Showing posts with label cerita aku. Show all posts
Showing posts with label cerita aku. Show all posts

Sunday, August 31, 2014

Rolex 6694

Bagi  peminat jam Swiss di Malaysia, memiliki jenama Omega dan Rolex adalah satu harapan. Aku pun sama juga. Untuk memiliki jam baru sememangnya tidak mampu. Maka Rolex lama yang sudah memasuki era klasik dan vintage pun jadilah. Dalam banyak-banyak jam Rolex yang ada, model Oyster Date 6694 paling mampu milik.Jika bernasib baik anda boleh mendapatkannya pada harga permulaan RM2k hingga melebihi RM3k, bergantung kepada kondisi jam tersebut. Sepanjang melayan dunia jam ini aku sudah merasai menyimpan 3 biji Rolex 6694. Jamnya biasa sahaja, memberitahu waktu tetapi kelebihannya terletak pada jenamanya yang sudah terkenal sebagai jam brmutu tinggi.



Untuk menyukai jam Rolex ini bukan hanya melihat luarannya sahaja. Malah yang tidak kurang pentingnya ialah melihat dan mengagumi penggerak jarum jam ini sebenarnya. Kebiasaannya apabila melihat movement Rolex, pasti kita berasa terkejut kerana movement atau kita suka sebut sebagai enginnya sangat bersih, walaupun jam tersebut telah berusia. Justeru kita perlu berterima kasih kepada ciptaan oyster case Rolex yang berupaya melindungi movementnya daraipada pelbagai unsur cuaca.

Untuk menambah pengetahuan kita tentang Rolex 6694 ini boleh dibaca artikel di bawah

http://watchguy.co.uk/teardown-rolex-oysterdate-precision-6694/     
http://watchguy.co.uk/case-polishing-rolex-oysterdate-precision-6694/
http://watchguy.co.uk/reassembly-rolex-oysterdate-precision-6694-calibre-1225/
http://watchguy.co.uk/service-rolex-oysterdate-precision-6694-calibre-1225/
http://watchguy.co.uk/service-rolex-6694-calibre-1225/

Wednesday, July 16, 2014

Seiko Samurai

Jam kedua sudah sampai. Raya sakan tuan punya dengan jam ini. Jam yang telah membuat perjalanan mengelilingi dunia. Dari Jepun ke USA dan seterusnya ke Malaysia. Bahan titanium membuatkan jam ini ringan, berbanding samurai SS seperti yang pernah aku pakai. Tatapilah rupa jam tahun 2007 ini.Syabas kepada pemiliknya.



# Bid di ebay

Thursday, July 10, 2014

Seiko Sumo

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Lama sesunggoh aku tak mengupdate blog ni. Tak ada jam jam baru. Rehat panjang tahun 2014 ini.
Baru-baru ini dapat melepaskan gian membeli jam, walaupun bukan jam sendiri. Jam ini milik rakan jam juga.

Jam JDM rupanya. Order di ebay. Tapi kotak ini kadboard keras aje. Manual dwibahasa.

Sumo oren. Jam yang tak perlu diperkenalkan lagi. Pertama kali pegang tapi tak boleh pakai, orang punya.
Harga pun ok juga. Tak sampai 2k sebab tali rubber.

Yang menarik sekali bukan jam ni, tetapi bagaimana seller dari negara matahari terbit ini mempromosikan dirinya. Lihat kas yang disertakannya.


Pertama kali aku jumpa. Biasa setakat masukkan business card atau resit aja.
Minggu depan sebiji lagi sampai. Ada dua biji lagi nak masuk ni...jam apa ye?

Thursday, May 1, 2014

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua rakan rakan jam.

Lama sangat aku tak update blog. Kalau rumah mungkin dah bersawang dan berhabuk
blog aku ini. Dalam diam masa terus berlalu, tanpa sedar sudah lima tahun aku hidup dalam dunia
jam, baik siang mahupun malam.

