Showing posts with label PAGOL. Show all posts
Showing posts with label PAGOL. Show all posts

Sunday, October 12, 2014

Wednesday, May 1, 2013

Pagol -SOLD


used Pagol 707 for sale
black dial with patina
19mm lug
afermarket thick 19mm oyster bracelet


click
http://koleksijammasa.blogspot.com/2012/12/pagol-707-automatic.html

Sunday, December 16, 2012

nangis tengok pagol 707 pagomatic

Tahun 2012 hampir melabuhkan tirai. Anugerah-anugerah dalam industri muzik bertali arus. Bagi peminat jam-jam lama tiada istilah melabuh tirai. Aku sendiri beberapa kali berkata-kata nak mengurangkan pembelian. Aku realisasikan dengan menjual banyak jam-jam koleksi aku sepanjang 2012 ini. Tetapi mata kata suka, mata kata cantik. Tangan kata belilah.

Jadi ini mungkin, ulang sekali lagi ...mungkin jam terakhir untuk 2012.
Pagol 707 Pagomatic 25 J original kecuali 19mm bracelet (pinjam cyma punya - memang masuk)

Jam ini nampak cantik bila dah dipakaikan dengan bracelet oyster. Asalnya datang dengan bracelet aftermarket. Tidak kemas dan nampak biasa. Jadi selepas aku buat operasi khas jam ini nampak hidup semula.

Kemas di tangan - operasi berikutnya kilatkan jam bila- bila  tension nanti.
Lug 19mm memang menyusahkan untuk mendapatkan tali kulit atau bracelet yang sepadan. Alhamdulillah, aku ada seutar bracelet 19mm oyster yang tersimpan dalam laci sekian lama. Tali dibeli di ebay sesuai untuk rolex asalnya.
Kebiasaannya jam yang dipaparkan di blog, facebook dan sebagainya dah dicantik dan dibersihkan. Sebenarnya kadang-kadang jam tersebut sangatlah kotor, tak dijaga dengan baik. Rasanya kalau dibersihkan tentu harganya lebih baik. 

Lihatlah keadaan jam ini sebelum aku memakainya....

 Dengan saiz 36mm tanpa crown jam ini cukup memarik penampilannya.

 Tidak tahulah sudah berapa lama dipakai oleh pemilik terakhirnya sebelum di jual kepada broker jam.
Aku terpaksa menggunakan playar untuk menanggalkan bracelet jam ini. 
 Spring barnya jenis berkualiti, sebab tak pernah ditukar berpuluh tahun hingga penuh daki. Untuk membuka spring bar ini aku terpaksa merosakkan braceletnya dengan playar.
Crown asal dengan sign pokok kelapa. Case back sememangnya calar teruk. Nak menangis aku tengok. Aku rasa pemilik jam ini bukan pengumpul jam, tetapi inilah satu-satunya jam yang dia ada. tapi alhamdulillah, bahagian atas jam ini tidak dibelasah dengan teruk, kecuali cerminnya sudah bercalar halus.

Sunday, November 4, 2012

Pagol - foto yang menusuk jiwa peminatnya

Pagol - antara jam yang ramai peminat. Jika diberi pilihan antara Pagol dan Titoni, aku pilih Pagol. Ini kerana ianya lebih sukar diperolehi. Perkara lain yang menarik minat aku ialah pokok palma yang menjadi hiasan muka jam Pagol. Aku pernah memiliki beberapa biji Pagol sebelum ini seperti M7, V5 dan 707. Setelah koleksi aku meningkat banyak, jam-jam tersebut mula dijual kerana tdak dipakai. Ayat biasa seorang pengumpul jam, yang dah lepas tak akan dapat kembali.

Pagi ini memang langkah kanan, sebiji Pagol terhidang di depan mata. Wang boleh dicari, tapi nak jumpa sebiji jam yang cantik jarang sekali. Pagol 1000 menjadi koleksi terkini.






putih hitam kehidupan diwarnai pagol

Sunday, April 1, 2012

Pagol M7 - Sold


 dial original cantik, hand ori, date merah marker semua cantik, pokok kelapa pun warna gold
 lug 18mm, diameter 38mm, lug to lug 40mm
 pokok kelapanya belum haus digosok, biarkan sahaja begitu. Tak ada pokok kelapa, tiadalah nilai jam pagol
 crown cap pokok kelapa - goyang sikit, tapi  berfungsi dengan  baik.
Dengan jam lama ni kita kena lemah lembut.
Movement automatik 25 jewel ETA 2782 (eta di letak di bawah balance spring) 
2 tahun jam ini tak pernah mendatangkan masalah.


