Pagol - antara jam yang ramai peminat. Jika diberi pilihan antara Pagol dan Titoni, aku pilih Pagol. Ini kerana ianya lebih sukar diperolehi. Perkara lain yang menarik minat aku ialah pokok palma yang menjadi hiasan muka jam Pagol. Aku pernah memiliki beberapa biji Pagol sebelum ini seperti M7, V5 dan 707. Setelah koleksi aku meningkat banyak, jam-jam tersebut mula dijual kerana tdak dipakai. Ayat biasa seorang pengumpul jam, yang dah lepas tak akan dapat kembali.
Pagi ini memang langkah kanan, sebiji Pagol terhidang di depan mata. Wang boleh dicari, tapi nak jumpa sebiji jam yang cantik jarang sekali. Pagol 1000 menjadi koleksi terkini.
Pagi ini memang langkah kanan, sebiji Pagol terhidang di depan mata. Wang boleh dicari, tapi nak jumpa sebiji jam yang cantik jarang sekali. Pagol 1000 menjadi koleksi terkini.
putih hitam kehidupan diwarnai pagol
... wow jam baru lagi.. tapi pelek sikit sbb jarumnya pendek... mungkin da ori dia mcm tu agaknya
ReplyDeletejam lama sah_kul,terbeli sebab teruja tengok conditionnya yang mulus.
ReplyDeleteJarum pagol M7, V5 dan 707 yang saya ada dahulu semua jarum kontot dan potongan lurus.
Bahagian lubang untuk masuk tiang bagi jarum saat, biasanya berbentuk empat segi.
Kemungkinan nak sesuaikan dengan "hour marker".
jam pagol yg silver tu nk jual ke tuan?
ReplyDelete