Sunday, October 30, 2011

Cerita tentang sebuah jam II - sold

Walaupun seorang budak sekolah tua aku tak pandai mengarang cerita sebab aku mengajar berdasarkan fakta. Tapi hari ini nak cerita sedikit juga le. Seperti biasa hari ahad aku akan ke Locken, minggu lepas pun tak pergi. Dah janji dengan tukang jam, ada jam yang nak diservis sebelum nak jual. Cuma bezanya hari ini aku diekori oleh isteri dan anak-anak sebab nak sarapan pagi di Ipoh. Jadi pergi tengok jam dulu, maka berjanji dengan isteri 20 minit aje. Isteri tunggu dalam kereta.

Semasa jumpa tukang jam, Uncle, tengok jam you pakai tu. Orang punya, baru servis, mau jual RMXXX jawab situkang jam. Tadi dia ada sini, depan sana, tambahnya. Setelah beberapa minit menunggu didepan meja lipat tukang jam, akhirnya Uncle Yin bawa aku berjumpa dengan sipemilik jam. Oooooo ini le tuannya. Aku tanpa bercakap banyak terus bertanya, jam masih aku pegang, tak lepas. Betul ke abang nak jual jam ini. Aku minta kepastian. Setelah berunding beberapa minit, terus aku buat keputusan, sementelahan aku teringat isteri dalam kereta. Inilah jam yang paling mahal pernah aku beli di Locken. Dalam masa yang sama juga punah le duit yang aku simpan, cadang nak melabur kat Detikduabelas...nampaknya lambat lagi le aku nak memakai penyu tua empat angka tu.

Abang baru beli jam ni, RMXXX. Marah ke. Tak le jawab isteri selamba aje. Itu yang aku sayang tu, tak pernah kacau hobi aku. Dulu masa aku sibuk menamam bunga, dia tak kisah, janji jangan suruh dia menyiram bunga aku yang penuh keliling rumah.

Aku pun start kereta...jom abang belanja (dengan rasa bersalah).....lama juge dia menunggu dalam kereta.



 Pembelian yang tak disengajakan.

 Sarapan pagi dengan kepala lembu, hari raya korban pun minggu depan aje.

Aku juga terpaksa melepaskan beberapa jam lain untuk menampung pembelian jam ini. Ini dinamakan ekonomi: berbelanja dengan berhemah.



Thursday, October 27, 2011

package alat jam (SOLD)

alat jam, bola kuning, dust blower, spring bar/strap pin
SOLD - QAMARUL KHAIR

Wednesday, October 26, 2011

CITIZEN DIVER 200M SCUBA NY2 (SOLD)











Case back boleh buat cermin muka....

Boleh di kunci jika tak sempat pakai.

Satu lagi jam milik saya untuk dijual. Jam tidak pernah dipakai menyelam. Gambar movement tidak dapat diambil kerana tak  nak buka case back. Jam jarang dipakai. Harga ditawarkan termasuk tali nato hitam terpakai, tetapi masih nampak baru. Harga jam ini jika baru dikedai (di Ipoh) RM699. Jika nak yang baru ini boleh saya belikan.

UNIROTATING BEZEL, 

CASE 40MM, 

TEBAL 12MM,

HARDLEX CRYSTAL


SOLD - MOHD MUZI - Rawang

Saturday, October 22, 2011

Seiko Case 7005 Movement 7009A (SOLD)













Jam  ini untuk dijual. Nak jual sebab dah lama tak pakai. Ini jam awal-awal semasa berjinak-jinak dengan jam. Masa jam baik, tidak mendatangkan masalah sepanjang saya menggunakannya. Cuma sesiapa yang nak kena faham movement jam adalah siri 7009A yang terbukti bagus sebelum munculnya 7S26 yang banyak mendominasi jam-jam seiko. Akan dijual dengan bracelet SS, iaitu yang diperolehi semasa jam ini dibeli, cuma lebih berkilat sebab latihan amali kursus mempolish tali jam dahulu. Kalau nak tali warna coklat tu pun boleh disertakan. Gambar-gambar adalah sebahagian daripada diskripsi tentang keadaan sebenar jam ini. Untuk menetapkan harga sms saya. Jamin harga dibawah RM99.- Sold:Tazali

Citizen NewMaster 22 (SOLD)

Sejarah jam ini : ini jam manual winding/kunci pertama saya. Tak tahun pun itu jam kunci. Dah balik rumah baru tahu. Nak dijual kerana kesian kat jam ni, dah lama tak pakai. Ini antara jam saya yang tak pernah timbulkan masalah. Cuma ada sedikit kekurangan pada casing jam dekat movement. Lihat gambar movement. Gambar yang dipapar adalah sebahagian daripda diskripsi jam ini.

