Hari ini jam yang aku tunggu dah sampai diver 6309 7049. Jadi jam 6309 729A aju dah ada kawannya.Aku dah test dari pukul 5.30 petang tadi hingga kini, masanya berjalan lancar. Dail dan insert bazel aftermarket, maka nampak elok pada pandangan mata. Crown masih boleh lock dengan baik. Bazel longgar sedikit...tapi bersesuaian dengan usianya.
Jam ni dah lama aku cari yang mampu aku bayar dan sedap mata memandang. Dalam blog sebelum ini ada beberapa ketul, kebanyakan parts adalah asal, tetapi harganya faham-fahamlah. Kalau dilihat dalam blog luar negara dan eBay pun harganya boleh tahan. Masalah di Ebay ialah kita kena bayar kos penghantaran antara US$15-25. (RM45-76) ikut kadar sekarang ini. Kita juga kena ada akaun Paypal dan mahir dengan selok belok bidaan. Jalan lebih menenangkan fikiran cari dari sumber dalam negara. Cuma sekarang ni semakin sukar jumpa dalam blog berbanding awal tahun lepas.
dengan baik.
Kena cari bracelet supaya sesuai pergi kerja.
Movement masih ok dan lancar.
No siri 181780, keluar kilang Ogos 1981. Perkataan Seiko telah haus, maksudnya jam ini telah banyak kali digosong supaya berkilat casebacknya. Tertera modelnya 6309 7049, bermaksud jam ini asalnya untuk pasaran Amerika Utara. Model 6309 7040 adalah untuk pasaran tempat lain. Model 6306 untuk pasaran Jepun. Kalau ada diinternet pun harganya sangat tinggi. Keistimewaan jam ini tak payah cerita la, semua orang tahu kerana casingnya yang unik.
Movement masih ok dan lancar.