Showing posts with label Omega. Show all posts
Showing posts with label Omega. Show all posts

Wednesday, May 6, 2015

OMEGA DYNAMIC

 Omega Dynamic dengan dial biru adalah model yang paling menyerlah. Paling mudah menarik perhatian.

 Sama tapi tidak serupa. Dapatkah bezakan antara kedua-dua dynamic bermuka biru?

 Muka silver, diserikan dengan jarum dan marker  warna gold diapit jalurwarna hitam. Jam ini menyerlah hanya kerana body warna gold. 



Tuesday, September 9, 2014

OMEGA DYNAMIC RACING DIAL :SOLD ( dah rujuk semula)

Syukur Alhamdulillah aku diberi kesempatan memiliki jam omega dynamic dengan racing dial.
Aku melalukan percubaan untuk menaikkan lagi seri jam ini. Akutelah memadankannya dengan talikulit warna coklat. Memang padan sekali. Tapi bagaimana jika dipadankan dengan bracelet. Inilah hasilnya.....



update 26/10/14 .  jodoh ku panjang dengan mu...

Saturday, August 23, 2014

OMEGA DYNAMIC STRAP

FOR SALE. NEW OMEGA DYNAMIC AFTERMARKET STRAP. BLUE COLOUR. NON OMEGA BUCKLE.  RM80 INCLUDING POS LAJU. NEW ITEM.

SUDAH JUAL


SUDAH JUAL


Gambar hiasan sahaja.

KOLEKSI JAM MASA

Sunday, October 27, 2013

OMEGA GENEVE DYNAMIC

Tahun 2013 hanya tinggal dua bulan sahaja lagi. Aktiviti jam semakain berkurangan dengan kesibukan tugas-tugas di tempat kerja yang kerap pula dibawa balik ke rumah. Kepenatan bertugas seharian dan menguruskan anak hilang apabila aku bermain dengan jam-jam koleksi aku. Hari ini akunak berkongsi minat ii dengan sesiapa yang menjadi pemburu Omega. Jam yang dulunya tidak aku hiraukan kini menjadi buruan.

Omega Geneve Dynamic di bawah adalah koleksi terbaru aku. Muka biru bukan kegilaan aku, tapi yang ini ada pengecualian. Tukang jam kata cantik dah. Semasa bersembang di kedai tukang jam dengan otai jam, katanta awal 90an murah sesangat jam ni, orang pun tak berapa mahu sebab buka ikut atas.


Omega caliber 752 day date 1971
aftermarket bracelet

Caliber 752...selepas dipertingkatkan prestasinya



Omega caliber 613



Inilah iklan omega dynamic yang aku temui dalam internet dan menyebabkan aku jatuh hati.


Foto dari internet - 


Foto dari internet yang menjadi sumber inspirasi.

Ini antara model dynamic yang aku ambil dari internet
Ref ST 135.0033 - 1968-1971 - Undated - Manual winding - Calibre 601. 
- Ref ST 136.0033 - 1968-1972 - With Date - Manual winding - Calibre 613. 
- Ref ST 165.0039 - 1967 to 1974 - No date - self winding - Calibre 552. 
- Ref ST 166.0039 - 1969 to 1979 - with time - Reassembly self - Templates 565. 
- Ref ST 166.0079 - 1969-1974 - With day and date - self winding - Calibre 752. 
- Ref ST 166.0107 - 1972-1978 - With Date - self winding - Calibre 1481. 
- Ref ST 166.0108 - 1972 to 1976 - with day and date




http://watchesinmovies.info/tag/omega/page/5/

update 6 dis 2013

kecintaan aku terhadap cik omega dynamic semakin kukuh. link  berikut memaparkan gambar-gambar cik omega dynamic yang sangat angun dalam pelbagai posisi...

http://forum.tz-uk.com/showthread.php?212727-Omega-Dynamic-1970

Saturday, October 26, 2013

Omega Dynamic Replacement Strap - SOLD





new item
black nubuck leather
replacement strap for omega dynamic
unsign buckle

Saturday, July 27, 2013

Omega.....penuh seni.


jam oMeGa tahun tahun 50an dan 60an sangat aku sukai. gambar-gambar di bawahaku cedok dari internet serta dua tiga biji yang aku miliki sendiri. Jika berkemampuan aku akan kumpul beberapa biji lagi terutama seamaster ( belum ada lagi) dan juga constellation. Teringin juga memiliki dynamicsebiji.Semoga dimakbulkan Allah hajat aku ini. 

