Semalam 24 Ogos 2012 aku ke Kampar, tempat lama aku mencari rezeki selama 7 tahun, dah lama tak sana. Pergi pula tu sebab berkursus, bulan puasa berkursus. Habis sahaja kursus, aku pun terus ke pekan Kampar. Tujuan nak mencari pen dakwat (fountain pen) brand Hero, sekarang ni minat pulak kat benda-benda macam tu, mana tahu ada kedai-kaedai lama di kampar ni yang menjual pen tersebut. Malangnya tak ada pula. Akhirnya aku pun terus pergi ke sebuah kedai jam yang sememangnya aku tahu kedai lama di Kampar ni.
Aku terus menuju ke ruang pameran Seiko, mana tahu kalau ada monster gigi berdarah ke. Ha, aku ada nampak gigi-gigi tajam. Tapi lain sikit giginya. Dengan cahaya tak berapa cukup dan mata aku yang sedikit rabun ni, aku tak berapa pasti jam auto atau quartz.Terus aku minta, terkejut aku melihat jam tersebut kerana brand dan harganya. Dalam hati, aku terus buat keputusan paling segera, Aku mesti beliiiiiiiiiiiiiiiiii !!! Bila main jam ini, aku makin pantas membuat keputusan, sebagaimana pantasnya anak-anak murid aku menjawab soalan-soalan sejarah mereka dalam peperiksaan percubaan PMR baru-baru ini...60 soalan boleh siap dalam masa beberapa minit sahaja.!!!
Dengan harga yang ditawarkan kepada aku serta kualiti setanding seiko memang berbaloi jam ini aku simpan. Jam masih belum aku pakai, bracelet masih tak potong. Aku biarkan sahaja macam itu untuk tontonan mata. Jam yang lain banyak lagi untuk dipakai.
Dial hitam. Tiada ikan pari, tetapi dengan tekstur berombak. Jadi ada peminatnya yang memberi jolokan Alba Wave.
Bracelet alba mantap ni setanding seiko OM, dengan lug 22mm, bracelet bermula dengan saiz 22 mm dan mengecil menjadi 20mm link ke 2 hingga ke clasp. Ketebalan bracelet 4mm. Berbanding 20mm lug pada OM, dengan bracelet 22mm mengecil hingga 18mm. Ini menjadikan jam ini begitu berat sebagaimana monster dan samurai.
Bracelet alba ini juga memiliki extension yang sememangnya bagi memenuhi standard iso bagi jam scuba diving 200m. Ianya berguna apabila memakai baju penyelam scuba. Cuma designnya biasa sahaja berbanding dengan monster yanglebih cantik. Mulanya aku sendiri tidak perasan ada extension clasp ni.

ALBA Automatic dengan Movement 7s26
Jarum saat bewarna hijau. Perkataan Diver & Automatic turut bewarna hijau. Versi lain ada yang bewarna merah. Lume bewarna putih. Belum diuji. Marker ada ciri-ciri SKXA55K1. Marker Alba ini lebih kemas berbanding Om lama (monster baru finishingnya lebih mantap)
Jarum jam sememangnya berbeza dengan monster atau samurai. Cantik juag, sesuai dengan markernya.
Day Date windownya sebiji OM
Dial hitam. Tiada ikan pari, tetapi dengan tekstur berombak. Jadi ada peminatnya yang memberi jolokan Alba Wave.
Tugas menukar bracelet ke tali zulu mudah dengan adanya lubang pada sisi lug. Cucuk sahaja. Ciri yang terdapat pada monster dan samurai
Crown jam ada ciri-ciri samurai, dan terbaru seperti seiko monster bergigi tajam.
Lengkap dengan crown guard. Perhatikan bahagian tepi body jam, bukan potongan lurus, tetapi cembung, menjadikan crown guard itu cantik.
Bezel ada ciri-ciri bezel samurai, iatulah sebabnya ianya dikatakan seangkatan dengan samurai.
Berputar sehala, semantap OM. Insert bezel PVD coated. Font untuk minit jenis biasa.
Bracelet alba mantap ni setanding seiko OM, dengan lug 22mm, bracelet bermula dengan saiz 22 mm dan mengecil menjadi 20mm link ke 2 hingga ke clasp. Ketebalan bracelet 4mm. Berbanding 20mm lug pada OM, dengan bracelet 22mm mengecil hingga 18mm. Ini menjadikan jam ini begitu berat sebagaimana monster dan samurai.
Bracelet alba ini juga memiliki extension yang sememangnya bagi memenuhi standard iso bagi jam scuba diving 200m. Ianya berguna apabila memakai baju penyelam scuba. Cuma designnya biasa sahaja berbanding dengan monster yanglebih cantik. Mulanya aku sendiri tidak perasan ada extension clasp ni.
Walaupun Alba AL4017X1 ini bukan sehebat aura Blue atau Black Mantaray, aku tetap berpuashati memilikinya. Seperti pernah aku cerita dulu, Alba adalah jam pilihan semasa zaman belajar dan bila aku bekerja sehinggalah aku terjun dalam dunia jam ini.
Untuk cahaya pencerahan boleh baca disini ( kebanyakannya lebih meminati blue mantaray)
collector item yang ini
http://forums.watchuseek.com/f71/alba-blue-manta-worth-collecting-510323.html
beberapa gambar yang menarik
http://www.thedivewatchconnection.com/forum/viewtopic.php?f=9&t=2977
beberapa gambar yang menarik
http://www.thedivewatchconnection.com/forum/viewtopic.php?f=9&t=2977
tahniah bro... saya ada yang itam dan blue manta... mmg terbaik laa jam ni..
ReplyDeleteYang mantaray hitam limited edition tu ka.
ReplyDeletebukan bro... yang biru je.. LE tu mahal tu...
ReplyDeletemasuk gambar dalam blog tu bro, boleh dijadikan rujukan kawan-kawan lain.
ReplyDeleteAku tunggu gak cerita2 pasal jam Alba ni...Kedai tempat aku ada sebijik warna oren...kalau berbaloi...bole gak beli sebijik buat berbuka puasa...hehe
ReplyDeleteBoleh ambil bro,lebih-lebih lagi kalau bracelet. Gambar ada banyak dalam blog Detik Duabelas.
ReplyDelete