Tetapi tahun 2014 banyak merubah minat aku terhadap dunia jam. Setakat hari ini baru 3 biji jam
yang aku beli. Sebiji sudah dijual semula kerana ada permintaan. Beberapa biji jam telah aku jual. Tapi duitnya entah kemana perginya. Tak dapat juga aku simpan duitnya untuk jam yang sangat-sangat aku idamkan. Nampaknya lambat lagilah, lebih-lebih lagi komitmen aku banyak pula tahun ini.


 Duit masih belum cukup beli jam idaman




Ok sahabat jam semua, teruskan minat anda. Sebutir dua yang nak aku jual masih ada lagi. Sudi sudikanlah
bertanya.

Friday, December 13, 2013

Merenung kembali sepanjang 2013

Tahun 2013 semakin ke penghujung. Aktiviti dunia jam aku pula sangat berkurangan di penghujung tahun. Mengemaskini blog pun tidak aku lakukan. Maklumlah tiada jam-jam baru yang boleh aku paparkan. Aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada rakan rakan yang sudi masuk ke blog aku ni. Jika tahun lepas aku memaparkan jam-jam yang aku ada sepanjang tahun 2012, tahun ini aku akan lakukan perkara yang sama. Banyak daripada jam-jam yang aku paparkan itu terjual juga akhirnya. Tetapi formatnya akan berubah tahun ini. Setiap hari aku paparkan satu jam sahaja.
13.12.2013
# 1 Longines Grand Prize box set
sold (2015)

14.12.2013
#2  RADO NCC 101 sold

15.12.2013
#3 SEIKO PRESAGE
SSA011J2
RM550 nego
like new

16.12.2013
 #4 SEIKO ORANGE MONSTER
jam koleksi terawal 2010-2013
sold

17.12.2013
#5 SEIKO 5606 5160
sold

18.12.2013
#6 MIDO COMMANDER
FOR SALE RM1350 Nego

21.12.2013
#7 ROLEX PRECISION 6694 
sold 2015



#8 ROLEX PRECISION 6694
update 26/10/2014 SOLD


22.12.2013
#9 ROLEX PRECISION 6694 sold



23.12.2013
 #10 ROLEX AIRKING 1002
RM5400 nfs




#11 ROLEX 1007
sold 2015


Semua Rolex di atas mempunyai bracelet original

24.12.2013
#12 OMEGA DYNAMIC AUTOMATIC 

#13 OMEGA DYMANIC 
SOLD

25.12.2013
 #14 OMEGA CONSTELLATION CALENDER
RM2100 NFS


#15 OMEGA CONSTELLATION PIE PAN
RM3200 NFS

Semua Omega Constellation di atas hadir dengan bracelet butir beras

26.12.2013
SPEEDY 861 '92
RM7800 NFS
 update 1.1.2014

Hari ini bermula tahun 2014. Sebanyak 16 biji sahaja jam yang sempat aku post ke blog. Susah juga nak mendisiplinkan diri rupanya. Cadangan asal, aku akan upload jam-jam yang masih kekal dalam simpanan aku. Antara jam yang tidak sempat aku upload ialah sebiji pagol, sebiji titoni dan beberapa biji seiko serta sebiji rado.

Untuk tahun 2014 masih terlalu awal untuk menjangkakan apa akan terjadi kepada jam-jam di atas. Sudah terdetik untuk menjual beberapa jam di atas. Tetapi aku akur menjual jam tidak semudah membeli jam. Belum tentu jam yang kita ada diminati oleh orang lain.

2014 ini aku akan meningkatkan disiplin diri untuk mengurangkan pembelian jam. Ini supaya aku boleh membeli jam yang membolehkan aku berehat panjang. Banner blog 2014 adalah gambaran perjuangan tahun ini. Selamat tahun baru 2014 untuk semua pembaca blog ini.




