Hari ini aku keluar makan tengahari dengan isteri. Cuti-cuti ni kalau boring aku jemput orang rumah di tempat kerjanya untuk keluar makan. Sementelahan tadi nak ke Pusat Pos Laju. Dalam pada itu sempat aku singgah kat kedai jam, cadangnya nak repair jam aku.
Aku singgah dulu di kedai jam di Jalan Sultan Iskandar. Sedang aku layan tengok jam Orient, tuan kedai bercerita kat aku, kedainya tidak lagi menjual jam-jam orang putih kerana harga yang semakin mahal. Dulu boleh jual, sekarang harga Titoni sudah enam ribu lebih. Orang pun tak berani pakai, katanya. Satu lagi katanya syarikat jam orang putih (swiss) pilih kedai. Mereka tak mahu jam mereka dijual di kedai kecil. Semua mahu jual di supermarket besar, keluh uncle tu. (update:tahun 2014 kedai ni dah tutup. Tamat riwayat semua lagi kedai jam lama di Ipoh)
Rasanya di KL pun sama keadaannya, jam berjenama hanya boleh jumpa di pusat membeli belah terkemuka atau kedai jam yang establish seperti City Time di Pertama Kompleks. Sesiapa yang pergi ke Pertama Kompleks boleh jumpa satu kedai jam yang hanya digunakan sebahagian ruangnya, manakala satu sudut kerja yang bercermin sudah berhabuk tebal dan bersawang seperti ditinggalkan bertahun-tahun lamanya tanpa diusik.
Aku saja tanya uncle tu, di Ipoh ada ke kedai jual Rolex. Tak ada lagi, jawabnya. Rolex sudah tarik. Memanglah, baru-baru ni aku pergi kedai jam di Pekan Lama, kedai yang jual Rolex tu tidak jadi ejen lagi. Sebelum ni siap ada pengawal keselamatan di kedai jam tersebut. Akhirnya jam aku pun tak boleh buat, tak ada spare part, mahal jawab Uncle tu. Mungkin dia pun tak mahu lagi menyusahkan diri mencari alat-alat ganti jam orang putih yang mahal. Lebih mudah jual jam Jepun dan jam-jam murah sekarang ni.
Kedai kedai jam lama di Ipoh kebanyakannya menjual jam-jam Jepun atau jam-jam murah. Bilangan kedai pun tidaklah banyak. Keadaan ini mungkin kerana Ipoh bukanlah bandar besar sebagaimana keadaannya sebelum tahun 1980an, ketika perlombongan bijih timah menjadi nadi ekonomi negeri Perak. Ketika era itu, mungkin ramai pelombong, peniaga dan orang-orang yang terlibat dalam industri bijih timah menyebabkan kedai-kedai jam ini boleh hidup. Kedai-kedai jam yang masih boleh kekal ini hanya mampu menjual jam-jam Jepun seperti Seiko, Orient dan Citizen.
Seterusnya aku ke Pekan Lama. Nampak susah aku nak repair jam aku ni. Sebuah kedai jam yang kecil aku tuju. Tak boleh buat, tak ada spare part. Jam cantik, puji tukang jam. Akhirnya aku pergi ke kedai kebiasaan aku repair jam. Setelah di buka, tiga barang kena ganti. Harga RMxx, beritahu Uncle tu. Dalam lingkungan harga yang biasa aku kenalah. Nampaknya aku kena tunggu dululah, aku ada keutamaan lain dulu...Misi aku nak tahu kos repairnya dah terjawab. Ok Uncle, tahun depan saya hantar.......
update : refer map road kat link ini. Sepanjang jalan market di Pekan Lama ( seberang Sungai Kinta ),
ada dua kedai jam, dua-dua pun boleh repair jam, tapi aku tak pernah buat kat situ. Kedai Uncle Rama, di Jalan Panglima, very nice guy.
https://maps.google.com.my/maps?q=jalan+panglima+,+ipoh&ie=UTF-8&hq=&hnear=0x31caec7c35902c7b:0x24165bab92f67854,Jalan+Panglima,+30000+

kedai jam uncle rama 24 jalan panglima, pekan lama, ipoh
tumpang tanya kat mana tuan repair jam tu??
ReplyDeletePekan Lama ipoh. Tuan sms sayalah, lebih senang cerita.
ReplyDeleteBoleh ke dia repair jam dinding lama?
DeleteBoleh ke dia repair jam dinding lama?
Deletesalam tuan, kedai jual jam uncle rama tu kat mana?sebelah mana kedainya
ReplyDeletesaya dah upload peta jalan
DeleteKt mana saya bleh dpt cermin titoni airmaster
ReplyDeletenak dapat yang ori tak pastilah, bergantung kepada stock yang ada di kedai jam. Biasanya aftermarket sahaja.
ReplyDeleteWatch Band Clasp Stainless Steel Butterfly Buckle with Push Button Clasps yang ni d mana nak cari ek?
ReplyDeletesaya biasa mencari buckle jam seperti deployment buckle yang aftermarket di ebay. Tak pernah tanya di kedai jam pun.
Deleteade x no fon uncle rama,sya nak repair CASIO G SHOCK MUDMAN,tmpt lain x ble repair,x de sparepart katanye..mohon pertolongan tuan
ReplyDeletekalau saye nak jual jam boleh tak ? alain frederio dengan citizen . jam antik / lama tapi dah repair . harap balas tq :)
ReplyDeletene jam terbaik cik,, sya jual sebap perlukan cash,, omega De Velle Co-Axia automatic Limited Edition
ReplyDelete01114107635
ne jam terbaik cik,, sya jual sebap perlukan cash,, omega De Velle Co-Axia automatic Limited Edition

Saya cari crown pin untuk seiko 5 7s36-02s0
ReplyDeleteKalau jam jenama roscani boleh repair kat situ x
ReplyDeleteUntuk makluman kedai uncle rama sudah berpindah, tapi masih di pekan lama, di kawan little india
ReplyDeleteSy nak jual jam jenma rado..RM2500
ReplyDelete