Showing posts with label Rolex References. Show all posts
Showing posts with label Rolex References. Show all posts

Sunday, August 31, 2014

Rolex 6694

Bagi  peminat jam Swiss di Malaysia, memiliki jenama Omega dan Rolex adalah satu harapan. Aku pun sama juga. Untuk memiliki jam baru sememangnya tidak mampu. Maka Rolex lama yang sudah memasuki era klasik dan vintage pun jadilah. Dalam banyak-banyak jam Rolex yang ada, model Oyster Date 6694 paling mampu milik.Jika bernasib baik anda boleh mendapatkannya pada harga permulaan RM2k hingga melebihi RM3k, bergantung kepada kondisi jam tersebut. Sepanjang melayan dunia jam ini aku sudah merasai menyimpan 3 biji Rolex 6694. Jamnya biasa sahaja, memberitahu waktu tetapi kelebihannya terletak pada jenamanya yang sudah terkenal sebagai jam brmutu tinggi.



Untuk menyukai jam Rolex ini bukan hanya melihat luarannya sahaja. Malah yang tidak kurang pentingnya ialah melihat dan mengagumi penggerak jarum jam ini sebenarnya. Kebiasaannya apabila melihat movement Rolex, pasti kita berasa terkejut kerana movement atau kita suka sebut sebagai enginnya sangat bersih, walaupun jam tersebut telah berusia. Justeru kita perlu berterima kasih kepada ciptaan oyster case Rolex yang berupaya melindungi movementnya daraipada pelbagai unsur cuaca.

Untuk menambah pengetahuan kita tentang Rolex 6694 ini boleh dibaca artikel di bawah

http://watchguy.co.uk/teardown-rolex-oysterdate-precision-6694/     
http://watchguy.co.uk/case-polishing-rolex-oysterdate-precision-6694/
http://watchguy.co.uk/reassembly-rolex-oysterdate-precision-6694-calibre-1225/
http://watchguy.co.uk/service-rolex-oysterdate-precision-6694-calibre-1225/
http://watchguy.co.uk/service-rolex-6694-calibre-1225/

Thursday, March 28, 2013

Rolex ; Beberapa fakta yang menarik

Rolex. Bukan semua orang menyukainya. Tapi pada pandangan aku lebih ramai yang suka daripada tidak suka. Kita pakailah jam mengikut kesukaan diri kita. Aku mulanya tak juga memakai rolex. Bila tengok kawan pakai nak merasa juga.Dapat merasa pakai yang murah-murah pun dah ok.Bila tak nak jual pada orang lain yang nak merasa pakai.seronok memakainya pun sebulan dua, selepas itu duduk sajalah dalam kotak seperti jam seiko, citizen dan jam-jam yang lain. Apa-apa pun bacalah cerita Rolex di bawah ini sebagai pengetahuan.

Pengasas Rolex, Hans Wilsdorf  berasal dari German. Sebagai seorang yang bersikap perfectionist, Hans Wilsdorf telah menghasilkan jam-jam yang sangat diperakui ketahanannya untuk kegunaan seharian, bukan hanya perhiasan tangan. Hans Wildorf telah berjaya mengubah persepsi bahawa jam tangan tidak setepat jam poket yang saiznya lebih besar. Keupayaan Rolex menghasilkan komponen jam yang kecil tetapi ketepatannya di perakui dalam mengukur masa dengan tepat telah memberi kepercayaan kepada orang ramai. Akhirnya seperti kita lihat hari ini jam poket tidak lagi digunakan.


Rolex menghubungkan tiga negara industri. German, England dan Switzerland. Pengasas dari Germany, menuntut ilmu dan memulakan Rolex di England, melebarkan sayap Rolex dari Switzerland.Rolex telah dihantar ke Kew Observatory di England dan telah diiktiraf dengan"Class A Certificate of Precision" Rolex turut dihantar ke School ofHorology di Bienne Switzerland pada tahun 1910 dandianugerahkansebagai jam tangan pertama dengan sijil chronometer.

 Kew Observatory di England


Kilang Rolex...berbangga sebagai kilang jam pertama mengeluarkan jam dengan sijil chronometer



"OYSTER"adalah satu trademark yang sangat sinonim dengan Rolex. Jam-jam Rolex sangat diakui mempunyai movement yang bersih walaupun sangat banyak umurnya. baca kisahnya bagaimana bermulanya perkataan OYSTER tersebut.

"Also in 1925, Rolex addressed the weak spot in all watch cases, the winding stem and its predilection for leaking water and dust.  Wilsdorf heard of a patent filed by Paul Perregaux and Georges Peret for a new winding stem and button/crown. Wilsdorf bought the patent and registered the world’s first waterproof case, the Oyster, on July 29, 1926 in Switzerland, and again in London on February 28, 1927.  The term Oyster came to Wilsdorf while trying to open an oyster at a dinner party.  Opening Rolexes today requires special tools very similar to opening an Oyster at a restaurant.  The sealed crown, combined with a water tight synthetic crystal also introduced at the time, along with a threaded bezel and caseback introduced by Aaron Dennison, founder of Waltham Watch Company, Wilsdorf now had the three main watch deficiencies addressed, the crown, the case, and timing accuracy all addressed."

Untuk mendapatkan keyakinan massa bukanlah mudah. Tapi jika berjaya memang berbaloi. Dengan kejayaan Mercedes Gleitz menyeberangi Selat Inggerispada btahun 1927, ROLEX turut menumpang tuah.




