Showing posts with label koleksi jammasa. Show all posts
Showing posts with label koleksi jammasa. Show all posts

Sunday, December 16, 2012

nangis tengok pagol 707 pagomatic

Tahun 2012 hampir melabuhkan tirai. Anugerah-anugerah dalam industri muzik bertali arus. Bagi peminat jam-jam lama tiada istilah melabuh tirai. Aku sendiri beberapa kali berkata-kata nak mengurangkan pembelian. Aku realisasikan dengan menjual banyak jam-jam koleksi aku sepanjang 2012 ini. Tetapi mata kata suka, mata kata cantik. Tangan kata belilah.

Jadi ini mungkin, ulang sekali lagi ...mungkin jam terakhir untuk 2012.
Pagol 707 Pagomatic 25 J original kecuali 19mm bracelet (pinjam cyma punya - memang masuk)

Jam ini nampak cantik bila dah dipakaikan dengan bracelet oyster. Asalnya datang dengan bracelet aftermarket. Tidak kemas dan nampak biasa. Jadi selepas aku buat operasi khas jam ini nampak hidup semula.

Kemas di tangan - operasi berikutnya kilatkan jam bila- bila  tension nanti.
Lug 19mm memang menyusahkan untuk mendapatkan tali kulit atau bracelet yang sepadan. Alhamdulillah, aku ada seutar bracelet 19mm oyster yang tersimpan dalam laci sekian lama. Tali dibeli di ebay sesuai untuk rolex asalnya.
Kebiasaannya jam yang dipaparkan di blog, facebook dan sebagainya dah dicantik dan dibersihkan. Sebenarnya kadang-kadang jam tersebut sangatlah kotor, tak dijaga dengan baik. Rasanya kalau dibersihkan tentu harganya lebih baik. 

Lihatlah keadaan jam ini sebelum aku memakainya....

 Dengan saiz 36mm tanpa crown jam ini cukup memarik penampilannya.

 Tidak tahulah sudah berapa lama dipakai oleh pemilik terakhirnya sebelum di jual kepada broker jam.
Aku terpaksa menggunakan playar untuk menanggalkan bracelet jam ini. 
 Spring barnya jenis berkualiti, sebab tak pernah ditukar berpuluh tahun hingga penuh daki. Untuk membuka spring bar ini aku terpaksa merosakkan braceletnya dengan playar.
Crown asal dengan sign pokok kelapa. Case back sememangnya calar teruk. Nak menangis aku tengok. Aku rasa pemilik jam ini bukan pengumpul jam, tetapi inilah satu-satunya jam yang dia ada. tapi alhamdulillah, bahagian atas jam ini tidak dibelasah dengan teruk, kecuali cerminnya sudah bercalar halus.

Sunday, November 4, 2012

Pagol - foto yang menusuk jiwa peminatnya

Pagol - antara jam yang ramai peminat. Jika diberi pilihan antara Pagol dan Titoni, aku pilih Pagol. Ini kerana ianya lebih sukar diperolehi. Perkara lain yang menarik minat aku ialah pokok palma yang menjadi hiasan muka jam Pagol. Aku pernah memiliki beberapa biji Pagol sebelum ini seperti M7, V5 dan 707. Setelah koleksi aku meningkat banyak, jam-jam tersebut mula dijual kerana tdak dipakai. Ayat biasa seorang pengumpul jam, yang dah lepas tak akan dapat kembali.

Pagi ini memang langkah kanan, sebiji Pagol terhidang di depan mata. Wang boleh dicari, tapi nak jumpa sebiji jam yang cantik jarang sekali. Pagol 1000 menjadi koleksi terkini.






putih hitam kehidupan diwarnai pagol

Sunday, October 14, 2012

ORIS ARTELIER COMPLICATION

Hari sabtu aku ke Kuala Kangsar. Saja nak jalan-jalan, pergi makan tengahari, isteri pulak cuti. Selalunya  isteri aku kerja, kadang-kadang 7 hari seminggu dan terus sambung lagi 5 atau 6 hari. Jadi nak bawa dia pergi makan. Aku pulak boleh le tengok-tengok jika ada kedai jam di KK ni.

Memang ada sebuah kedai jam di kawasan Lembah. Lembah ni tempat yang ada banyak kedai makan tepi sungai tu. Banyak juga jam lama, tapi "conditionnya" tak tahu le. Harga pun tinggi, jadi aku hanya cuci mata saja. 

Tak banyak kedai jam di KK ni. Kalau aku duduk di KK ni tentu bosan kalau nak cuci mata tengok jam. Agaknya peminat jam di KK tentu kena pegi Ipoh, Penang atau KL. Lagi satu tentunya bergantung kepada blog-blog jam yang ada untuk tengok jam.



 Tak lama selepas tiba di Kuala Kangsar hujun turun dengan lebat

 Aku sempat masuk dalam kereta selepas keluar dari sebuah kedai jam. 
 Apa nak buat? Aku hanya ditemani cik Oris. Apa boleh dibuat selain pukul gambar

Pakai seluar biru Oris hari ni. Masa beli seluar hitam

 Dial jam Oris kebiasaannya mempunyai corak sebegini. Diistilahkan sebagai  guilloche dial.


 Lug yang cantik, berbanding model terkini. Ada crown guard. Cari kat google tak jumpa lug serupa ini lagi.
Movement eta yang ditune oleh Oris jadi Cal 571. Model terkini guna Cal 581.

