku diberi tahu ada part seiko 5 kat dalam, yang dimodified. Tukang jam kata dia ada spare part. Isnin 23, jam aku siap, habislah duit aku. Tapi harga yang aku bayar tu aku puas hati berdasar part yang diganti oleh tukang jam. Nampaknya harga bullhead ni semakin naik berbanding harga asal aku ambil. Tukang jam juga masukkan buckle clasp original bertanda jenama seiko.

Berikut adalah perubahan rupa pada bullhead ini selepas dioverhaul:



Tanduk bullhead dah ditukar, lebih pendek berbanding sebelumnya. Crown juga ditukar, besar dan mudah ditarik, gasket juga diganti.
3 bilah jarum utama yang baru, aftermarket. Perhatikan jarum saat warna kuning, tidak begitu panjang seperti yang original. Potongannya juga tidak sama. Oklah berbanding warna merah tu...

Bezel insert memang menyakitkan mata, kalau dapat sama seperti ini baru aku bercadang nak ganti, yang ada di pasaran tulisannya warna kuning dan material tidak sama, lebih tebal. (aku dah pakai kat 6138 0030 big brown).

Plet besi disekeliling movement telah ditukar, sebelum ini guna seperti gelang getah yang dipotong. Modified le tu....Nasib baik tukang jam ni banyak spare part.


Bahagian yang diganti ialah balance wheel termasuk yang ada tulis japan tu, satu set. Mengikut  tukang jam aku ada part seiko 5 telah digunakan.

Aku harapkan jam ni tak bermasalah lagi selepas ini








Kedua-dual jarum sub dial kembali ke tempat asal apabila di reset.






Nanti polish, kata tukang jam aku. 

Tukang jam masukkan clasp seiko walaupun aku tak suruh. Mungkin dia pun seronok tengok jam ni...

Dial aftermarket ada di pasaran...tapi aku masih mahu kekalkan yang sedia ada.


Kesimpulannya : walaupun bullhead aku tak secantik yang berharga RM1K keatas, aku tetap puas hati sekadar untuk koleksi aku.



Thursday, January 19, 2012

Package alat jam no.6 (SOLD)

 alat jam 16 pcs

package terdiri daripada alat jam 16pcs (RM55)
eye loupe (RM20)
sticky ball untuk buka case back (RM16)
dust blower (RM16)
spring bar (RM25)

Harga package termasuk pos laju : RM110 nett.
Ini jualan secara package terakhir kerana stok alat jam 16pcs kehabisan. Bulan Mac baru ada stok baru jika waktu mengizinkan.

Wednesday, January 18, 2012

Orange Monster: Ada Berani?

Tali nato bermutu dan tebal >1mm



boleh dipadankan dengan jam om lug 20mm

pakai om dengan nato macam ni, kemudian t-shirt oren juga, sesuai dengan suasana tahun baru cina dengan limau mandarinnya. Jangan pakai seluar warna oren sudahlah.


Saturday, January 14, 2012

Tali Zulu Maratac 24mm PVD Coated - sold





Tali zulu 5 Ring dengan PVD Coated
Tali balistik nylon bermutu tinggi
Original Maratac brand
Untuk jam dengan lug 24mm
RM90 dengan pos
Offer RM80.00

Sunday, January 8, 2012

Cik Ome kena marah




**cerita diatas telah ditokok tambah, jangan ambil serius. Cerita ini terpaksa ditarik balik kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

###Untuk makluman tuan-tuan, cik ome yang aku pikat ni dah berpisah dengan aku sebab cik ome ni bukan  tulen. Aku kena banyak belajar lagi nak kenal yang tulen-tulen ni.

Jika ada kengkawan yang nak beli jam seamaster 300 ni baik baca dulu disini supaya tidak terbeli "fake watch" tetapi mempunyai movement omega yang betul. Walaupun movementnya ori, ini tidak bermakna jam itu menjadi asli dan dijual dengan harga ribuan ringgit.

http://scubawatch.org/hallofshame.html

PREVIEW: Apakah Jam Ini?

