Sunday, December 16, 2012

nangis tengok pagol 707 pagomatic

Tahun 2012 hampir melabuhkan tirai. Anugerah-anugerah dalam industri muzik bertali arus. Bagi peminat jam-jam lama tiada istilah melabuh tirai. Aku sendiri beberapa kali berkata-kata nak mengurangkan pembelian. Aku realisasikan dengan menjual banyak jam-jam koleksi aku sepanjang 2012 ini. Tetapi mata kata suka, mata kata cantik. Tangan kata belilah.

Jadi ini mungkin, ulang sekali lagi ...mungkin jam terakhir untuk 2012.
Pagol 707 Pagomatic 25 J original kecuali 19mm bracelet (pinjam cyma punya - memang masuk)

Jam ini nampak cantik bila dah dipakaikan dengan bracelet oyster. Asalnya datang dengan bracelet aftermarket. Tidak kemas dan nampak biasa. Jadi selepas aku buat operasi khas jam ini nampak hidup semula.

Kemas di tangan - operasi berikutnya kilatkan jam bila- bila  tension nanti.
Lug 19mm memang menyusahkan untuk mendapatkan tali kulit atau bracelet yang sepadan. Alhamdulillah, aku ada seutar bracelet 19mm oyster yang tersimpan dalam laci sekian lama. Tali dibeli di ebay sesuai untuk rolex asalnya.
Kebiasaannya jam yang dipaparkan di blog, facebook dan sebagainya dah dicantik dan dibersihkan. Sebenarnya kadang-kadang jam tersebut sangatlah kotor, tak dijaga dengan baik. Rasanya kalau dibersihkan tentu harganya lebih baik. 

Lihatlah keadaan jam ini sebelum aku memakainya....

 Dengan saiz 36mm tanpa crown jam ini cukup memarik penampilannya.

 Tidak tahulah sudah berapa lama dipakai oleh pemilik terakhirnya sebelum di jual kepada broker jam.
Aku terpaksa menggunakan playar untuk menanggalkan bracelet jam ini. 
 Spring barnya jenis berkualiti, sebab tak pernah ditukar berpuluh tahun hingga penuh daki. Untuk membuka spring bar ini aku terpaksa merosakkan braceletnya dengan playar.
Crown asal dengan sign pokok kelapa. Case back sememangnya calar teruk. Nak menangis aku tengok. Aku rasa pemilik jam ini bukan pengumpul jam, tetapi inilah satu-satunya jam yang dia ada. tapi alhamdulillah, bahagian atas jam ini tidak dibelasah dengan teruk, kecuali cerminnya sudah bercalar halus.

No comments:

Post a Comment