Thursday, April 19, 2012

FAKE WATCH seiko 6138 7000 ?- NAK BERHENTI MAIN JAM?

Pagi ini aku membaca cerita UFO dalam blog Dunia Jam. Lepas tu aku google jam seiko aku kat blog. Aku terjumpa amaran : important info for people with xxxx xxxx . Hati aku dah mula tak sedap. Aku google lagi. Aku terjumpa jam yang sama no siri dalam satu blog. Ada komen baru masuk...memaklumkan jam tersebut "fake". Alamak..sebiji macam jam aku.

Kemudian aku google lagi..aku jumpa seiko & citizen watch forum, ada seorang bro dengan nama Thanapa (Harimau Malaya) memulakan topik fake 6138 7000. Daripada forum tersebut aku dapati jam tiruan ini terdapat banyak di pasaran, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di England dan tempat-tempat lain. ianya dijual di ebay oleh beberapa orang seller termasuk seller dari Penang yang berjaya menjual dengan harga US$410.

Dan ada seller  yang meletakkan harga sehingga US$700. Antara seller yang kerap dipersoalkan jam-jamnya adalah bernama Sophon dari Negara Gajah Putih. Seller ini telah sekian lama aku jumpa namanya dalam forum jam dengan komen yang negatif, tetapi masih terus menjual di ebay.

Inilah agaknya asam garam orang main jam. Ini kali kedua aku terkena selepas jam Omega Seamaster 300. Sama seperti dahulu, aku dapat jam ini di Ipoh.Kalau kali pertama dulu aku tidak membuat banyak ulasan di blog ini, tetapi kali ini aku terpaksa menulis ( buang masa juga) sekurang-kurangnya kawan-kawan diluar sana tidak terkena. Aku memang dah rugi, harap-harap tidak ada yang terkena lagi.


foto diatas adalah dengan original dial termasuk rulernya sekali. Perhatikan pula dial dibawah. Dimana perbezaannya?


Sangat kecil perbezaannya, iaitu pada sub register bawah, untuk kiraan minit sepatutnya 30/60 bukan 30/00. Itu sahaja perbezaannya, tahniah kepada orang yang telah mendedahkan kesilapan kecil ini, tetapi besar maknanya untuk pengumpul jam.

Kesalahan kedua yang sering dilakukan oleh pembuat fake watch ialah pada maklumat jam di case back. seperti jam omega seamaster 300 aku dulu, seiko ini juga mempunyai kesilapan di tempat yang sama.
Perhatikan gambar-gambar berikut.


serial number 4D8364

arrrrrrr!!!! sama seperti serial number jam aku. Tapi engravingnya tak sekemas aku punya
foto dari SCWF

dari  forum SCWF


Untuk movement pula, ini adalah bahagian yang sukar ditiru. Jadi penjahat dan penipu ini akan menggunakan movement original, tetapi mereka akan menggunakan mana-mana movement seiko 6138 atau 6138B.
dijual di ebay. Baca di SCWF

Menurut forum SCWF, bahagian lain seperti casing juga dibuat semula. Bahagian yang paling sukar adalah movement. Movement akan dimasukkan dengan yang original, tetapi mereka akan masukkan apa sahaja yang ada samada 6138 atau 6138B. Bracelet pula akan dimasukkan aftermarket, justeru bila digoogle , terdapat pelbagi bracelet samada baru atau kelihatan lama. Ini dapat mengaburi pembeli.

Apa akan jadi pada jam aku ni. Kalau seamaster 300 dahulu, aku pulangkan semula. Jam itu kemudiannya pasti akan dijual juga akhirnya. Kalau tak salah jam tu dah masuk blog lain dan ada pembelinya. Kali ini tak tahulah. Aku memang tak boleh jual dah jam ni selepas pendedahan skandal  ni.

Kepada peminat-peminat seiko diluar sana, berhati-hatilah jika terjumpa jam seperti ni. Aku juga melakukan kesilapan, tak banyak belajar daripada kesilapan pertama...rasanya nak berehatlah.

AMARAN TAHAP MERAH
Sebelum beli : Perhatikan dial sub register mesti 30/60 bukan 30/00
                    Serial number bukannya 4D8364
    adakah ini jam sebenar dengan serial number 4D8364?



jam yang sama serial number muncul di indonesia hari ini.




new update 24 mei 2012 : jadi berhati-hatilah kerana banyak juga jam dari indonesia masuk ke negara kita.


sejak akhir-akhir ni, jam seperti di atas telah kedapatan dijual online - harga RM1K lebih. Wow!!!

19 comments:

  1. Tak sangka ada juga Sophon tu. Mmg selalu dok tgk jam2 seller tu kat eBay. Nampak cantik2 jam dia.

    Rasanya jam ni bukan fake, cuma dia refurbished balik. ada part yg takda tu, mungkin dia amik dari jam lain & dial tu rasanya aftermarket. Dial ori mungkin dah patina teruk. Kalau tgk jam2 seller kemungkinan besar semua jam dia dah refurbished psl semua cantik2 belaka.