Movement : kunci 21 jewel
Warna dail : nak kehijauan dan bersinar bila kena cahaya (susah nak ambil gambar)
Sign : pada dail : Citizen newMaster22 / 21 Jewels/ Water resistant (tidak diuji dan jangan buat)
Saiz : lebih kurang 37mm tanpa lug.
Saiz lug: 18mm
Tali : biasa-bisa aje. Kalau dicari tali kulit warna coklat pati cantik. Kalau nak warna hitam saya boleh tukarkan dengan stok lama yang ada.











Saiz 35mm tanpa crown
Lug 18m
Saiz lug ke lug: 42mm

Untuk dijual pada harga RM120 termasuk pos laju - boleh runding.
Harga YES RM100 nett.
Sold : Ridzuan, Kluang

Kotak jam 6 biji (SOLD)







Kotak jam ni barang baru, tetapi ada sikit kecacatan apabila ianya sampai tadi. Ini kerana pembungkusannya tidak sesuai. Yang dipakai sendiri juga ada sedikit kecacatan. Jika ada yang berminat, kotak jam ini hendak dijual. Pembeli: Azrul.






  • Warna: hitam
  • Material: pvc(kemasan luar), suede(dalam)
  • Bahagian atas telus daripada plastik.
  • Size kotak : lebih kurang. 30.5x10.6x7.2 cm/(LxWxH)
  • Size Pads: about 7x4 cm/ (LxW)
  • Berat: 544g
  • 6 slots dan 6 pads
  • Thursday, October 20, 2011

    Titoni Air Master Rotomatic

    Titoni adalah jenama pilihan aku pada peringkat awal berminat dengan jam lama-lama ni. Tetapi dengan penangan seiko diver, maka aku tidak berminat langsung menambah kolek si titoni. Jam swiss yang aku minat selepas itu adalah pagol. Tetapi awal bulan ni terserempak dengan titoni silver dial ni, maka terus aku sambar, sementelahan harga pun berpatutan.
    Tapi tak sangka pula lepas tu kena servis pulak... itulah risiko membeli jam lama. Itu dah dibelek-belek. Kalau beli online risikonya lagi besar. 

     Casing titoni ni cukup besarnya dan cukup tebalnya....antara faktor aku membelinya.

     Bracelet bukan milik titoni ni...gunakan stok sedia ada . Nampak seperti kena ..

     Kesan calar...tak ada masa nak polish...walaupun ada peralatan, tapi aku tak pandai bab ini...


     Semua silver/ stainless steel.

     Sign titoni pada penutup jam masih tebal/timbul

     Casing menampakkan kekukuhannya, bunga merahnya menonjol. Cermin jam masih original.

    Sign titoni jelas pada crown, dengan casing yang tebal.


     Crown masih original, tetapi bila nak setting waktu, kadang kala longgar/loose. Bila dapat jam lama-lama ni,  kena ada tolak ansur sikit...



    Dial dah mula berpatina, masalah yang selalu aku jampa ialah terdapat habuk, ini yang buat aku lemah nak pergi servis jam....

    Saiz tanpa lug :37mm
    Saiz lug: 20mm
    Saiz lug ke lug: 39mm

    Tuesday, October 18, 2011

    Tali Jam Orient Diver (SOLD)

    Tali jam ni lama tersimpan dalam laci. Hanya beberapa kali digunakan kerana tak sesuai dengan saiz tangan.
    Jadi lebih baik papar di blog. Mungkin ada yang memerlukan. Asalnya tali ini dari Orient Mako dengan lug 22mm.




    Tali jam terpakai : RM32 dengan pos

    Untuk perhatian: saiz lubang untuk spring bar kecil, tak sesuai untuk seiko fat spring bar

    Friday, October 14, 2011