Thursday, March 28, 2013

Rolex ; Beberapa fakta yang menarik

Rolex. Bukan semua orang menyukainya. Tapi pada pandangan aku lebih ramai yang suka daripada tidak suka. Kita pakailah jam mengikut kesukaan diri kita. Aku mulanya tak juga memakai rolex. Bila tengok kawan pakai nak merasa juga.Dapat merasa pakai yang murah-murah pun dah ok.Bila tak nak jual pada orang lain yang nak merasa pakai.seronok memakainya pun sebulan dua, selepas itu duduk sajalah dalam kotak seperti jam seiko, citizen dan jam-jam yang lain. Apa-apa pun bacalah cerita Rolex di bawah ini sebagai pengetahuan.

Pengasas Rolex, Hans Wilsdorf  berasal dari German. Sebagai seorang yang bersikap perfectionist, Hans Wilsdorf telah menghasilkan jam-jam yang sangat diperakui ketahanannya untuk kegunaan seharian, bukan hanya perhiasan tangan. Hans Wildorf telah berjaya mengubah persepsi bahawa jam tangan tidak setepat jam poket yang saiznya lebih besar. Keupayaan Rolex menghasilkan komponen jam yang kecil tetapi ketepatannya di perakui dalam mengukur masa dengan tepat telah memberi kepercayaan kepada orang ramai. Akhirnya seperti kita lihat hari ini jam poket tidak lagi digunakan.


Rolex menghubungkan tiga negara industri. German, England dan Switzerland. Pengasas dari Germany, menuntut ilmu dan memulakan Rolex di England, melebarkan sayap Rolex dari Switzerland.Rolex telah dihantar ke Kew Observatory di England dan telah diiktiraf dengan"Class A Certificate of Precision" Rolex turut dihantar ke School ofHorology di Bienne Switzerland pada tahun 1910 dandianugerahkansebagai jam tangan pertama dengan sijil chronometer.

 Kew Observatory di England


Kilang Rolex...berbangga sebagai kilang jam pertama mengeluarkan jam dengan sijil chronometer



"OYSTER"adalah satu trademark yang sangat sinonim dengan Rolex. Jam-jam Rolex sangat diakui mempunyai movement yang bersih walaupun sangat banyak umurnya. baca kisahnya bagaimana bermulanya perkataan OYSTER tersebut.

"Also in 1925, Rolex addressed the weak spot in all watch cases, the winding stem and its predilection for leaking water and dust.  Wilsdorf heard of a patent filed by Paul Perregaux and Georges Peret for a new winding stem and button/crown. Wilsdorf bought the patent and registered the world’s first waterproof case, the Oyster, on July 29, 1926 in Switzerland, and again in London on February 28, 1927.  The term Oyster came to Wilsdorf while trying to open an oyster at a dinner party.  Opening Rolexes today requires special tools very similar to opening an Oyster at a restaurant.  The sealed crown, combined with a water tight synthetic crystal also introduced at the time, along with a threaded bezel and caseback introduced by Aaron Dennison, founder of Waltham Watch Company, Wilsdorf now had the three main watch deficiencies addressed, the crown, the case, and timing accuracy all addressed."

Untuk mendapatkan keyakinan massa bukanlah mudah. Tapi jika berjaya memang berbaloi. Dengan kejayaan Mercedes Gleitz menyeberangi Selat Inggerispada btahun 1927, ROLEX turut menumpang tuah.




Ujian ketahanan dan keutuhan Rolex turut dilakukan di atas puncak tertinggi dunia. Kejayaan Sir Edmund Hillary dan Sherpa Tensing menjadi manusia pertama menguasai puncak Everest turut menandakan kejayaan besar Rolex untuk model Explorer.





penggunaan caseback oyster membolehkan jantung Rolex ini terpelihara dengan 
baik walaupun usianya lebih daripada usia aku sendiri

Rolex adalah antara jam yang banyak ditiru oleh pengeluar jan yang lain, samada homage atau fake. Kalau homage tidak ada masalah kerana jam masih tulin, yang ditiru adalah design atau ciri ciri khusus. Cap tanda dagangan Rolex sahaja yang tidak digunakan. manakala jam-jam fake atau tiruan 99.9% menyerupai jam sebenar termasuk memiliki capa tanda dagangan rolex.

Jangan hairan, bukan jam-jam high end Rolexsahaja ditiru, malah jam- entry levelseperti Rolex 6694 turut ditiru. Sekali pandang sukar membezakannya. Contohnya jam dibawah hanya beharga US$150.
http://www.watchesonlinesales.com/rolex-oysterdate-od01-6694-gold-with-stick-marking-p-1454.html



Rujukan:

http://www.beckertime.com/blog/the-evolution-history-of-rolex/

http://www.caesarwatch.com/article-94-Rolex+History.html

http://www.collectorsweekly.com/wristwatches/rolex

http://rolexblog.blogspot.com/2010/03/all-new-rolex-explorer-i-epitome-of.html

No comments:

Post a Comment