Ujian ketahanan dan keutuhan Rolex turut dilakukan di atas puncak tertinggi dunia. Kejayaan Sir Edmund Hillary dan Sherpa Tensing menjadi manusia pertama menguasai puncak Everest turut menandakan kejayaan besar Rolex untuk model Explorer.





penggunaan caseback oyster membolehkan jantung Rolex ini terpelihara dengan 
baik walaupun usianya lebih daripada usia aku sendiri

Rolex adalah antara jam yang banyak ditiru oleh pengeluar jan yang lain, samada homage atau fake. Kalau homage tidak ada masalah kerana jam masih tulin, yang ditiru adalah design atau ciri ciri khusus. Cap tanda dagangan Rolex sahaja yang tidak digunakan. manakala jam-jam fake atau tiruan 99.9% menyerupai jam sebenar termasuk memiliki capa tanda dagangan rolex.

Jangan hairan, bukan jam-jam high end Rolexsahaja ditiru, malah jam- entry levelseperti Rolex 6694 turut ditiru. Sekali pandang sukar membezakannya. Contohnya jam dibawah hanya beharga US$150.
http://www.watchesonlinesales.com/rolex-oysterdate-od01-6694-gold-with-stick-marking-p-1454.html



Rujukan:

http://www.beckertime.com/blog/the-evolution-history-of-rolex/

http://www.caesarwatch.com/article-94-Rolex+History.html

http://www.collectorsweekly.com/wristwatches/rolex

http://rolexblog.blogspot.com/2010/03/all-new-rolex-explorer-i-epitome-of.html

Friday, January 27, 2012

Mari berkenalan dengan Cik Rox



Tiada siapa tak mengidamkan Cik Rox ni, janxx pun tak apa. Biasanya peminat jam ni, mula-mula main jam-jam swiss biasa aja. Lama-kelamaan, mula mencari arah baru. Ini berdasarkan pengalaman aku dalam setahun ini. Baru minggu lepas bertemu dengan seorang kolektor otai di Ipoh. Peramah orangnya. Ditunjuknya jam ditangan. Disuruhnya aku agak berapa harganya jam swiss yang dipakai. Setelah diam sebentar, $15 ringgit, katanya. Itu harga bertahun-tahun dahulu semasa Locken masih di tapak asal di belakang Emporium Perak di jalan Laxamana. Selepas itu Locken Ipoh berpindah ke People's Park ditepi Sungai Kinta. Tak berani nak pakai Rolex ke Locken, katanya. Ada aja orang tegur,pegang tangan  nak tengok. Pakai kerja aja. Jadi pada waktu itu kita boleh bayangkan harga Rolex waktu itu. (Tapi kita kena fahamlah, nilai wang dan kuasa beli pada masa itu tidak sama dengan masa kini).

Sebenarnya aku nak bagi link ini aja, boleh le sesiapa yang nak memahami tentang Rolex membacanya serta mudahkan kawan-kawan nak buat rujukan.

Aku: ada pagol dan titoni pun ok dah.

http://stores.ebay.com/InterWatches/ROLEX-Guide-and-References.html

Update: 27 Jan 2012
Assalammualaikum dan selamat pagi. Pagi jumaat ini dapat melihat beberapa biji Cik Rox di blog sahabat, Tuan Wafee. Jadi kita kembali bercerita tentang Rolex, hari ini aku jumpa satu website yang menarik. Pernah tuan-tuan pemilik jam jumpa satu site yang mengajar cara mencuci jam seperti ini:


Cleaning Your Rolex

Like any other work of intricate artistry and technology, a Rolex requires occasional cleaning and upkeep. There are many places on the watch where dirt, body oils, and other greasy particles accumulate--such as between the links on the bracelet, the area joining the case and the bezel, and around the Cyclops lens. With repeated use and the gathering of dirt particles, your watch will require a thorough cleaning as described here:
  • Before you start cleaning, make sure the winding crown is tightly screwed onto the case.
  • Since you will be using your hands to clean your watch, wash them thoroughly with soap or hand wash to avoid transferring any dirt or grease to the watch.
  • Use lukewarm water to rinse off your watch.
  • Fill a bowl with lukewarm water and ammonia-free mild soap.
  • Apply this soapy water all over your watch using your hands.
  • Now, gently scrub the watch to clean it of all dirt particles. Your old toothbrush can be used as an ideal scrub for this purpose. During scrubbing, submerge the watch and the toothbrush into the soapy water at short intervals.
  • Once you are confident that the Rolex has been cleaned, rinse the watch with lukewarm water.
  • Using a clean and soft cotton cloth, gently pat the watch until dried.
  • Since your cloth may not reach the links on the bracelet, you can use a blower or hair dryer to remove the excess water from the inner surface of the links.
  • To completely the process, you may again use a dry cloth to remove any remaining moisture.
  • http://www.melrosejewelers.com
Maklumat-maklumat dalam website ini menarik untuk dibaca seperti cara penjagaan jam rolex tuan-tuan.  Sekurang-kurangnya kalau kita ada jam rolex ni, tahulah kiranya tentang nombor-nombor yang terdapat pada jam rolex tuan-tuan.

Selamat mengintai nombor-nombor yang melekat pada badan Cik Rox.