Tuesday, May 22, 2012

Alamak, putus? Patah?

Dah lama blog jammasa tak diupdate. Tak ada cerita baru. Jam baru pun tak ada.

Hari Ahad baru-baru ni, malang betul, barang yang kita sayang, putus / patah. Apa lagi kalau bukan tali jam seiko diver di bawah.



Tali jenis flat. Kat pasaran alam Malaya ni rasanya sukar nak dapat. Yang original lagilah susah. Hak yang ada ni pun sebab beli jam diver tahun 2010 dahulu. Selepas di pakai, letak atas meja. Masa nak ambil, dah putus dua. Pelik bin ajaib. Nasib baik tak putus di tangan.

Tali ini nipis sedikit berbanding tali seiko rubber wave jenis yang ada sekarang ni. Jenis wave semua aku dah jual bila ada orang bertanya. Aku pun selongkar almari, sebab rasanya ada lagi strap seiko diver dalam laci. Huh, memang ada.




Tetapi hak baru tak sama yang lama. Yang baru hanyalah kualiti aftermarket. Jadilah, tak ada rotan, akar pun berguna.