Jam yang lama berada dalam senarai menunggu aku, SEIKO Alphinist SARB017 - jam yang susah sangat nak ada dalam fb atau blog dgn status "untuk dijual". Aku tahu jam ni kalau nak, kena beli dari Jepun. dari Highuchi, Seiya dan Rakuten.Dua kali aku gagal membeli di rakuten...bila order, datang email kata no stock available.
Harganya 50,000yen. Dapatlah bawah RM1.4k. Bagi aku masih ok, Sebab jam JDM.
Dua crown.Satu untuk setting masa. satu lagi pastinya untuk rotating inner compas bezel. Tak tahu pun nak guna. Jangan risau instruction manual ada dalam bahasa inggeris. Warranty pun ada setahun tetapi kena hantar ke Jepun. InsyaAllah setakat ini semua jam seiko baru yang dibeli tak pernah meragam.
Minggu lepas bila membelikan jam kawan-kawan, aku pun terbelilah Alphinist ni. Aku cair tengok warna hijaunya. Aku pun tak ada jam hijau. Memang aku suka warna ni. Aku pernah cat kereta warna hijau macam tin milo. Nyerolang kata orang tempat aku. Member-member siap suruh cat bulan kat atas kereta aku. Diam aje le....
Ini le kereta hijau aku dulu. baru lepas cat tu. (2001)
Satu perkara yang tidak menarik ialah tali jam. Tali warna coklat memang kena dengan jam ini, tetapi malangnya bukanlah warna coklat yang cantik pada pandangan aku. Talinya pula keras.Memang tak menarik langsung. Dalam forum luar negara pun ramai pembeli jam ini memberikan komen yang negatif. Ramai yang menukarkannya dengan bracelet aftermarket atau tali kulit yang baru.
Harganya 50,000yen. Dapatlah bawah RM1.4k. Bagi aku masih ok, Sebab jam JDM.
Dua crown.Satu untuk setting masa. satu lagi pastinya untuk rotating inner compas bezel. Tak tahu pun nak guna. Jangan risau instruction manual ada dalam bahasa inggeris. Warranty pun ada setahun tetapi kena hantar ke Jepun. InsyaAllah setakat ini semua jam seiko baru yang dibeli tak pernah meragam.
Satu lagi perkara yang tidak menarik tentang jam ini ialah bucklenya. Kosong tanpa sign SEIKO.
Cuma di print ST.STEEL-B. Jadi aku tukarkan dengan deploytment buckle saiz 18mm. Masalahnya pula tali jam 20mm yang aku ada hanya bersaiz 20/16. Pakai aja.
Dengan saiz 39 mm dan 46mm dari lug ke lug sangat padan dengan saiz tangan aku. Kurang le hasrat aku nak memakai Rolex Explorer 1. Banyak jimat tu.
Selain daripada SARB017 yang sporty, terdapat juga SEIKO SARB033, SARB065 dan sebagainya yang bersifat jam dress. Terdapat juga jam SEIKO SARG001, SARG003, SARG005 dan SARG007 dengan casing seperti Alphinist SARB017. Aku tertarik dengan SARG007 seperti gambar di bawah. Jam ini bukan daripada siri Alphinist, kerana tiada sign Alphinist pada caseback.
SEIKO SARG007 - gambar dr ebay
No comments:
Post a Comment