Saturday, February 23, 2013

ARTUS FOUNTAIN PEN

Assalammualaikum semua. Hari ini nak cerita fasal pen lagi. Saya bukanlah pandai pen. Ruang ini hanya untuk berkongsi cerita sahaja. Kali ini pen yang hendakk diceritakan ialah pen Artus, sebatang lagi fountain pen lama ( vintage?) milik saya.

Tidak pernah dengar jenama ini. Yang biasa kita dengar selain Parker ialah Sheaffer, Montblanc, Cross, Pilot. Sebenarnya negara Jerman banyak mengeluarkan pen pelbagai jenama. Kalau jam kita mahukan keluaran Swiss dan Jepun. Kalau pen saya mahukan buatan Jerman dan Amerika. Kalau kereta, tiada siapa yang tidak mahukan buatan Jerman.

Jenama Artus tidak lagi dikeluarkan sekarang. Pernah lihat pen jenama Lamy. Kalau pergi ke bahagian pen di Parkson Grand tentu ada. Harganya tidak juga murah. Pen Lamy tersebut bersusur galur dengan Artus.

Warna Burgundy pilihan aku. 

 Pen bersih ketika dibeli. Terasa sayang pula nak diisi dengan dakwat.

 Aku tak pasti nama kaedah pengisian dakwatnya. Vacumatik atau piston filler?Belum khatam mengaji bab pen.
 Nib iridium. Mungkin F sebab halus tulisannya selepas dicuba.

Kaedah pengisian dakwat memerlukan kita membuka bahagian atas barrel, putarkan bahagian filler tersebut. Dengan itu dakwat akan dipam naik.


read stories about fountain pens here
http://www.ninajohansson.se/2011/06/fountain-beauties/


No comments:

Post a Comment