Tuesday, August 6, 2013

Salam Aidilfitri 2013/1434H


Kepada semua pembaca blog ini selamat menyambut aidilfitri 1434H. 

Tuesday, February 26, 2013

Dapat juga!

Hari ini aku ke kedai Uncle Rama.Tujuan aku menghantar jam Pomar kawan aku untuk diganti cermin dan servis. Setelah selesai dan berbual sebentar aku menuju ke kereta. Tetiba aku berpatah balik untuk bertanya bila jam kawan aku tu boleh disiapkan. Kemudian Uncle Rama mula cucuk jarum menunjukkan jam yang dia ada. Mahu jam Russia alarm? Aku pun duduk semula dan membelek-belek jam dan sambil Uncle Rama mengunci untuk menguji bunyi alarm jam tersebut. Aku tak minat jam Russia serta jam ada alarm, belum terbuka pintu hati. Kemudian aku pula menunjukkan jam yang aku pakai...

Aku: Ini jam saya, lama punya.
UR : Ini tali bukan dia punya. Tengok ini hujung.
Aku: Ya Uncle.
UR : Saya ada satu tali. (Uncle Rama mengeluarkan tali jam daripada laci mejanya)
Aku: Cantik! Ini lama punya tali. Mahu jual ke uncle.
UR: itu hari ada satu Cina mahu beli. Dia mahu bayar lima ratus.Saya tak mahu juallah. Tak kenal dia.
       Customer bolehlah.
Aku : Nanti uncle punya jam tak ada tali.
UR : Ini bukan betul punya jam la. Pakai saja. Tapi ini hujung panjang sikit. Kasi cuba tengok dulu.
Aku : Ori ke?
UR : Original punya. Tengok ini ada tanda ( sambil menunjukkan clasp 3dot pada clasp)
Aku : Berapa uncle mahu jual?
UR : X00.
Aku: Bolehlah saya angkat.
UR: Sudah pasang. Ini tali Rolex senang masuk, mesti boleh punya. Sekarang baru cantik, jam lama tali  
       lama.
Aku : Cantik! Cantik uncle. Kemas.
Aku terus menghulurkan kertas agong.
UR : Pakai dulu. Ada panjang ka?
.......
Aku : Ok.Sudah elok. Thank you very much uncle. Thank you. Thank you.
Aku mengucapkan berkali-kali terima kasih kepada Uncle Rama.
Aku rasa bertuah kerana UR mahu menjual tali jam yang rare ini kepada aku.

Memang rezeki aku petang ini. Semuanya bermula dengan ada menunjukkan jam aku kepada Uncle Rama.
Dan dalam masa yang sama Uncle Rama juga mendapat bahagiannya.



Update: Rivet bracelet ini telah dipasangkan pada jam Rolex 1007.







Sunday, February 24, 2013

Apa lagi?

Manusia tidak pernah puas. Dahulu semasa di sekolah kita pernah belajar subjek perdagangan. aku belajar semasa tingkatan 1, tahun 1982. Guru aku pun dah arwah, Cikgu Azami Bahari. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

salah satu yang dipelajari ialah keperluan asas manusia, iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal. Selebih daripada itu adalah kehendak. Kehendak manusia tiada had. Berbalik kepada hobi aku ini, apakah lagi kehendak aku yang tidak terpenuh. Nak jam diver yang jadi buruan seperti Seiko turtle, OM dan Samurai pernah aku miliki.Aku pernah memiliki berbelas jam diver. Oh! cuma Rolex Submariner sahaja belum aku tercapai.

Jika nak jam dress yang cantik...aku telah memilikinya. Omega, Rolex, Zenith, Eterna Matic, Benrus etc. Aku pernah merasa memakainya.Akhirnya jarang-jarang juga dipakai.

