Tuesday, February 12, 2013

Pen Parker 51

Cuti...awal awal tahun ni dah banyak cuti sekolah selain sabtu dan ahad. Inilah peluang aku nak ke "flea market"di Pasar Besar Ipoh. Aku lebih suka memanggilnya "Super Kinta" merujuk kepada sebuah supermarket yang terletak dalam bangunan pasar tersebut. Bagi warga Ipoh yang lahir selepas tahun 2000 mungkin tidak memahaminya. Mulai tahun 2013 boleh disebut pula UTC kerana ianya menempatkan UTC Ipoh.

Penjual barangan terpakai/lusuh di pasar besar ini yang tiada memiliki ruang kedai  hanya menghamparkan alas plastik di atas lantai berhampiran ruang perniagaan. Ianya tidaklah sehebat Locken Flea Market pada hari Ahad. Tetapi jika bernasib baik kita akan mendapat barang yang tidak kita sangka; yang sememangnya kita cari.

Pagi ini sementara ke pasar, aku menyinggah ke tempat jualan barangan terpakai ini.Di sini terdapat juga orang menjual jam terpakai jenama Jepun atau Swiss. Rolex pun ada. Hari ini apa yang aku terjumpa ialah seorang penjual jam, beberapa barangan lain dan yang cerita utamanya ialah pen-pen lama. Kalau tak salah aku lebih daripada 20 batang. Akhirnya mencangkung le aku dekat setengah jam disitu. Selain jam sememangnya aku mencari pen parker terutamanya Parker 51 Aerometric dan Vacumatic. Aku telah ada sebatang, tetapi keseksian Parker 51 begitu mengujakan aku. Disebabkan itulah aku terlupa nak tangkap gambar pen-pen antik pelbagai jenama tersebut dengan yang paling tua  bertarikh 1903. Malangnyasudah tiada nib/mata pennya.

Cerita seterusnya adalah tentang proses mencuci pen yang telah aku beli tadi supaya ianya berfungsi.Semasa proses membeli ianya tidak mengeluarkan dakwat. Kira nasib la, takboleh pulangkan semula, kata penjualnya. Harga mahal pula, berbandingparker 51 pertama aku yang "confirm" boleh tulis.

Conditionnya mulus..yang penting tiada kesan gigitan cinta. Warna burgundy/merah hati

Sign: 1/10 12K Gold Filled, Made in USA, Logo Parker, Parker, 51
Jewel.. bahagian yang aku suka tengok

Proses yang mendebarkan
1. sediakan air panas suam-suam kuku

2. Rendam mata pen seminit, picit/press bahagian ribbed bar. Ini akan menyebabkan dakwat yang mungkin beku menjadi cair semula dan picit berulangkali hingga semua dakwat tiada. Tukar air suam hingga air yang akhir hampir jernih. (Aku terpaksa menukar air suam hampir 5-6 kali, ini menunjukkan dakwat pen telah mengeras)

3.setelah puas hati bilas semula dengan air bersih seperti proses #2 dan lap dengan kain kering.

Seterusnya aku cuba menulis untuk memastikan dakwat lamanya telah betul-betul kering.Hasilnya seperti gambar di bawah. Aku berasa lega kerana matanya dah mampu menulis berbanding sebelum dicuci.


Untuk mengeringkan semua dakwat lama, aku mulakan proses di bawah.

Terfikir teknik ni secara tak sengaja bila aku mengelap mata pen. Selesai juga. Aku masukkan
dakwat hitam,kerana Parker 51 pertama aku menggunakn dakwat biru.

Tak rugi  aku membelinya, walaupun mahal, tetapi lebih murah daripada di Ebay.

terima kasih kerana membaca.



Parker 51 pertama http://jammasa.blogspot.com/2012/09/parker-51-minat-baru.html



7 comments:

  1. Sesuai sgt kombinasi parker 51 dgn jam antik. Saya tak ada jam antik so x perlu pakai parker 51...fuhh selamat2...anyway tahniah sbb dpt lg menambah koleksi bernilai awal2 tahun ni...

    ReplyDelete
  2. Konsepnya sama dengan jam hari-hari pakai, jadi tak rugi jika dikoleksikan sebatang dua.

    ReplyDelete
  3. kalau mcm tu saya nak cuba pen jaguar saya yg kadang2 ok kadang2 tak ok, terima kasih atas panduan

    ReplyDelete
  4. Selamat mencuba tuan. Cuba cari di you tube jika ada panduan.

    ReplyDelete
  5. salam zul dari batu gajah perak. ingin bertanya dimana ada kedai jual ray ban original di ipoh perak. ne email saya mohameddzulkarnain@yahoo.com

    ReplyDelete
  6. Mualaikumusalam. Maaf tuan, saya tak tahu sebab tak main rayban. Mata rabun dekat dan jauh...

    ReplyDelete
  7. di mana ada jual dekat malaysia?

    ReplyDelete