Showing posts with label stand jam. Show all posts
Showing posts with label stand jam. Show all posts

Saturday, December 17, 2011

Berkursus di Ampang

Dah lama aku tak berkursus jauh-jauh. Subuh tadi aku dan dua kawan sekerja bergerak ke Hotel De Palma, Ampang. Kursus yang dihadiri pelik bunyinya, tetapi sangat bermanfaat untuk guru, motivator, ibu bapa. Malah ada pegawai HR yang pergi. Kebanyakannya atas pembiayaan/inisiatif sendiri. Ini menyedarkan aku, untuk meningkatkan profesionalisme, kita perlu mencari ilmu-ilmu baru. Ianya baik untuk membuat refleksi terhadap amalan sedia ada kita dan seterusnya memperbetul dan memperbaharui amalan-amalan kita selama ini.

Paling aku respect, seorang ibu muda membawa bayinya yang aku rasa berumur kurang daripada 6 bulan turut serta. Masyaallah, anaknya langsung tidak menangis atau merengek.

Tajuk Kursus: Kursus Mendorong Pelajar Kelas Corot (sangat sesuai dengan aku) disampaikan oleh Pn Ainon  Mohd, CEO PTS Publications.

Balik dari Ampang terus masuk KL untuk beli ole-ole........


Kalau ada rakan-rakan yang nak, sms saya.
Rujuk posting sebelumnya  http://jammasa.blogspot.com/2011/12/pamerkan-jam-yang-anda-sayang.html

Tuesday, December 13, 2011

Pamerkan jam yang anda sayang

 Kotak pameran jam dengan stand untuk dijual. Jam tak jual.

 Barang baru.


 RM20 untuk 4 buah


Beli untuk kegunaan sendiri. Idea asal kenapa saya beli benda ni.  

Harga 4 buah kotak dengan stand sahaja :RM20.00 (nett) -
Kos pos laju RM6.00
Stok : 4 set
Sold : Tuan Rahim.