Jam chronograph? Buruan ramai seperti Bullhead, UFO, Helmet aku dah merasa. Moonwatch? Sudah.
Jam yang rare? Pernah juga lah merasa. Rado NCC contohnya. Beli jam baru? Ada juga sekali sekala.Semahal mana pun jam kita pakai pastinya kita akan jemu. Itu hanya kehendak.

Hari ini sahaja aku melihat nilai jam yang bertukar tangan melibatkan ribuan ringgit. Walaupun jam yang dimiliki telah begitu banyak tetapi pemburuan terus berjalan.

Aku perlu musabah diri. Aku mesti mampu mengawal diri. Aku tidak berani berjanji untuk tidak mencari jam baru tetapi aku  perlu rasional dengan sanggup menjual jam-jam aku.. Apakah pengakhiran hobi aku ini....

sayonara pilot,skx, zenith

welcome ...1007


Tuesday, February 12, 2013

Pen Parker 51

Cuti...awal awal tahun ni dah banyak cuti sekolah selain sabtu dan ahad. Inilah peluang aku nak ke "flea market"di Pasar Besar Ipoh. Aku lebih suka memanggilnya "Super Kinta" merujuk kepada sebuah supermarket yang terletak dalam bangunan pasar tersebut. Bagi warga Ipoh yang lahir selepas tahun 2000 mungkin tidak memahaminya. Mulai tahun 2013 boleh disebut pula UTC kerana ianya menempatkan UTC Ipoh.

Penjual barangan terpakai/lusuh di pasar besar ini yang tiada memiliki ruang kedai  hanya menghamparkan alas plastik di atas lantai berhampiran ruang perniagaan. Ianya tidaklah sehebat Locken Flea Market pada hari Ahad. Tetapi jika bernasib baik kita akan mendapat barang yang tidak kita sangka; yang sememangnya kita cari.

Pagi ini sementara ke pasar, aku menyinggah ke tempat jualan barangan terpakai ini.Di sini terdapat juga orang menjual jam terpakai jenama Jepun atau Swiss. Rolex pun ada. Hari ini apa yang aku terjumpa ialah seorang penjual jam, beberapa barangan lain dan yang cerita utamanya ialah pen-pen lama. Kalau tak salah aku lebih daripada 20 batang. Akhirnya mencangkung le aku dekat setengah jam disitu. Selain jam sememangnya aku mencari pen parker terutamanya Parker 51 Aerometric dan Vacumatic. Aku telah ada sebatang, tetapi keseksian Parker 51 begitu mengujakan aku. Disebabkan itulah aku terlupa nak tangkap gambar pen-pen antik pelbagai jenama tersebut dengan yang paling tua  bertarikh 1903. Malangnyasudah tiada nib/mata pennya.

Cerita seterusnya adalah tentang proses mencuci pen yang telah aku beli tadi supaya ianya berfungsi.Semasa proses membeli ianya tidak mengeluarkan dakwat. Kira nasib la, takboleh pulangkan semula, kata penjualnya. Harga mahal pula, berbandingparker 51 pertama aku yang "confirm" boleh tulis.

Conditionnya mulus..yang penting tiada kesan gigitan cinta. Warna burgundy/merah hati

Sign: 1/10 12K Gold Filled, Made in USA, Logo Parker, Parker, 51
Jewel.. bahagian yang aku suka tengok

Proses yang mendebarkan
1. sediakan air panas suam-suam kuku

2. Rendam mata pen seminit, picit/press bahagian ribbed bar. Ini akan menyebabkan dakwat yang mungkin beku menjadi cair semula dan picit berulangkali hingga semua dakwat tiada. Tukar air suam hingga air yang akhir hampir jernih. (Aku terpaksa menukar air suam hampir 5-6 kali, ini menunjukkan dakwat pen telah mengeras)

3.setelah puas hati bilas semula dengan air bersih seperti proses #2 dan lap dengan kain kering.

