Monday, November 12, 2012

"Hadiah" untuk jam-jam aku

Tahun 2012 semakin hampir ke penghujung. Bagi aku mudah sahaja, kalau bermula cuti persekolahan akhir tahun, semakin hampirlah ke penghujung tahun. Ramai ibu bapa pun mulalah membawa anak-anak berjalan makan angin.

Kali ini aku menuju ke utara. Aku tidaklah mahu bercerita tentang pejalanan tersebut. Sementelahan kamera aku duduk dalam beg memanjang. Apa yang menarik minat aku hanyalah kedai-kedai jam yang mungkin akan aku temui sepanjang perjalanan.

Hari pertama aku ke Alor Setar. Malangnya kehadiran aku disambut dengan hujan lebat. Tidak banyak kedai jam yang aku jumpa. Ada yang tidak dapat aku masuk pun kerana masalah parkir serta kasihan juga kepada anak aku, "abah ni, asyik-asyik jam aja", kata sikecil. Yelah, aku bawa  berjalan makan angin ni pun untuk mereka.

Hari kedua aku ke Bukit Kayu Hitam. Mulanya nak ke Padang Besar. Teringat coretan Bro Asmar Dunia jam tentang kedai jam di sana. tetapi di pertengahan perjalanan terpaksa tukar haluan ke BKH kerana kesuntukan masa. Dapatlah juga tengok jam-jam yang ada di Duty Free Shop. Biasa sahaja, tak ada bezanya dengan kedai-kedai lain.

hanya ini sahaja yang dapat aku snap berlatar belakangkan pemandangan Alor Setar

skx009J diberi kepercayaan mengatur masa sepanjang perjalanan aku

Kemudian aku bertolak balik dan terus ke Pulau Pinang. Nak tidur semalam di Pulau Pinang. Di sini barulah aku berpeluang masuk ke banyak kedai jam terutama di Queensbay Mall. Di situ satu sahaja jam yang menarik minat iaitu Casio G Shock. Aku masih mencari satu G Shock yang mungkin menjadi GS yang pertama untuk aku. Sesuatu yang lain daripada sekian banyak GS yang pada pandangan mata kasar aku susah nak dibezakan dengan sekali pandang. Akhirnya aku jumpa GS Frogman Limited edition dengan potongan hujung strap seperti sirip ikan. Mak aiii! harga RM1800++. Lepas diskaun pun baru RM1600++. Kamera pulak tak bawa nak snap gambar. Nak guna hand phone malas, kualiti gambar rendah.

Hari ketiga aku ke kawasan sekitar Komtar. Awal sangat...kedai pun baru buka. Aku ternampak Kedai Jam Tat Ming. Menarik kedai jam ini. Pertamanya sebab ada pelbagai jenis jam termasuk jam dinding jenama Hermle buatan Germany. Harganya dua ribu ke atas. Jam tiga kunci yang kebanyakannya Westminter Chime. Menarik ni....nanti kalau ada rezeki boleh cari satu. Beli baru pasti puas hati.
Dalam kedai jam Tat Ming ni banyak jam swiss new old stock seperti Roamer, West End, Bulova, tapi harga ,masih ribu riban lagi. Sebab kedua aku suka kedai ni, towkehnya tak tanya mahu cari jam apa. Dia tak mengekor aku pun. Ketiga aku suka cara displaynya terutama penggunaan almari kaca, nampak klasik berbanding kedai-kedai jam yang lain.

Seperti biasa aku mesti bawa cenderamata balik...nak mengubat mata aku yang tercedera masa melihat beratus-ratus jam sepanjang tiga hari ni. Kali ini bukan jam, tetapi tempat istirehat baru untuk jam-jam aku.Aku harap ini kotak jam terakhir aku beli...


"cederamata"....khas untuk jam-jam aku

dirasmikan oleh jam dua ketul ni...

# terima kasih pada isteri aku yang memberi lampu hijau untuk pembelian "cederamata" diatas







8 comments:

  1. Tat Ming kedai jam yg cukup lama. Berpuluh tahun dah beroperasi. Yg bekerja dlm tu plak semua otai2. Hehe.. Yg bestnya, jam2 NOS byk kat kedai tu. Sgt menarik untuk dikunjungi kalau datang ke Penang. Hehe

    ReplyDelete
  2. ... tgk JM pakai divers skx009 bru terasa nk pakai jam divers yg da lama dilupakan...ada jugak ubat kecederaan mata tu...cam kami yg baca ni apa ubatnya ??? BTW...cantiklah kotak... i like

    ReplyDelete
  3. Bro Asmar, rasanya macam nak pergi lagi...cuci mata yang cedera pulak.

    Sah_kul...sekali sekala nak kena pakai...seiko diver walau murah...tapi ramai peminatnya.
    Harga lebih kurang macam kat ebay bila campur kos pos, itu sebab beli, tak perlu risau menunggu.

    ReplyDelete
  4. Seronok dpt berjalan-jalan sambil nyinggah kedai jam...tapi yg risaunya takut piket bocor kerap sgt...hehehe...apapun mmg best dpt berjalan2 merehatkan minda dan jasmani..bukak tahun nnti dgn semangat baru insyaAllah

    ReplyDelete
  5. wali...sambil menyelam minum air kata orang tua-tua.

    ReplyDelete
  6. hang usah rasa serba salah... hang simpan jam SKX009 tuh... la ni nak diver 7S26 dah kira hujung production... lepaih ni geng2 jepun tak pakai lagi dah enjin 7 series...7S26, 7S36, dgn 7S32 (japan punya merkit)... semua dah kira obsolete... aku la dok kumpui diver SKX guna 7S26... kalu ada extra bulih bikin seiko MOD... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Bro. Inilah skx yang terakhir dlm simpanan.Memang kena simpan.

      Delete
  7. salam...nk tanya korang kat sini..jam aku, seiko5 model 7009-6030 A4 blh tukar x dial n nk cari bnde tu kat mne?..please help me

    ReplyDelete