Saturday, April 27, 2013

Oooh apakah yang sedang berlaku? Update

PENCERAHAN TENTANG POSTING DI BAWAH.

tengahari tadi pemilik jam di bawah telah menghubungi aku. Saudara Nadzri telah menjelaskan semua jam yang ada di dalam mudah adalah milik beliau. Dua-dua akaun di mudah dan ebay adalah milik beliau. Alamat  ebay beliau di daftarkan semasa beliau berada di Australia.
Setelah kembali ke Malaysia, saudara Nadri masih menggunakan ebay usa sebagai tapak untuk menjual jam-jam beliau.
Jadi aku harap penjelasan ini dapat memberi pencerahan kenapa jam-jam di bawah berada di dua tapak jualan online yang berbeza. 
Terima kasih kepada saudara Nadzri yang telah menelefon aku tengahari tadi. Aku rasa bersalah juga. Jadi aku ucapkan ribuan terima kasih kepada beliau kerana beliau lebih profesional daripada aku. Aku akui jam-jam beliau memang rare dan tahniah kerana memiliki jam-jam hebat. Semoga apa yang aku tulis ini ada hikmahnya untuk beliau terutamanya dan untuk aku juga.

posting ini aku tidak delete supaya orang lain tahu kedudukan sebenar setelah membaca posting terawal



Aku tertarik dengan jam ini, jumpa di mudah.

Aku cuba cari jam dalam siri yang sama di google. ada dalam ebay rupanya. dalam tempoh 9 jam akan habis tempoh bidding.Jam di Australia. 

maklumat jam di ebay

maklumat jam di mudah

sebijik lagi.cantikjam ini

oooohh!! ada juga jam yang sama diebay.

aku perlukan pencerahan.Adakah dimiliki oleh orang yang sama. Jam ini ada di Australia ke atau di Kuala Lumpur. 

Jam Rolex 6634 ini menarik minat aku. Tapi ini yang aku temui dua iklan yang mengelirukan.