Seterusnya aku cuba menulis untuk memastikan dakwat lamanya telah betul-betul kering.Hasilnya seperti gambar di bawah. Aku berasa lega kerana matanya dah mampu menulis berbanding sebelum dicuci.


Untuk mengeringkan semua dakwat lama, aku mulakan proses di bawah.

Terfikir teknik ni secara tak sengaja bila aku mengelap mata pen. Selesai juga. Aku masukkan
dakwat hitam,kerana Parker 51 pertama aku menggunakn dakwat biru.

Tak rugi  aku membelinya, walaupun mahal, tetapi lebih murah daripada di Ebay.

terima kasih kerana membaca.



Parker 51 pertama http://jammasa.blogspot.com/2012/09/parker-51-minat-baru.html



Tuesday, February 5, 2013

ORIENT CERAK & FERAP

Daripada hanya suka-suka memaparkan jam yang aku temui disebuah kedai, akhir dua orang rakan facebook dunia jam membeli 2 ketul jam Orient Cerak. http://jammasa.blogspot.com/2013/01/orient-cerak001w.html

Hari ini seorang rakan sekerja meminta aku surveykan jam orient multiyear calender. tapi lain yang aku jumpa. Rupa-rupanya ada banyak jam Orient Cerak ni. Ada juga Orient Ferap. Maka aku teringat seorang bro yang menegur aku semasa dikedai jam ketika aku membeli jam orient cerak sabtu lepas. Kata bro tu, jam ni ada versi terbaru. Jam Orient Cerak adalah NOS.

Di bawah adalah gambar -gambar Orient Cerak.



Gambar di bawah pula ada versi terbaru rasanya ; Orient Ferab




Gambar daripada internet online shopping japon.

Monday, February 4, 2013

ORIENT GMT

Sementara menunggu bapa aku sampai dari Sabah petang tadi aku merayau ke sebuah kedai jam. Kedai ni terletak di sebuah pasaraya besar. Aku pernah sekali membeli jam di kedai ini, iaitu jam milik isteri dan anak-anak aku.

Jam Seiko tak menarik minat aku kali ini. OM yang versi baru adalah, tetapi ak tak berminat. Aku nak melihat-lihat jam Orient sahaja. Adalah juga jam yang ada nilai untuk dibeli. Tapi kali ini aku tertarik dengan satu jam ini iaitu Orient GMT FFE06001B.

Yang buat aku tertarik ialah fungsi GMTnya, walaupun ianya bukan satu keperluan untuk aku. Tak tahu nak gunapun. Tetapi itu bukan masalah besar. Masalah besarnya ialah design dan potongan jam ini yang nampak kukuh dan kemas bagi mata aku.

Malangnya kedai ini tak mesra harga. Offer katanya, tapi diskaun ciput, kurang dariapada diskaun untuk jam seiko. Kebiasaannya diskaun untuk Orient lebih tinggi, ini berdasarkan pengalaman aku yang lebih banyak membeli jam Orient baru berbanding Seiko. Disebabkan jurujual pu tak mesra pembeli, malaslah aku nak minta kebenaran snap gambar sekeping. Harga pada tag memang mesra iaitu RM850.

Jadi nikmati sahajalah sekeping gambar yang diambil daripada internet.

photo : http://yeomanseiko.com


spesifikasi jam:


Power Reserve                 :Approximately 40 Hours
Crystal                            :Mineral Crystal
Movement                       :Orient caliber 46P40 Made in Japan
Clasp                              :Fold-over with Double Push Button Safety
Crown                            :Screwed-down Crown
Water Resistance             :200m
Case Material                   :Stainless Steel
Case Diameter                 :45.00mm without crown
Case Thickness                :13.60mm
Dial Color                        :Black
Bezel Material                   :Stainless Steel
Bezel Function                 :GMT
Calendar                          : Date
Band Material                   : Stainless Steel


