Wednesday, August 1, 2012

DOXA








DOXA - Jenama ini aku mula kenali selepas membaca di blog terutama jam Doxa Sub - diver yang bewarna oren. Sebutannya pun ringkas dalam dua suku kata. Perjalanan aku ke Plaza Sungai Wang
menemukan aku dengan jam doxa yang cukup besar untuk tangan aku yang kecil. Dengan saiz 40mm tanpa crown ianya menjadi dress watch paling besar aku ada.

Jam ini didatangkan dengan bracelet 2 tone ss dan rose gold. Crown jenis screw down dan boleh hack.
Hari berada di pukul 12, manakala tarikh di pukul 3 menjadi satu faktor jam ni aku tak tanggal bila disuruh cuba oleh jurujual yang begitu terlatih. Satu lagi faktor ialah jarum dan marker dengan design klasik yang menjadi minat aku. Jarum dan dan marker sebegini rupa banyak ditemuai pada jam tahun 60an.
Lug jam ini 21mm, menjadikan sukar aku nak mencari tali kulit yang sesuai.Akhirnya pakai sahaja tali 20mm. Tukang jam memilihkan untuk aku seperti tali di atas, sesuai dengan warna rose gold pada ring dan crown.

Case back jenis see thru. Satu-satunya case back see thru yang aku ada.Digerakkan oleh movement eta.  Aku dah lupa codenya. Cermin atas jenis tahan calar. Tapi tak pernah lagi aku cuba mengesahkannya.
Disertakan dengan kotak Tak cukup dengan kotak, aku minta watch stand dengan logo Doxa 1889. Ertinya jenama Doxa ini bukan baru.

nak tengok model-model lain klik sini

http://www.bodying.my/watches.html?manufacturers_id=76&osCsid=lkuji7o45ei17iapkvjt16vh65

4 comments:

  1. salam cikgu zul...bpe harga pasaran jam ni? mmg menarik kalbu btl...

    ReplyDelete
  2. Mualaikummusalam bro, harga kedai RM1950,kira mampu milik lepas diskaun sikit.
    Jam baru tak pening kepala nak service @ timing lari.

    ReplyDelete
  3. salam cikgu!! cikgu igt saya x? jgn risau kalau xigt, sb anak murid cikgu mesti ramai and saya xpenah blajar pun ngan cikgu. saya nak tanya sikit lah, kalau boleh, cikgu penah beli kot bodying ni ke? dorang ni ok x? boleh caye ataupun scam semate2? timekasih.. salam

    ReplyDelete
  4. mualaikumusalam. Tak pernah beli kat bodying walaupun banyak diskaunnya.Tak pasti jam ori atau macammana. Saya biasa beli online di ebay sahaja.
    Sori lewar reply. kalau nak tanya apa-apa komen kat posting terbaru,posting yang lama jarang uka.

    ReplyDelete