Sunday, August 28, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI




Pengalaman yang sukar dicari, di rumah atuk baru Zul Jr. boleh lihat.

Pukul 10 pagi, lemang dah naik atas api sebab cuaca mendung.

Tahun ini adik aku yang jaga api.

Dah nak masak tu, 3 jam baru selesai.

Lemang jagung bro, makan pula dengan daging rendang kicap, kegemaran aku adik beradik. Ini yang buat terkenangkan arwah ibu, sekarang abah dan mak cik yang masak.

Tak sama buat dengan beli, kalau beli, lapan batang mahu RM100.

Nasib baik le rumah abah aku ada kawasan lebih, kalau tak makan lemang tunjuk le...

Jadi selamat berhari raya semua sahabat-sahabat....

Wednesday, August 24, 2011

TALI ZULU 3 RING 22mm - JAMES BOND

 3 Ring - bentuk bujur, itulah zulu namanya, berbeza dengan nato.

 Saya dapatkan skema warna vintage bond, lihat posting sebelum ini. Warna hitam, merah dan hijau (olive green)

 Dijamin kemas ditangan, tangan yang kecil pun boleh pakai. 13 lubang...
 Bahagian belakang, lihat posting tali nato untuk bezakan bahagian belakang.
 Mudah cara pakai, senang cara guna.....

 Sangat mudah untuk memakainya...siapa yang ada banyak diver dengan lug 22mm, belilah satu atau dua, pelbagaikan tali jam anda.

Bahan; nylon bermutu tinggi, berbeza dengan tali nato hitam atau hijau seperti di side bar di sebelah.

 Dua variasi zulu 3 ring 22mm: hitam dan hitam/kelabu

 Yang ini lubangnya lebih daripada cukup untuk pergelangan  tangan kecil

Yang ini bukan untuk dijual, hanya nak iklan...
OUT OF STOCK
Ditawarkan dengan harga RM65. - Jika berminat SMS saya. 
2 Sold
ZULU 3 RING  22mm warna HITAM -  (Sold) Terima kasih kepada Bro dari Kajang.

SPRING BAR (SOLD OUT)

 Saiz 12 -28mm


Spring bar dan pin penyambung bracelet



Tak sama seperti set spring bar dalam posting yang lepas.

RM22 dengan pos biasa

 Sold : Shaffid,Kamal,Tazali, Qamarul Khair.

Saturday, August 20, 2011

SPRING BAR

 Spring bar yang mesti disimpan oleh setiap peminat jam 





 Selepas beli jam lama, periksa spring barnya. Kalau dah uzur  terus tukar, walaupun dimalam hari.
 Pelbagai saiz

 Inilah rupa spring bar yang hendak dijual

Kalau berminat SMS jammasa

TALI NATO HIJAU DAN HITAM 20MM & 22MM (RM32)



Aksesori wajib untuk pemilik jam-jam diver seiko, citizen, orient dsbnya dengan lug 20mm atau 22mm

 Citizen dengan tali nato hitam paling sesuai.

6309 boleh dipakai dengan mana-mana tali nato. Nampak lebih gagah berbanding dengan pakai bracelet.

 Dua warna yang mesti ada bagi peminat jam diver.

 7002  7001 dengan tali nato hijau
 6309 729A dengan tali  nato hijau

Nelson dengan tali nato hitam

 Nato 22 mm pada seiko 7002. Cara pemasangan yang mudah. Sebaik-baiknya dengan fat spring bar bagi seiko diver.

nato 20mm pada citizen. Warna hijau lebih military look. 



Tali nato baru (tanpa jam)  RM32 setiap satu dengan pos biasa. Beli dua jimat kos pos.

Nato black 20mm (available) 
Nato black 22mm (available)
Nato green 20mm (out of stock)
Nato green 22 mm (out of stock)
Nato green 18mm (available) RM39.00

Wednesday, August 17, 2011

TALI NATO VERSI BOND


Dah lama tak beli jam baru, jadi untuk menghilangkan kebosanan aku menukar-nukar tali jam. Ini termasuklah beberapa jam diver aku yang tak sesuai dengan tangan aku jika dipakaikan rubber starap originalnya seperti citizen dan orient. Paling tidak bermasalah ialah rubber strap seiko yang flat atau wave design.

Akhirnya aku dapat satu nato G10 yang dikatakan dipakai oleh pelakon James Bond. Harga boleh tahan. Memang sesuai dengan tangan aku yang kecil. Masalahnya aku baru terjumpa satu web yang mendakwa bond tidak pakai nato G10, sebalik tali fabric, one piece dengan fabric keeper, bukan metal.
Rujuk disini: http://xtrememeantime.forumotion.com/t5396-bond-but-which-bond boleh juga baca disini 
http://www.timeandgems.com/In-Search-of-the-Real-James-Bond-Watch-Strap-_b_51.html

Inilah gambar tali canvas yang dipakai oleh James Bond, gambar ini diambil dari internet dan cukup popular.

Satu lagi gambar yang menunjukkan Bond memakai tali canvas. Gambar juga dari internet.

Gambar dibawah ialah jam-jam koleksi JAMMASA yang dipakaikan dengan nato G10 ala-ala James Bond.

 Citizen diver dengan Nato G10, jam ni jadi warna warni...

 Tali sesuai untuk tangan yang bersaiz kecil

Layan.....


Gambar-gambar berikutnya, seiko 7s26 0050 dengan tali nato bond
Sememangnya meracuni mata betul tali G10 nato bond ni..



 Kemudian diberi peluang kepada kepala seiko berhelmet pula merasai tali nato....

 Daripada maklumbalas, seiko helmet ini turut memuji tali nato bond ini, selesa katanya...





Nampak sikit kelainan pada seiko helmet ini, helmet ini menurut pandangan mata Jammasa tidak menarik jika tali kulit

Menggunakan tiga warna, hitam, olive green dan merah