Boleh juga meninjau-ninjau daripada laman wenb Orient USA yang menarik ini

http://orientwatchusa.com/ffe06001b




Saturday, February 2, 2013

Orient Sun & Moon

Asalnya aku bertanyakan jam orient sub yang seakan-akan rolex submariner kepada towkey ja. terus dikeluarkannya buku model-model terkini Orient. Malangnya jam yang ditanya tak ada, memanglah jam tersebut keluaran terdahulu. Aku gatal mulut bertanya pula, orient ada jam moonphase ke? Selepas dibelek-belek  terjumpa Orient Sun & Moon. Bila aku perhatikan gambar, tak pulak seperti moonphase biasa yang kita lihat piringnya yang bewarna biru ada buloan dan bintang tu. Towkeh jam kata dia ada jam tersebut. terus dikeluarkan dari ruang pamerannya. Sempat le aku snap gambarnya...dah snap, jadi racun pulak gambar tersebut. Harga pun lebih murah daripada Seiko dress yang pernah aku minat iaitu Presage Open Heart ( bukan Seiko 5) yang masih di atas RM1000 selepas diskaun.

Fungsi indikator Sun & moon tidak sama seperti  fungsi moonphase yang biasa aku tahu. bagi jam ini Sun merujuk siang hari dan moon merujuk malam hari.Justeru ia memudahkan untuk menentu waktu di jam tersebut siang atau malam (AM/PM). Jam Oris Moonphase yang aku ada pula dalam pusingan sebulan penuh. Jadi kita tidak perasan pergerakan piring moonphasenya berbanding dengan Orient Sun & Moon ini.

Nak tahu lebih lanjut, kena google le. Nak terang lanjut, saya pun tak ada jamnya. Masih milik tuan kedai.Sasaran akan datang. Warna dial hitam menarik juga.


Maaf tersnap gambar terbalik. Warna dial dalam gambar di atas tidak menggambarkan warna sebenarnya.


Specifications

Mechanical Movement : ORIENT caliber 46B46 Made in Japan
Self-winding movement
21 jewels
21600/hour vibrations
Date indicator, Day hand, AM/PM disk-shaped indicator
(Sun & Moon display)

Stainless steel case
Sapphire crystal
Genuine leather strap
Screw see-through caseback
 (Crystal glass)
Water resistant to 30m
Diameter 41.50mm
Thickness 13.29mm


nak baca  press release..


http://www.orient-watch.com/press_release/20120727.pdf

ORIENT CAL. 469 40th ANNIVERSARY #331 / 2000

Jam Orient Cal. 469 ini dikeluarkan sempena sambutan 40 tahun Orient menggunakan Cal. 469 bagi jam-jam divernya. pada tahun 1971. Pertama kali diperkenalkan pada tahun 1971. Ianya dicatatkan pada case back jam. Jam anniversary ini dikeluarkan pada tahun 2011 sebanyak 2000 unit sahaja. Dikeluarkan dalam dua versi iaitu stainless steel dan black PVD coated sebanayak 1000 unit.

Ianya disertakan dengan kotak khas. Kotak luar daripada kertas keras. Didalamnya terdapat sebuah kotak dengan kemasan akrilik pada bahagian atas dengan catatan Orient Cal. 469 40th Anniversary.
Dengan harga RM1150 sebelum diskaun ianya sangat berpatutan berbanding jenama lain yang harganya mungkin labih tinggi.


Jam ini hanya dikeluarkan sebanyak 2000 unit. Justeru bagi peminat Orient sewajarnya memiliki satu  jam ini. Selepas setahun pastinya ianya sukar didapati. Nilainya mungkin akan naik, jadi tidak rugi memilikinya, lebih -lebih lagi jika diperolehi dengan harga berpatutan.


