Seiko 6138 0011 UFO - jam ini tak ada isu dengan kelancaran terbangannya. Memang lancar.
Masalah hanya timbul apabila cuaca sejuk di dalam "cockpit" kereta aku apabila jam yang dipakai di tangan kiri ini berhadapan dengan tujahan air-cond. Ini mengakibatkan "awan" terbentuk di bawah crystalnya. Terpaksa jemur sekejap nak menghilangkan pemeluwapan.
Selepas kena dua tiga kali, memang kita tahu jam ini ada masalah besar. Kalu dibiar mungkin akan menjejaskan movement jam dalam jangkamasa panjang.
Jam dibawa berjumpa doktor jam. Masalah jam pun diceritakan dengan penuh semangat. Doktor hanya pegang dan belek-belek jam. Doktor menjelaskan bahawa puncanya adalah getah gasket pada case back , crown dan pusher button perlu ditukar baru. Malangnya doktor tak ada alat-alat ganti. Maka timbul pula masalah kedua. Gambar di atas adalah contoh gasket yang dah rosak.
Ada sesiapa tahu dimana saya boleh dapatkan gasket-gasket di atas termasuk gasket untuk cermin jam dengan harga berpatutan.
No comments:
Post a Comment