Showing posts with label Seiko. Show all posts
Showing posts with label Seiko. Show all posts
Sunday, February 19, 2017
Thursday, September 3, 2015
SEIKO DIVER
Apa yang menarik kali ini. Tiada yang baru, jadi tulis sahaja sejarah jam aku. Ini tahun ke 6 hobi mengumpul jam sejak aku mula pada tahun 2010.
Sejarah yang mahu aku ceritakan ialah berkenaan minat aku dengan jam-jam diver, yang sudah semestinya jam mampu milik, SEIKO. Aku mula minat dengan SEIKO diver sejak dari awal lagi. Dua blog, Dunia Jam dan Detik 12 sangat meracuni tangan aku. Walaupun masih dikira murah pada waktu itu berbanding harga semasa kini, tapi aku tidak mampu. Perlahan-lahan aku mengumpul satu persatu untuk memiliki jam-jam yang aku idamkan....
Masih kekal hingga kini
Beli baru melalui Ebay
Diver pertama (2010)
Diver paling mahal aku beli, tetapi bertahan tidak sampai dua bulan ( 2014)
Boy Size
2010
Wednesday, October 1, 2014
SEIKO SAMURAI Ti SBDA005 : tiada jodoh antara kita
Seiko Samurai....jam diver yang menjadi aset yang bernilai kepada collector seiko. Pernah memiliki sebiji seiko samurai dial putih pada tahun 2010. Selepas dilepaskan termasuk hampir semua jam-jam diver aku, fokus aku pada jam-jam biasa sahaja.
Tetapi tarikh 26 Sept 2014 mengubah segalanya. Jam OM yang aku simpan sejak 2010 dipinang orang. Entah mengapa mudah sahaja tangan aku melepaskannya pergi. Tapi bak kata pepatah Melayu, patah tumbuh, hilang berganti. Sabtu 27 Sept, sebiji seiko samurai Ti menyerah diri.
Kalau nak mengetahui sejarah samurai ini baca disini. http://quartzimodo.com/a-farewell-to-the-last-samurai/#more-2075 . Diceritakan dengan panjang lebar selepas seiko menghentikan pengeluaran samurai pada tahun 2010. ( samurai pertama aku dibeli pada tahun 2010)
pic source : http://forums.watchuseek.com/f21/lets-list-all-seiko-citizen-orient-nicknames-332331.html
Higuchi antara pelopor awal yang mempopularkan jam-jam JDM
bagaimana pula rupa jam samurai selepas 10 tahun productionnya
Tali baru, bukan design asal.
keluaran awal Januari 2004
(2004-2014)
gigi bezel samurai sememangnya lain daripada kebiasaan diver seiko
design yang mungkin luar biasa10 tahun dahulu
Harga asal 10 tahun dahulu hanya 36750 yen
Dengan kadar tukaran hari ini RM1100
Wow...berapa perlu anda bayar untuk mendapatkannya hari ini
Tingginya nilai jam ini terletak pada perkataan "titanium"
Samurai pertama aku,
Dalam kenangan
Price tag samurai serial # 680027
more pics here
http://forum.tz-uk.com/showthread.php?163285-Seiko-Samurai-Titanium-realistic-price-and-technical-issues
update : 26/10/2014 jodoh tak panjang, berpisah jua cara baik.
Thursday, September 25, 2014
Wednesday, July 16, 2014
SEIKO ALPHINIST SARB017 -
Jam yang lama berada dalam senarai menunggu aku, SEIKO Alphinist SARB017 - jam yang susah sangat nak ada dalam fb atau blog dgn status "untuk dijual". Aku tahu jam ni kalau nak, kena beli dari Jepun. dari Highuchi, Seiya dan Rakuten.Dua kali aku gagal membeli di rakuten...bila order, datang email kata no stock available.
Harganya 50,000yen. Dapatlah bawah RM1.4k. Bagi aku masih ok, Sebab jam JDM.
Dua crown.Satu untuk setting masa. satu lagi pastinya untuk rotating inner compas bezel. Tak tahu pun nak guna. Jangan risau instruction manual ada dalam bahasa inggeris. Warranty pun ada setahun tetapi kena hantar ke Jepun. InsyaAllah setakat ini semua jam seiko baru yang dibeli tak pernah meragam.