Selebihnya, jam ini akan menjadi sejarah yang panjang kepada pemiliknya nanti.................




status : for sale RM999

From ORIENT web site


Since its development in 1971, the Cal. 469 has been at the core of ORIENT WATCH's history.
During the 40 years it has been continuously produced the mechanical movement and has gone through evolution and development that continues to this day. To commemorate the 40th anniversary of the Cal.469, ORIENT WATCH will offer a special model incorporating this mechanical movement, with a limited release of 3,000 pieces worldwide.


[ SPECIFICATIONS ]
Glass material : Crystal glass
Screw caseback, Screwed-down crown
Water resistant : 200m
Case Diameter : 45.00mm
Thickness : 13.60mm

[ CALIBER ]
Movement : ORIENT caliber 46943 Made in Japan
Drive system : Self-winding movement
Vibrations : 21,600/hour vibrations
Daily accuracy : +25 -15 sec/day
Running time : More than 40 hours
Number of jewels : 21 jewels
Function : Date & Day of the week indicator

Friday, January 18, 2013

OMEGA SPEEDMASTER MOONWATCH 861 -Jam pertama 2013

Bagaimana tuan-tuan menentukan jam yang akan dibeli. Adakah bila terserempak dengan jam yang kelihatan cantik dimata?  Melalui perancangan teliti seperti pembacaan atau berdasarkan permintaan terhadap jam tersebut dikalangan peminatnya. Ataupun mengikut kawan-kawan yang telah memiliki koleksi jam yang serupa. Mungkin ada pelbagai alasan untuk kita menentukan mengapa kita membeli sesuatu jam.Walau banyak mana kita membaca nasihat-nasihat sebelum memutuskan tentang pembelian sesebuah jam lama atau terpakai, akhirnya kita sendiri yang akan membuat keputusannya.

Bagi aku sendiri, banyak jam yang dibeli kerana terserempak, sementelahan jenama jam tersebut aku suka. Faktor harganya bergantung kepada keadaan kewangan semasa, lebih-lebih lagi jika semua komitmen wajib telah diselesaikan.

Jam Rolie pertama dan terakhir sehingga kini dibeli ketika aku sering menggoogle jam-jam Rolie 6694. Apabila di paparkan di blog sahabat, aku terus membuat keputusan segera. Alhamdulillah urusan pembeliannya di permudahkan oleh pemiliknya dengan izin Allah.

Jam Seiko Turtle dibeli setelah aku memutuskan jam ini mesti ada dalam senarai jam-jam diver aku. Aku begitu terpengaruh dengan cerita-cerita di blog (terutama Blog Dunia Jam) tentang jam tersebut dan sambutannya yang begitu baik dipasaran.

Jam OM dipilih kerana minat aku pada Diver ketika itu. Paparan dan review tentang jam tersebut begitu mudah digoogle di internet.Tidak dinafikan pengaruh daripada cerita tentang keunikan jam ini menyebabkan aku membelinya, walaupun tujuan asal adalah membeli SKX007.

Jam Omega Connie juga dibeli setelah aku banyak membaca tentang jam tersebut di blog-blog Mat Saleh.Dengan sokongan kewangan yang kukuh sepanjang tahun 2012, aku membuat keputusan segera, takut terlepas peluang di depan mata.

Ada juga jam yang aku beli tanpa banyak soal dan terus membayar. Bila balik baru garu kepala. Kali pertama aku terbeli jam kunci, iaitu Citizen Newmaster. Jamnya cantik tanpa tali dengan harga RM60.. Aku tak minta pun nak tengok movementnya. Bila sampai rumah, baru aku garu kepala macam mana nak guna jam kunci. Jam-jam yang aku beli sepanjang 2010 dan 2011 kebanyakkannya dibeli tanpa perancangan. Ini kerana ianya banyak dibeli secara atas talian. Berbanding dengan jam-jam tahun 2012 yang aku beli dengan melihat jam-jam tersebut di depan mata.

Bercerita tentang jam kunci, memang sesetengah orang tidak begitu berminat kerana terasa menyusahkan. Bagi aku jam kunci atau auto sama sahaja, kerana dengan jumlah jam auto yang banyak, aku terpaksa menghidup dan membetulkan waktunya setiap kali mahu memakai jam-jam aku.

