Sunday, July 31, 2011

SELAMAT BERPUASA

SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN BLOGER SERTA RAKAN-RAKAN YANG MENGUNJUNGI BLOG JAM MASA TERUTAMA YANG  SUDI MEMBELI BEBERAPA ITEM DARIPADA SAYA.


DI BULAN RAMADHAN INI AMAT PENTING UNTUK MEMAKAI JAM YANG PALING TEPAT WAKTUNYA......

Tuesday, July 26, 2011

PAGOL manual wind



Rupa case back, ada calar-calar. Tidak di polish.
Tertera perkataan Ginsbo watch Co.
Movement manual, uzur pada case, movement masih ok. Belum service.
Pokok kelapa tu yang tak tahan dilihat bagi peminat pagol
Jarum saat cukup panjang. Gambar / warna dail tak jelas, kualiti camera handphone. Muka jam dikira kemas, tidak berserabut. Tak tahu  model apa.....kat case back tulis 63106
Ada bayang-bayang sikit kat jam 6, sebab pakai baju oren. Crown bukan ori, nak cari boleh. Tapi mahal. kali terakhir RM20 untuk Pagol 707.
Tali biasa aja, masa beli pakai tali seiko....punca jam di Locken, Ipoh.

Preview khas untuk sahabat dari kuantan

Tuesday, July 12, 2011

Puncher

Minat terhadap jam menyebabkan adakala kita bertindak diluar batasan. Bagi aku yang bertangan kecil ini, bila memakai starp kulit, jam selalu tergelincir. Maka aku perlu menebuk satu lubang baru. Aku mencari puncher yang kecil, tetapi sukar. Yang ada diinternet tak mahal, tetapi bila campur kos penghantaran, ianya merugikan. Akhir aku beli yang ini, kalau yang murah seperti aku punya ni, kurang daripada RM20. Isteri aku diam tak terkata. Alat ini besar, jika nak tau besar mana click gambar.Jadi kita mesti bijak  mengelak, dengan mengatakan ianya boleh digunakan untuk menebuk lubang pada tali pinggang aku atau anak-anak sebab aku ada 2 anak lelaki. Adakah ini WIS?

Sunday, July 10, 2011

Cara buka casing jam lebih mudah


Cara seperti di atas dapat mengelakkan calar-calar semasa membuka casing jenis screw. Kadangkala  ianya terguris dengan dalam yang boleh mengakibatkan jiwa kita juga terguris. Dengan menggunakan bola ini, kita hanya menekan bola pada casing dan putarkan seperti biasa. Kalau rasa ketat, kuat sedikit tenaga semasa menekan bola dan memutar casing jam. Untuk menutup semula casing jam juga boleh gunakan bola. Kemudian pastikan casing jam telah benar-benar ketat.

Sesuai untuk dibawa ketika membeli jam lama. Kalau nak buka jam lebih mudah dan dapat mengelak risiko mencalarkan jam yang hendak dibeli.

Sesuai juga untuk peminat jam amatur seperti saya....

Cara lain buka casing jam jenis screw

Saya ada satu alat iaitu bola warna kuning untuk buka casing jam. Mungkin tuan-tuan pernah mendengar atau melihat alat ini, tapi kat malaya tak pernah jumpa lagi orang jual. Kalau mahu, saya nak jual satu biji. Barang baru dan baik punya.

                                                                      Bola ajaib



alat untuk meniup habuk yang melekat kat movement, dail etc


RM16 siap pos laju setiap satu


Dust blower 5 SOLD

nato green strap 22mm

Untuk dijual, tali nato hijau. Sesuai untuk seiko diver, orient diver mana-mana jam 22mm lug. Sekali sekala merasai kelainan dengan gaya sojar. Untuk cikgu-cikgi yang jadi guru penasihat unit-unit beruniform sangat sesuai jika nak bergaya dengan uniform tuan-tuan. Sesuai juga untuk tuan-tuan yang banyak memiliki jam-jam seiko diver seperti saya le...

cukup panjangnya, pergelangan saya cuma 16cm diameter pun masih boleh pakai, kepanjangan penuh 27 cm.

Barang baru bang.

Buckle dan ring stainless steel
Lubang ada 12, lebih daripada cukup.
Kalau berpeluh boleh basuh, tali nylon

Ini cara pasang.

Tali baru : RM32.00 termasuk pos