Showing posts with label DOXA. Show all posts
Showing posts with label DOXA. Show all posts
Sunday, September 6, 2015
Wednesday, May 1, 2013
Thursday, March 28, 2013
Doxa: jam lama yang orang tak mahu
Minat terhadap jam ini pelbagai. Ada orang yang suka jam lama, tetapi berkilat seperti jam baru. Ada orang suka jam baru, beli dikedai lengkap dengan kotak, warranty card dan resit. Dan jangan lupa,ramai juga yanglebih suka jika jam tersebut sudah faded, kusam, usang , dail berpatina, tali pun lusuh. Ibarat orang memakai seluar jeans lusuh yang koyak sana sini yang dianggap sebagai fasyen.
Aku? Aku ni semua boleh. Jam lama nampak baru pun ok. Jam lama kelihatan betul-betul otai pun ok. Kalau jam baru koyak plastik lagi le ok.
Seminggu dua ni aku berkenan pula pada jam lama yang dah faded. Pakai baju kerja, tapi jam nampak betul-betul lama. Aufff...macam-macam gila main jam ni.

Muka memang lama, fixed spring bar, dan yang paling utama muka over sized untuk jam tahun sebelum 50an
Update : kata Uncle Rama " apasai ini muka tak centre"
Awal-awal aku dah perasan. Biarlah Uncle, tak mau kacau sama dia.
Update : kata Uncle Rama " apasai ini muka tak centre"
Awal-awal aku dah perasan. Biarlah Uncle, tak mau kacau sama dia.
Tapi aku tak jumpa la pula sign Doxa kat penutup ni. Tapi ada catatan bulan 5 1957
Update: Aku baru diberitahu oleh Uncle Rama, "Pandai Jam Lama" aku yang caseback ni milik Movado berdasarkan lambang tangan dan stop watch tu. Selepas aku google memang movado lama ada lambang stop watch pada caseback dan cara serial no itu diprint

Movement tiada sign Doxa, tak mengapa.Yang utama jam runing,tapi lewat sikit. Bukan juga masalah besar. Kalau aku nak ketepatan pakai aja jam Doxa baru atau jam-jam yang lain.
Tak lama lagi sebiji lagi Doxa lama akan masuk.
Nak baca cerita asal usul Doxa baca di link di bawah, tak sempat nak buat ringkasan
http://www.collectorsweekly.com/wristwatches/doxaWednesday, August 1, 2012
DOXA
DOXA - Jenama ini aku mula kenali selepas membaca di blog terutama jam Doxa Sub - diver yang bewarna oren. Sebutannya pun ringkas dalam dua suku kata. Perjalanan aku ke Plaza Sungai Wang
menemukan aku dengan jam doxa yang cukup besar untuk tangan aku yang kecil. Dengan saiz 40mm tanpa crown ianya menjadi dress watch paling besar aku ada.
Jam ini didatangkan dengan bracelet 2 tone ss dan rose gold. Crown jenis screw down dan boleh hack.
Hari berada di pukul 12, manakala tarikh di pukul 3 menjadi satu faktor jam ni aku tak tanggal bila disuruh cuba oleh jurujual yang begitu terlatih. Satu lagi faktor ialah jarum dan marker dengan design klasik yang menjadi minat aku. Jarum dan dan marker sebegini rupa banyak ditemuai pada jam tahun 60an.
Lug jam ini 21mm, menjadikan sukar aku nak mencari tali kulit yang sesuai.Akhirnya pakai sahaja tali 20mm. Tukang jam memilihkan untuk aku seperti tali di atas, sesuai dengan warna rose gold pada ring dan crown.
Case back jenis see thru. Satu-satunya case back see thru yang aku ada.Digerakkan oleh movement eta. Aku dah lupa codenya. Cermin atas jenis tahan calar. Tapi tak pernah lagi aku cuba mengesahkannya.
Disertakan dengan kotak Tak cukup dengan kotak, aku minta watch stand dengan logo Doxa 1889. Ertinya jenama Doxa ini bukan baru.
nak tengok model-model lain klik sini
http://www.bodying.my/watches.html?manufacturers_id=76&osCsid=lkuji7o45ei17iapkvjt16vh65
Subscribe to:
Posts (Atom)