Hari sabtu aku ke Kuala Kangsar. Saja nak jalan-jalan, pergi makan tengahari, isteri pulak cuti. Selalunya isteri aku kerja, kadang-kadang 7 hari seminggu dan terus sambung lagi 5 atau 6 hari. Jadi nak bawa dia pergi makan. Aku pulak boleh le tengok-tengok jika ada kedai jam di KK ni.
Memang ada sebuah kedai jam di kawasan Lembah. Lembah ni tempat yang ada banyak kedai makan tepi sungai tu. Banyak juga jam lama, tapi "conditionnya" tak tahu le. Harga pun tinggi, jadi aku hanya cuci mata saja.
Tak banyak kedai jam di KK ni. Kalau aku duduk di KK ni tentu bosan kalau nak cuci mata tengok jam. Agaknya peminat jam di KK tentu kena pegi Ipoh, Penang atau KL. Lagi satu tentunya bergantung kepada blog-blog jam yang ada untuk tengok jam.
Tak lama selepas tiba di Kuala Kangsar hujun turun dengan lebat
Aku sempat masuk dalam kereta selepas keluar dari sebuah kedai jam.
Apa nak buat? Aku hanya ditemani cik Oris. Apa boleh dibuat selain pukul gambar
Pakai seluar biru Oris hari ni. Masa beli seluar hitam
Dial jam Oris kebiasaannya mempunyai corak sebegini. Diistilahkan sebagai guilloche dial.
Lug yang cantik, berbanding model terkini. Ada crown guard. Cari kat google tak jumpa lug serupa ini lagi.
Movement eta yang ditune oleh Oris jadi Cal 571. Model terkini guna Cal 581.