Minggu lepas bila membelikan jam kawan-kawan, aku pun terbelilah Alphinist ni. Aku cair tengok warna hijaunya. Aku pun tak ada jam hijau. Memang aku suka warna ni. Aku pernah cat kereta warna hijau macam tin milo. Nyerolang kata orang tempat aku. Member-member siap suruh cat bulan kat atas kereta aku. Diam aje le....
Ini le kereta hijau aku dulu. baru lepas cat tu. (2001)
Satu perkara yang tidak menarik ialah tali jam. Tali warna coklat memang kena dengan jam ini, tetapi malangnya bukanlah warna coklat yang cantik pada pandangan aku. Talinya pula keras.Memang tak menarik langsung. Dalam forum luar negara pun ramai pembeli jam ini memberikan komen yang negatif. Ramai yang menukarkannya dengan bracelet aftermarket atau tali kulit yang baru.
Harganya 50,000yen. Dapatlah bawah RM1.4k. Bagi aku masih ok, Sebab jam JDM.
Dua crown.Satu untuk setting masa. satu lagi pastinya untuk rotating inner compas bezel. Tak tahu pun nak guna. Jangan risau instruction manual ada dalam bahasa inggeris. Warranty pun ada setahun tetapi kena hantar ke Jepun. InsyaAllah setakat ini semua jam seiko baru yang dibeli tak pernah meragam.
Satu lagi perkara yang tidak menarik tentang jam ini ialah bucklenya. Kosong tanpa sign SEIKO.
Cuma di print ST.STEEL-B. Jadi aku tukarkan dengan deploytment buckle saiz 18mm. Masalahnya pula tali jam 20mm yang aku ada hanya bersaiz 20/16. Pakai aja.
Dengan saiz 39 mm dan 46mm dari lug ke lug sangat padan dengan saiz tangan aku. Kurang le hasrat aku nak memakai Rolex Explorer 1. Banyak jimat tu.
Selain daripada SARB017 yang sporty, terdapat juga SEIKO SARB033, SARB065 dan sebagainya yang bersifat jam dress. Terdapat juga jam SEIKO SARG001, SARG003, SARG005 dan SARG007 dengan casing seperti Alphinist SARB017. Aku tertarik dengan SARG007 seperti gambar di bawah. Jam ini bukan daripada siri Alphinist, kerana tiada sign Alphinist pada caseback.
SEIKO SARG007 - gambar dr ebay
Seiko Samurai
Jam kedua sudah sampai. Raya sakan tuan punya dengan jam ini. Jam yang telah membuat perjalanan mengelilingi dunia. Dari Jepun ke USA dan seterusnya ke Malaysia. Bahan titanium membuatkan jam ini ringan, berbanding samurai SS seperti yang pernah aku pakai. Tatapilah rupa jam tahun 2007 ini.Syabas kepada pemiliknya.
# Bid di ebay
Thursday, July 10, 2014
Seiko Sumo
Assalammualaikum dan salam sejahtera
Lama sesunggoh aku tak mengupdate blog ni. Tak ada jam jam baru. Rehat panjang tahun 2014 ini.
Baru-baru ini dapat melepaskan gian membeli jam, walaupun bukan jam sendiri. Jam ini milik rakan jam juga.
Jam JDM rupanya. Order di ebay. Tapi kotak ini kadboard keras aje. Manual dwibahasa.
Sumo oren. Jam yang tak perlu diperkenalkan lagi. Pertama kali pegang tapi tak boleh pakai, orang punya.
Harga pun ok juga. Tak sampai 2k sebab tali rubber.
Yang menarik sekali bukan jam ni, tetapi bagaimana seller dari negara matahari terbit ini mempromosikan dirinya. Lihat kas yang disertakannya.
Pertama kali aku jumpa. Biasa setakat masukkan business card atau resit aja.
Minggu depan sebiji lagi sampai. Ada dua biji lagi nak masuk ni...jam apa ye?
Monday, September 23, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)