Saya mula tertarik dengan jam ini selepas terlihat gambar pagol M7 dalam satu blog. Cari pagol M7 di google image. Ada dua sahaja pernah masuk blog.

Friday, December 30, 2011

Pagol V5 cantikkkkkkkkkkk. - SOLD














Jenama Pagol memang selalu menyebabkan orang jatuh cinta pandang pertama. Sebagaimana aku tertarik dengan jam ini, begitu juga dengan pengunjung blog aku. Buat kali kedua jam Pagol aku dilamar. Walaupun sukar melepaskannya, tapi lebih baik dilepaskan waktu masih sayang, justeru cinta itu makin mendalam. Tapi janganlah buat kat isteri macam tu....

Jam V5 maroon ni dial sememangnya cantik. Markernya timbul, lumenya dak kekuningan, masuk dengan warna maroon tu. Semua jarum jam original. Crown original. Case back ada pokok kelapa dan cukup kilatnya. Wow!!!! Merata-rata ada tanda jenamanya....


Tuesday, July 26, 2011

PAGOL manual wind



Rupa case back, ada calar-calar. Tidak di polish.
Tertera perkataan Ginsbo watch Co.
Movement manual, uzur pada case, movement masih ok. Belum service.
Pokok kelapa tu yang tak tahan dilihat bagi peminat pagol
Jarum saat cukup panjang. Gambar / warna dail tak jelas, kualiti camera handphone. Muka jam dikira kemas, tidak berserabut. Tak tahu  model apa.....kat case back tulis 63106
Ada bayang-bayang sikit kat jam 6, sebab pakai baju oren. Crown bukan ori, nak cari boleh. Tapi mahal. kali terakhir RM20 untuk Pagol 707.
Tali biasa aja, masa beli pakai tali seiko....punca jam di Locken, Ipoh.

Preview khas untuk sahabat dari kuantan

Sunday, April 3, 2011

PAGOL 707 MANUAL WINDING

Ciri-ciri Pagol sangat jelas dengan pokok kelapa yang menghijau

Case back ada rosak sikit pada tulisan water. Bahagian belakang casing pun tidak begitu lawa. Harap muka aja lawa.... Bracelet bukan original. Abang Pagol ni lawa kalau pakai strap kulit, tapi disebabkan aku lebih suka bracelet, bantai aja apa yang ada dalam stok.
Ciri-ciri lain abang Pagol ialah date bewarna merah dan jarumnya berbentuk segiempat pada bahagian tiang jarum.

PAGOL V5 MANUAL WINDING

Untuk tatapan hari ini ialah jam-jam pokok kelapa yang aku ada. Jam-jam pokok kelapa cukup menarik minat aku. Asalnya aku minat dengan titoni, tapi hingga kini aku hanya ada sebutir titoni. Pagol 707 ini adalah butir yang kedua dalam simpanan. Cermin acrylicnya adalah ori, tetapi dah retak pada kedudukan jam 6 -7. Disebabkan jam pagol yang pertama juga mengalami masalah retak dan ditukar serta tak dapat lagi cermin ori, maka untuk jam ini aku bertahan dulu.

Clasp ada tanda Pagol.


Pokok abang Pagol jelas kelihatan.


Ciri-ciri abang Pagol jelas sekali dengan date warna merah.



Crown juga ada tanda kehadiran abang Pagol
Case back....masih ok.
Jenama: Pagol

Model: V5
Buatan: Ginsbo Watch Co Switzerland
Tahun: 1970an
Pergerakan: Kunci(Manual)
Jewels: 23j
Kemasan Casing: Stainless steel
Cermin: Plastik, CYCLOP BAWAH, RETAK SEDIKIT
Warna Dail: Brown
Tanda Jenama: Dail, back case, crown & movement.