Sunday, March 31, 2013

PARKER 21super

PARKER 21; pen budjet rendah daripada parker. pertama kali dikeluarkan pada tahun  1948 dngan status pen murah dengan harga US$5 ketika itu. Parker 21 yang awal mungkin sukar ditemui di Malaysia kini, maklumlah ketika itu negara baru lepas daripada perang dunia kedua.

Pen parker 21 yang dipaparkan di bawah adalah model tahun 50an atau 60an. perbezan yang ketara adalah pada poket clipnya. Parker 21 yang awal mempunyai poket klip yang lurus.iaitu tiada design arrow paparan di bawah.

Parker 21 di bawah dikenali dengan nama parker 21 super. Pen parker 21 ini mudah didapati di ebay dengan harga yang rendah bergantung kepada kondisi pen. Pen yang aku miliki ini diperoleh daripada penjual barangan terpakai di Ipoh. Dibeli tanpa diuji terlebih dahulu.Apabila di rumah baru di uji.Alhamdulillah, pen berfungsi. Ink feed  pun masih elok.






 mata pen stainless steel, berbanding parker 21 dengan gold 14k
warna grey dengan stainless steel cap

parker 51, parker duofold junior, parker 21, lamy 26p, artus, sheaffer, sheaffer agio, sheaffer prelude

No comments:

Post a Comment