Omega Caliber 500
image: http://blog.omegaforums.net/page/5






Omega caliber 564 24 jewels Chronometre ;Constellation

Omega caliber 561 Chronometer
Omega caliber 563
Omega Caliber 552


Omega caliber 552 chronometer, Constellation  year 1961- koleksi jammasa

Omega Caliber 501 Seamaster - dari blog koleksi jam maximus http://www.maximuswatches.com/2013/07/omega-seamaster-501-automatic-for-sale.html


Omega Caliber 504 calender chronometer; Constellation - koleksi jammasa

Omega Caliber 504
http://omega.watchprosite.com/img/watchprosite/omega/78/scaled/omega_image.3196878.jpg

Omega Caliber 503: Seamaster calender
http://jamvintage.blogspot.com/2011/02/omega-seamaster-calender-cal-503-gold.html

Omega Caliber 752 used in Geneve Dynamic DayDate

Omega caliber 861; Speedmaster Professioanal Moonwatch- koleksi jammasa

Omega caliber 861: Speedmaster Moonwatch

Omega caliber 321 Lemania, Speedmaster Moonwatch

Omega caliber 321 - jam Seamaster Deville Chronograph - foto dari Ebay

Omega Caliber 1861; Speedmaster Moonwatch; rhodium plating to the cal. 1861
image: http://forums.watchuseek.com/f20/benefits-rhodium-plated-finish-87568.html

Omega caliber 1863

Omega Caliber 863
http://omegapassion.com/home/uploads/gallery/album_146/gallery_16_146_15476.jpg

Friday, January 18, 2013

OMEGA SPEEDMASTER MOONWATCH 861 -Jam pertama 2013

Bagaimana tuan-tuan menentukan jam yang akan dibeli. Adakah bila terserempak dengan jam yang kelihatan cantik dimata?  Melalui perancangan teliti seperti pembacaan atau berdasarkan permintaan terhadap jam tersebut dikalangan peminatnya. Ataupun mengikut kawan-kawan yang telah memiliki koleksi jam yang serupa. Mungkin ada pelbagai alasan untuk kita menentukan mengapa kita membeli sesuatu jam.Walau banyak mana kita membaca nasihat-nasihat sebelum memutuskan tentang pembelian sesebuah jam lama atau terpakai, akhirnya kita sendiri yang akan membuat keputusannya.

Bagi aku sendiri, banyak jam yang dibeli kerana terserempak, sementelahan jenama jam tersebut aku suka. Faktor harganya bergantung kepada keadaan kewangan semasa, lebih-lebih lagi jika semua komitmen wajib telah diselesaikan.

Jam Rolie pertama dan terakhir sehingga kini dibeli ketika aku sering menggoogle jam-jam Rolie 6694. Apabila di paparkan di blog sahabat, aku terus membuat keputusan segera. Alhamdulillah urusan pembeliannya di permudahkan oleh pemiliknya dengan izin Allah.

Jam Seiko Turtle dibeli setelah aku memutuskan jam ini mesti ada dalam senarai jam-jam diver aku. Aku begitu terpengaruh dengan cerita-cerita di blog (terutama Blog Dunia Jam) tentang jam tersebut dan sambutannya yang begitu baik dipasaran.

Jam OM dipilih kerana minat aku pada Diver ketika itu. Paparan dan review tentang jam tersebut begitu mudah digoogle di internet.Tidak dinafikan pengaruh daripada cerita tentang keunikan jam ini menyebabkan aku membelinya, walaupun tujuan asal adalah membeli SKX007.

Jam Omega Connie juga dibeli setelah aku banyak membaca tentang jam tersebut di blog-blog Mat Saleh.Dengan sokongan kewangan yang kukuh sepanjang tahun 2012, aku membuat keputusan segera, takut terlepas peluang di depan mata.

Ada juga jam yang aku beli tanpa banyak soal dan terus membayar. Bila balik baru garu kepala. Kali pertama aku terbeli jam kunci, iaitu Citizen Newmaster. Jamnya cantik tanpa tali dengan harga RM60.. Aku tak minta pun nak tengok movementnya. Bila sampai rumah, baru aku garu kepala macam mana nak guna jam kunci. Jam-jam yang aku beli sepanjang 2010 dan 2011 kebanyakkannya dibeli tanpa perancangan. Ini kerana ianya banyak dibeli secara atas talian. Berbanding dengan jam-jam tahun 2012 yang aku beli dengan melihat jam-jam tersebut di depan mata.