    ReplyDelete
  2. tapi bro, serial number tak boleh sama. Pada saya satu, yang dijual oleh seller dari penang di ebay, pada sophon dan beberapa seller yang dah tarik balik dari ebay. Mulanya saya pun anggap telah refurbished serta cermin aftermarket sebab acylic.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas pendedahan Cikgu Zul. Adus tak sangka pula mcm ni...pendedahan ni meyebabkan saya berfikir banyak kali untuk main jam vintage...terlalu banyak benda nak kena tahu...refurb masih boleh diterima....fake sama sekali intolerable

    ReplyDelete
  4. Abg amik dekat ebay ke? SLIDERULE CALCULATOR NI MEMANG ADA CAP AYAM. BENDA NI PUN DAH PERNAH DIBERITAHU OLEH SATU BLOGGER. YA, PERKARA YANG PALING SANGKUT ADALAH BERKAITAN DENGAN NOMBOR SIRI YANG SAMA..

    ReplyDelete
  5. Ambil kat member jam amar. Rasanya dia pun tak tahu.

    Wali, jam lama ni lain sikit seronoknya. Kalau jam baru, yang berkenan harga ribuan ringgit.

    ReplyDelete
  6. hmm...kesian kat TUAN....Benda ni leh jadi kat sapa sapa jer...nak kata apa kan....tapi macam asmar kata, mungkin franken? ntah la

    sabar la Tuan...and next time, jom kita main jam moden jer...senang sket hehehhe

    ReplyDelete
  7. Sy sebenarnya dah lama tawar hati main jam2 lama. Byk kali dah sy terkena. Frust dpt jam tak seperti yg digambarkan & sukar plak kat tempat sy nak cari tukang yang pandai...

    Skrg sy lbh tumpukan jam yg baru atau tak terlalu tua umurnya.. Jam2 vintage sy cuma ada beberapa je skrg. Kalau nak beli pun jam vintage, sy akan lebih cerewet & nak yg betul2 ok & cun saja....

    Sabar tuan.. ada hikmah di sebalik pendedahan ni. Ramai org akan berhati2 lps ni.. insyaAllah....

    ReplyDelete
  8. Terima kasih bro nazri dan asmar. Kena pakai jam baru, murah pun tak apa. Yang penting hati gembira.

    ReplyDelete
  9. salam tuan...xpe tuan banyak2kan bersabar..kes macam tuan nh jgak la yg buat saya haru nk main jam vintage lg..banyak sangat musang2 d luar sana yg tunggu masa ja nk terkam orang..jam fake claim ori..

    ReplyDelete
  10. Apa dah terjadi, terima sebagai pengajaran hidup.

    jamnya elok. Boleh dipakai. Anggap saja ia sebagai jam homage. Dapat Kurangkan rasa bisa tertipu.

    ReplyDelete
  11. Betul tu tuan Anonymous. Bila besar modalnya memang terasa.
    Jamnya memang boleh dipakai meor, tak ada cacat dari segi fizikal.
    Terima kasih atas semua respond yang diterima.

    ReplyDelete
  12. Aku rasa banyak betul jam 6138-7000 no siri mcm ni. Aku penah pegang kawan punya, tapi tak perasan no siri.
    Tgk link blog ni, pun sama gak no sirinya 4D8364!!.. confius woo...
    http://www.maximuswatches.com/2012/04/seiko-chronograph-6138-7000-seiko.html

    ReplyDelete
  13. Betul, teliti betul engraving kat caseback tu sebijik mcm ori..

    ReplyDelete
  14. sabar je la cikgu zul JM. sophon tu lama2 org pulaukan juga. saya pun serik main jam vintage. yg ada skrg tinggal 3-1 beli, 1 trade,1-pusaka. syok lagi main jam baru...yg ada skx bond n MM...

    ReplyDelete
  15. cikgu zul 24 jam, jam vintage dan lama ni satu industri juga sebenarnya. Di internet banyak web-web menjual jam dari Jepun hinggalah ke US. Yang kategori baru pun kena beli di kedai AD. Orang yang ada kemampuan akan sentiasa menangguk di air keruh. Jadi kita kena bijak memilih jam yang kita mahu.Sementara nak bijak tu, terkena la dulu.

    ReplyDelete
  16. boleh buat a.. casing die

    ReplyDelete
  17. Tuan Anonymous, movement yang complicated tu pun dia orang mampu tiru.

    ReplyDelete
  18. Saya pernah jumpa di Locken, Ipoh jam seperti di atas dengan serial no. yang sama seperti yang saya miliki. Terus saya cakap kat seller tu. Harga bukanya lebih 1K.

    ReplyDelete