Sejarah awal jam Orient bermula pada tahun 1901 apabila pengasasnya Shogoro Yoshida membuka syarikat pemborong jam di Ueno, Tokyo. Syarikat pengeluaran jam pula ditubuhkan pada Julai 1950. Mulanya dibawah nama Tama Instruments Co. Ltd dan setahun kemudian ditukar kepada Orient Watch. Co. Ltd. Selepas 60 tahun, Orient watch Co. masih menjadi pengeluar jam yang dipercayai penggemarnya diseluruh dunia.
Fakta yang perlu diketahuai ialah Orient watch Co. adalah antara segelintir pengilang jam yang menggunakan "in-house movement" untuk jam-jamnya sendiri. Ini bermaksud Orient Watch Co. membangun dan mengeluarkan sendiri movement jam untuk jam-jam dibawah jenama Orient. terima kasih kepada Orient's Technical Centre yang bertanggungjawab membangunkan "in-house movement" untuk Orient.
Jenama jam syarikat ini dikenali dengan nama Orient, Orient Star dan Royal Orient yang khusus untuk pasaran domestik Jepun. Antara sejarah yang tercatat dalam rekod Orient ialah pengenalan Orient Star dalam tahun 1951, pengenalan Orient Finess yang menggunakan Cal3900 (dengan ketebalan 3.90mm) dan pengenalan Cal. 46940 pada tahun 1971.
Jam keluaran terhad ini adalah tanda meraikan keluaran Orient King Diver 40 tahun dahulu iaitu tahun 1971 dengan movement caliber 469. Istimewa jam ini dengan no siri 0100/2000 iaitu unit ke 100 daripada 2000 keluaran terhadnya.
Gambar-gambar ini dah lama menanti giliran untuk masuk ke blog. Hari ini baru sampai giliran mereka. Jam ini jam diver jumbo dengan saiz 45mm, dengan crown 49 mm dan dari lug ke lug 51mm.
Jam ini adalah baru, belum potong tali pusat. Lengkap dengan warranty daripada orient. Apa yang pasti anda mendapat jam baru dengan "in-house movement" yang telah terbukti kelasakannya
Telah dijual : Bro Li BMW: Meru, Ipoh
Terima kasih Otai Jam, Cikgu Ku.
.
* harga kedai RM1150, harga blog jammasa RM950. Boleh nego sikit lagi....
Jam turut disertakan dengan kotak keluaran edisi terhad.
Beli le satu lagi Mahfuz.
ReplyDeleteJam ni mmg menarik...tp klu dgn tangan aku yg kecik ni... mcm tak kena laa plak...
ReplyDeleteSekarang tak pelik bro, budak-budak kecik pakai jam Casio G Shock besar selamba aja.
ReplyDelete