Untuk jam pertama tahun 2013, aku telah membuat keputusan untuk memilikinya semenjak suku kedua tahun 2012 lagi. Ianya jam yang tidak jemu-jemu aku google. Pertama kali aku melihat jam ini secara live semasa H4U di Kuala Lumpur. Jam ini sering aku jumpa di laman online Mudah serta Malaysia Watch Forum. Adakalanya terjumpa dengan jam yang cantik dengan harga yang baik, tetapi kewangan pula tidak mengizinkan. Akhirnya bulan November 2012 jam yang diidam-idamkan hadir. Setelah persetujuan dicapai, jam akan diambil pada 4 Januari 2013.

Jam Omega Speedmaster Professional dengan calibre 861. Inilah jam idaman aku. Jam ini mempunyai sejarah yang panjang dan mula mencipta nama disaat aku menjengah dunia. Untuk mendapat jam NIB tidak mungkin. Justeru jam terpakai dengan kondisi jam yang cantik di mata aku sudah memadai. lebih-lebih lagi dengan calibre 861 yang telah ditamatkan pengeluarannya pada tahun 1997.

Pemilihan Speedy sebagai jam angkasawan oleh NASA memungkinkan 
jam ini bertahan sehingga kini

sejarah jam dipahat pada case back

Dengan sejarah jam yang panjang, sudah melebihi 40 tahun, Speedy mempunyai pelbagai design bagi case backnya. Menurut bacaan aku disini, case back di atas adalah generasi kedua selepas Speedy sampai ke bulan dan paling lama digunakan.Aku lebih berminat dengan jenis steel seperti diatas berbanding see thru crystal. Setahu aku jika see thru case back akan menggunakan calibre 863/1863.

Dial jam ini masih mulus. Ini diakui seorang rakan jam baru-baru ini. Menurutnya, bracelet jam juga masih kemas dengan  setiap linknya masih rapat. Ini terbukti apabila bulu roma aku selalu tersepit. Memang sakit. Bracelet dengan kod 1479. Sejarah perkembangan bracelet speedy ini boleh dibaca disini. Perbezaan ketara ialah pada design clasp..Aku lebih menyukai design ini berbanding yang terbaru.


Movement terawal Speedy Moonwatch ialah  Calibre 321 yang diasakan daripada movement Lemania. Jam milik aku ini menggunakan calibre 861, yang sudah begitu cantik untuk mencuci mata. Calibre terkini 1861. Terdapat juga beberapa versi lain seperti calibre 863 dan 1863.

aku puas hati dengan condition movementnya


Condition jam:
Dial : mulus dan bersih
Marker: mula kekuningan, setara untuk 12 markernya
Cermin : sedikit calar yang sukar dilihat sekali pandang
Bezel: tiada calar
Crown: asal dengan sign omega
Bracelet: masih rapat, asal 1479
Caseback: tiada calar menguris hati
Casing : tiada calar
Manual book : ada
Kotak: ada, tetapi rosak teruk
Warranty Card: ada



Spesifikasi :
Calibre: 861manual winding 17jewels 21600bph
Diameter: 42mm
Lug to lug: 48mm
Bracelet: 1479 fold clasp
Crytal: Hesalite
Water Resistant : 30 meters
Features: Hour and minute display with small second hand
              Choronograph 60-second totalizer; 30 minute totalizer; 12 hour totalizer
              A tachymetric scale for culculating speeds
Year: 1992
Serial No: 4828XXXX

# Moonwatch dengan calibre 321 adalah versi awal yang jadi buruan peminat Speedy

Jam kelihatan besar di tangan aku. Saiz yang sesuai adalah speedmaster reduce sebenarnya

Mungkinkah aku berehat sebentar?

Layari :