Monday, August 6, 2012

Seiko Monster Baru - Ditemui Hidup-hidup - update 25.8.2012

Minggu lepas peminat Seiko Monster telah diperkenalkan dengan wajah-wajah baru Monster yang disayangi dan disukai ramai. Mengikut Abg Hassan, pemilik Blog Detikduabelas, monster ini adalah masuk secara seludup "PATI yang dialu-alukan". Semakan dibeberapa penjual di Ebay serta laman web Seiko sendiri juga gagal mengesan monster ini. Dimanakah ianya dikilangkan?

Dengan sedikit masa yang aku ada, mulalah meng"google", mencari berita-berita terkini tentang monster . Adakah ianya akan menjadi buruan ramai, hanya masa yang menentukannya. Bagi yang belum memiliki monster dengan movement 7S26, carilah satu untuk simpanan anda sebelum ianya kehabisan, harganya pun jauh lebih murah terutama jika dibeli secara online.

Dibawah adalah perbandingan OM 7S26 dengan terbaru Orange Monster 4R36. Perbezaan ketara adalah pada  hour marker dan movement 4R36 yang boleh dikunci. Tali jam juga serupa dengan yang lama. Casing dan bezel monster dan 2 warna dial hitam dan orange ini mungkin dikekalkan untuk mewujudkan kesinambungan tradisi monster yang disukai seluruh dunia.

Dibawah adalah perbandingan OM 7S26 dengan terbaru Monster 4R36.


 gambar dari http://forum.watch.ru/showpost.php?p=1390155&postcount=1689

kalau perhatikan crown monster baru tak sama dengan yang lama. Anda suka yang mana?
Hour marker yang baru lebih menonjol. Sesiapa yang dah beli boleh buat perbandingan lume yang mana lebih power. Dial baru tiada lagi nombor-nombor kecil penunjuk minit, ianya bagi menyesuaikan dengan hour marker yang bergigi tajam.


dua monster ini ditemui hidup-hidup, tapi tak dapat ditangkap, pengeras tak cukup
ini dua biji lagi monster yang aku temui , juga hidup-hidup

Bagi aku sendiri, ianya belum mampu memaksa aku membelinya sebagaimana terujanya memiliki OM yang pertama.

Update : Petang tadi aku telah menemui 4 ekor new monster " live". Jam ini dalam kategori "superior" berdasarkan tali tengkuk yang dipakaikan. Seperti yang telah ditulis pada awal pagi tadi, tak jauh bezanya. Tetapi aku dapati brush finishing pada bezel new monster lebih halus.

update :8 Ogos : tadi aku pergi ke tiga buah kedai nak menyiasat jika ada monster-monster yang menyeludup masuk ke Ipoh ni, bukan apa, sebab yang ditemui tempohari masih belum cukup korumnya, bahaya jika ada yang terlepas. Atau mungkin dah diikat di tangan orang. Setelah berhempas pulas, aku masih gagal mengesan kehadiran spesis monster yang lain. Monster lama yang telah dijinak oleh ramai masih kedapatan..
jadi jika ada sesiapa nak berhari raya dengan monster cepat sambar jam diatas, tiada jaminan anda akan dapat.....

update 25 Ogos : jam -jam diatas telah banyak berada di pasaran. daripada pemerhatian aku sendiri, harga buka jam ini berbeza mengikut peruncit, kalau nak mudah perhatikan price tag yang ada sign seiko warna biru, itu adalah harga runcit yang disyorkan. Kemudian barulah pandai-pandai nak bodek untuk diskaun. Ada peruncit yang meletakkan harga monster sunburst pvd bracelet tu RM1600-RM1800. Harga dengan price tag seiko RM1490 (seingat aku) - bial aku tanya selepas diskaun RM1000 lebih sikit. Monster dial oren dan hitam dengan bracelet RM1190, dan RM1090 (seingat aku untuk tali rubber), kecuali muka oren dengan bezel pvd rubber strap aku lupa harganya)

12 comments:

  1. buat suspen aja lah cikgu ni... hehe

    ReplyDelete
  2. sah_kul, hanya nak memanaskan kawan-kawan...

    ReplyDelete
  3. Kedai kat Ipoh ada ke Monster baru ni?

    ReplyDelete
  4. Kat ipoh parade ke jumpa jam tu?

    ReplyDelete
  5. Saya nak beli dah black monster kat bch tapi tengok ada lekuk kat belah tepi jam jadi tak jadi beli pulak.....tuan tahu kat mana boleh cari black monster baru kat ipoh ni?

    ReplyDelete
  6. Kat ipoh saya jumpa di bch saja, kat kl banyak kedai dah jual,

    ReplyDelete
  7. Td baru tgk orange maonster SRP315K1 kat kedai jln market ipoh..harga dkt tag rm1175.00...grrrrrrrr

    ReplyDelete
  8. saya nak beli tali jam besi warna hitam ..... mana boleh dapat

    ReplyDelete