Sunday, February 26, 2012

Cik Ome Datang Lagi

Gambar-gambar dibawah ini semasa Cik Ome dengan pakaian kulit






Gambar berikutnya Cik Ome dengan bracelet yang disertakan oleh pemilik asalnya








Terima kasih kepada saudara Bob yang sanggup berpisah dengan Cik Ome.
Terima kasih saudara Wafee kerana sudi menjemput berbual serta Otai Jam Cikgu Ku.
Cerita lain akan menyusul kemudian.

Sunday, January 8, 2012

Cik Ome kena marah




**cerita diatas telah ditokok tambah, jangan ambil serius. Cerita ini terpaksa ditarik balik kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

###Untuk makluman tuan-tuan, cik ome yang aku pikat ni dah berpisah dengan aku sebab cik ome ni bukan  tulen. Aku kena banyak belajar lagi nak kenal yang tulen-tulen ni.

Jika ada kengkawan yang nak beli jam seamaster 300 ni baik baca dulu disini supaya tidak terbeli "fake watch" tetapi mempunyai movement omega yang betul. Walaupun movementnya ori, ini tidak bermakna jam itu menjadi asli dan dijual dengan harga ribuan ringgit.

http://scubawatch.org/hallofshame.html

Sunday, August 7, 2011

SEIKO 5 7009 3110 jam kenang-kenangan

Milik siapakah jam ini?
Jam ini lama tersimpan dalam almari bapa. Ianya tidak pernah aku lihat sehinggalah pada penghujung tahun 2010 yang lalu. Jam ini aku kekalkan dalam keadaan asalnya, kecuali bracelet telah aku cuci.
Dari segi fizikal memanglah jam ni tak seberapa, hanya designnya yang meniru design popular Rolex.
Jam ni bersiri no 700041, rasanya keluaran oktober 1987.
Bracelet asal.
Menggunakan movement 7009A, mungkin tahun-tahun 80an

Terdapat sedikit kesan karat...masuk air , kata tukang jam. Mungkin kerana tindakan tergesa-gesa aku semasa mencuci braceletnya.
Cerminnya banyak kesar calar, menunjukkan ianya digunakan sepenuhnya. Pemilik asal jam ini adalah arwah Hj Yahya, iaitu datuk saya. Beliau meninggal pada November 1991, pada hari aku balik bercuti dari Bangi. Selepas itu jam ini disimpan sahaja oleh bapa, sehinggalah aku menyimpannya. Kadang kala aku pakai jam ini. Alfatitah untuk arwah...Banyak kenangan aku dengan datuk, seorang yang suka bergurau dengan cucu-cucunya. Aku masih menyimpan sehelai baju melayu yang dihadiahkannya ketika aku berangkat ke Bangi  pada tahun 1989.
Seiko 5 seperti ini masih ada dipasaran dengan movement 7S26, harganya lebih kurang RM600 (belum diskaun)

Tuesday, July 26, 2011

PAGOL manual wind



Rupa case back, ada calar-calar. Tidak di polish.
Tertera perkataan Ginsbo watch Co.
Movement manual, uzur pada case, movement masih ok. Belum service.
Pokok kelapa tu yang tak tahan dilihat bagi peminat pagol
Jarum saat cukup panjang. Gambar / warna dail tak jelas, kualiti camera handphone. Muka jam dikira kemas, tidak berserabut. Tak tahu  model apa.....kat case back tulis 63106
Ada bayang-bayang sikit kat jam 6, sebab pakai baju oren. Crown bukan ori, nak cari boleh. Tapi mahal. kali terakhir RM20 untuk Pagol 707.
Tali biasa aja, masa beli pakai tali seiko....punca jam di Locken, Ipoh.

Preview khas untuk sahabat dari kuantan

Wednesday, April 6, 2011

MY SEIKO 6139 6002


Satu-satunya gambar sebelum pergi repair,tapi tiada gambar dailnya yang calar balar, mungkin bergesel dengan lori

Jam seiko 6139 6002 ini adalah jam chronograph ketiga dalam simpanan aku. Jam diperoleh di Locken Ipoh. Hari tu banyak jam yang cantik di jual termasuk sealion yang pada aku cukup murah. Sama harga dengan jam 6002 ni. Jam ini diperolehi dalam keadaan yang nazak. Cerminnya sangat kabur, sukar nak melihat dailnya ( rugi kerana tak ambil gambar sebelum hantar repair). Jarum sub dailnya telah cabut. Menurut penjualnya , Pak Cik Man, pemilik jam ni driver lori. Bila rosak jam ni disimpannya untuk sekian lama.

                                          Bracelet oyster begitu panjang untuk tangan aku



Menurut tukang jam ada tiga bahagian yang rosak, tapi boleh dibaiki. Sebahagian daripada cetakan pada insert bazel dah pudar dan hilang terus. Chrono button dah stuck. Selepas diserah pada tukang jam yang baru aku kenal, ianya berjaya dibaik pulih dan tadi uncle tu terus hantar ke Simpang Pulai.Ahad hantar, rabu terima. First time tukang jam hantar sendiri . Ini boleh dikira rekod sebab helmet aku sampai sekarang tak siap lagi.

Bila dapat terkejut aku sebab cerminnya dah pulih 99%. Boleh lihat dengan jelas brown dailnya. Jam berjalan dengan lancar, setakat ni le. Stop watchnya berfungsi, cuma lari 1 minit. Tapi masih ok.

Tapi bila aku perhati betul-betul, alamak!!! Ada dua benda yang dipasangnya tidak tepat kedudukannya. Mulanya rasa tak senang duduk. Nak kena hantar semula yang leceh tu. Sesiapa boleh kesan......apa benda nya tu.
Gambar lain akan menyusul kemudian.