Bercerita tentang jam kunci, memang sesetengah orang tidak begitu berminat kerana terasa menyusahkan. Bagi aku jam kunci atau auto sama sahaja, kerana dengan jumlah jam auto yang banyak, aku terpaksa menghidup dan membetulkan waktunya setiap kali mahu memakai jam-jam aku.

Untuk jam pertama tahun 2013, aku telah membuat keputusan untuk memilikinya semenjak suku kedua tahun 2012 lagi. Ianya jam yang tidak jemu-jemu aku google. Pertama kali aku melihat jam ini secara live semasa H4U di Kuala Lumpur. Jam ini sering aku jumpa di laman online Mudah serta Malaysia Watch Forum. Adakalanya terjumpa dengan jam yang cantik dengan harga yang baik, tetapi kewangan pula tidak mengizinkan. Akhirnya bulan November 2012 jam yang diidam-idamkan hadir. Setelah persetujuan dicapai, jam akan diambil pada 4 Januari 2013.

Jam Omega Speedmaster Professional dengan calibre 861. Inilah jam idaman aku. Jam ini mempunyai sejarah yang panjang dan mula mencipta nama disaat aku menjengah dunia. Untuk mendapat jam NIB tidak mungkin. Justeru jam terpakai dengan kondisi jam yang cantik di mata aku sudah memadai. lebih-lebih lagi dengan calibre 861 yang telah ditamatkan pengeluarannya pada tahun 1997.

Pemilihan Speedy sebagai jam angkasawan oleh NASA memungkinkan 
jam ini bertahan sehingga kini

sejarah jam dipahat pada case back

Dengan sejarah jam yang panjang, sudah melebihi 40 tahun, Speedy mempunyai pelbagai design bagi case backnya. Menurut bacaan aku disini, case back di atas adalah generasi kedua selepas Speedy sampai ke bulan dan paling lama digunakan.Aku lebih berminat dengan jenis steel seperti diatas berbanding see thru crystal. Setahu aku jika see thru case back akan menggunakan calibre 863/1863.

Dial jam ini masih mulus. Ini diakui seorang rakan jam baru-baru ini. Menurutnya, bracelet jam juga masih kemas dengan  setiap linknya masih rapat. Ini terbukti apabila bulu roma aku selalu tersepit. Memang sakit. Bracelet dengan kod 1479. Sejarah perkembangan bracelet speedy ini boleh dibaca disini. Perbezaan ketara ialah pada design clasp..Aku lebih menyukai design ini berbanding yang terbaru.


Movement terawal Speedy Moonwatch ialah  Calibre 321 yang diasakan daripada movement Lemania. Jam milik aku ini menggunakan calibre 861, yang sudah begitu cantik untuk mencuci mata. Calibre terkini 1861. Terdapat juga beberapa versi lain seperti calibre 863 dan 1863.

aku puas hati dengan condition movementnya


Condition jam:
Dial : mulus dan bersih
Marker: mula kekuningan, setara untuk 12 markernya
Cermin : sedikit calar yang sukar dilihat sekali pandang
Bezel: tiada calar
Crown: asal dengan sign omega
Bracelet: masih rapat, asal 1479
Caseback: tiada calar menguris hati
Casing : tiada calar
Manual book : ada
Kotak: ada, tetapi rosak teruk
Warranty Card: ada



Spesifikasi :
Calibre: 861manual winding 17jewels 21600bph
Diameter: 42mm
Lug to lug: 48mm
Bracelet: 1479 fold clasp
Crytal: Hesalite
Water Resistant : 30 meters
Features: Hour and minute display with small second hand
              Choronograph 60-second totalizer; 30 minute totalizer; 12 hour totalizer
              A tachymetric scale for culculating speeds
Year: 1992
Serial No: 4828XXXX

# Moonwatch dengan calibre 321 adalah versi awal yang jadi buruan peminat Speedy

Jam kelihatan besar di tangan aku. Saiz yang sesuai adalah speedmaster reduce sebenarnya

Mungkinkah aku berehat sebentar?

Layari :

Wednesday, December 26, 2012

omega de ville









omega de ville
manual winding
movement tak dapat snap, buka ikut atas
bracelet silver dan tak boleh potong
jalan cantik