Eterna Matic Centernaire' 61 - sold


Tak banyak jenama swiss yang aku ada. Maklumlah jam swiss ni harganya mahal (bagi aku le) walaupun dah berusia puluhan tahun. Justeru dapat simpan sebiji dua jenama Swiss ni dah cukup membanggakan bagi diri aku sebagai penternak kecil-kecilan. Kata sesetengah orang jenama seperti eterna matic boleh diternak. Susah juga nak dapat. Tengok-tengok kat Cik Ebay, boleh tahan harganya. Antara sumber rujukan aku adalah pak cik google serta forum Watchuseek. 

Sejarah Eterna:

Sejarah Eterna dimulakan dengan usaha pengasasnya Urs Schild, seorang guru sekolah di Grenchen, bersama dengan seorang doktor, Josef Girard pada tahun 1856. Pada tahun 1906, menyaksikan nama syarikat diubah kepada Eterna-Werke dan akhirnya dikenali sebagai Eterna S.A pada tahun 1932. Mereka juga menubuhkan ETA S.A yang menumpukan perhatian kepada pengeluaran komponen pergerakan jam untuk dijual kepada syarikat-syarikat lain. Banyak jam-jam Swiss yang menggunakan komponen ETA. Jadi bolehlah kita bayangkan kualiti movement jam-jam Eterna.

Antara model Eterna yang terkenal ialah "Kon-Tiki" yang masih dikeluarkan hingga kini. Penutup belakang jam mempunyai gambar rakit. Jam ini dihasilkan sebagai menghargai kejayaan ahli antropologi Norway yang belayar dari Peru ke Polinesia dalam tahun 1947 dengan menggunakan rakit Kon-Tiki, warisan masyarakat purba Peru. Penghargan ini diberi kerana Thor Heyerdahl memakai jam Eterna dalam pelayaran sejauh 6920 km selama 101 hari merentas lautan Pasifik.

Bagaimana pula dengan lambang eterna yang menggunakan lima biji ball bearing. Lambang ini digunakan untuk mengingati sejarah mereka memperkenalkan penggunaan 5 biji ball bearing untuk rotor automatik pada movement, buat pertama kalinya pada tahun 1948. Bermula dari situ semua jam eterna menggunakan rekaan lima ball bearing untuk rotornya dan jam-jam berikutnya dinamakan Eterna-matic. (Jam-jam awal menggunakan movement manual dikenali sebagai Eterna. Movement automatic eterna bermula seawal tahun 1938.

Kemudiaannya Eterna S.A telah diambil alih oleh FA Porsche Beteiligungs GmbH pada tahun 1995 (Europa Star Magazine). Yang terbaru berdasarkan online magazine "Europa Star" International Volant Limited, a wholly-owned subsidiary of China Haidian, has acquired all shares in ETERNA AG Uhrenfabrik, Grenchen, from F.A. Porsche Beteiligungen GmbH. ETERNA AG is one of the premium manufacturers of watches, components of watches, clockwork, electronic precision time measuring devices and its components. Syarikat-syarikat di China bukan hanya mengambilalih syarikat pengeluar kereta daripada Barat, tetapi juga syarikat pengeluar jam Swiss.

Gambar-gambar di bawah adalah jam eterna matic yang telah memikat hati aku untuk menyimpannya sebagai koleksi

seperti biasa, jam baru dapat bawak pergi jalan-jalan dan ambil gambar



jam dah sebulan dalam simpanan, baru hari ini berpeluang masuk dairi jammasa

sumber internet: eterna fanatic


sumber internet : eterna fanatic

antara movement jam yang nampak cantik yang ada dalam koleksi, 21 rubis.

 brevete? Aku pun tak tahun apa bendanya tu.



5 biji ball bearing jelas kelihatan pada rotor movement yang menjadi lambang eterna