Petang tadi aku menjejaki beberapa kedai jam, dalam misi menjejak monster. Sementelahan aku ke bandar Ipoh, walaupun jauh juga dengan tempat kerja, hampir 20 km, tetapi ke Ipoh yang jaraknya lebih kurang 12 km dari rumah perkara biasa. Kadang-kadang hampir 2 -3 sehari bila keadaan memerlukan. Aku bersyukur kerana kesesakan di bandar Ipoh ini masih boleh diterima, nak mudah naik kuda beroda dua.
Setelah gagal menjejak monster, aku terus ke kedai seperti dalam gambar di atas, kedai Uncle Rama yang terletak di Pekan Lama, Ipoh.Aku dengar khabar beliau sakit, aku pulak dah hampir 2 bulan tidak ke kedai beliau, sebab jam-jam aku semua sihat serta dah banyak yang dijual. Kedai Uncle Rama terletak di Jalan Panglima. hanya beberapa blok dari Maybank.
Hari ini beliau ada, seperti biasa Uncle Rama memakai eye loupe. Setelah berbual, baru aku tahu, memang beliau sakit dan telah berada di hospital dalam jangkamasa yang lama. Beliau kena chicken pox, penyakit yang boleh bawa mati, katanya. Aku pun maklum, kalau orang dah berumur kena chicken pox, memang risiko dan merana sikit, nasib baik aku dah kena banyak kali, dari kecil hinggalah aku masuk ke UKM. Menutur bapak aku, sehingga memaksa dia menanam pokok daun mambu untuk mengubat chicken pox aku.
Bila aku lihat Uncle rama sudah ada di Kedainya, aku lega, sekurang-kurangnya mudah le nak merepair jam. Ada juga pembaca blog ini bertanya dimana nak repair jam. Dikedainya, tak banyak jam-jam tangan, yang ada sekadar jam quartz. Tetapi sekarang dah ada pula jam dinding buatan China yang baik mutu dan buatannya, seperti yang disebut oleh Uncle Rama, Aku percaya sebab beliau dah lama bergelumang dengan jam. Katanya lebih baik beli jam baru buatan China ini, daripada beli jam lama. Bodynya pun kayu solid. Aku sendiri memiliki 2 biji jam dinding buatan China yang brand new.
Kepada yang nak mencari jam dinding yang cantik, berharga antara 300 - 650 pergilah ke kedai di atas. Nak jam "grand father" untuk diwakafkan ke masjid/surau pun ada, aku minat juga jam besar ni. Harga RM4K.
jika nak tahu kat mana, jalan panglima ( di pekan lama, Ipoh), rujuk URL kat bawah ni.
https://maps.google.com.my/maps?q=jalan+panglima+,+ipoh&ie=UTF-8&hq=&hnear=0x31caec7c35902c7b:0x24165bab92f67854,Jalan+Panglima,+30000+
No comments:
Post a Comment