Monday, December 14, 2015

Citizen AutoDater 7 (SOLD)


Citizen AutoDater 7 Jet...
Jangka hayatnya telah disambung.
Jika jam automatik yg anda pakai mati di tangan atau apabila diletak di atas meja, sedangkan anda sudah memakainya berjam-jam, jangan risau. Bawa ke kedai kerana rotor automatiknya ada masalah.
Sekarang boleh dipakai dengan hati yang gembira.

Sunday, September 6, 2015

ZENITH




For sale : DOXA





DOXA ( ladies watch)
RM1310 negotiable : Whatapps 0194618285 for details
with box
diameter : 35mm ( body only)

Thursday, September 3, 2015

SEIKO 6105 8110









SEIKO DIVER

Apa yang menarik kali ini. Tiada yang baru, jadi tulis sahaja sejarah jam aku. Ini tahun ke 6 hobi mengumpul jam sejak aku mula pada tahun 2010.

Sejarah yang mahu aku ceritakan ialah berkenaan minat aku dengan jam-jam diver, yang sudah semestinya jam mampu milik, SEIKO. Aku mula minat dengan SEIKO diver sejak dari awal lagi. Dua blog, Dunia Jam dan Detik 12 sangat meracuni tangan aku. Walaupun masih dikira murah pada waktu itu berbanding harga semasa kini, tapi aku tidak mampu. Perlahan-lahan aku mengumpul satu persatu untuk memiliki jam-jam yang aku idamkan....


 Masih kekal hingga kini

 Beli baru melalui Ebay

 Diver pertama (2010)



Diver paling mahal aku beli, tetapi bertahan tidak sampai dua bulan ( 2014)






 Boy Size

 2010



Diver never die.....tahun 2015 aku berjaya mendapat seiko diver legend 6105 8110.

.

Wednesday, May 6, 2015

OMEGA DYNAMIC

 Omega Dynamic dengan dial biru adalah model yang paling menyerlah. Paling mudah menarik perhatian.

 Sama tapi tidak serupa. Dapatkah bezakan antara kedua-dua dynamic bermuka biru?

 Muka silver, diserikan dengan jarum dan marker  warna gold diapit jalurwarna hitam. Jam ini menyerlah hanya kerana body warna gold. 



Friday, May 1, 2015

Enicar Sherpa : Jangan Pandang Sebelah Mata

Enicar Sherpa Guide. "Sherpa" itu sendiri telah menggambarkan jam Enicar model ini bukan sebarangan jam. Sherpa merujuk kepada pemandu jalan berbangsa Nepal yang gagah mendaki Everest. Disebalik kejayaan seorang pendaki, mesti ada Sherpa yang memandunya ke puncak.

Bagi Enicar, model Sherpa Guide adalah bukti ketahanan, kelasakan dan keupayaan jam Enicar mengharungi semua halangan. Tidak hairan jika selepas berpuluh tahun jam model Sherpa keluar daripada kilang pengeluarannya, kita masih menemui jam ini dalam keadaan yang baik.



Aku sendiri pada mulanya memandang sebelah mata pada Enicar. Ada kawan yang tidak berminat kerana nama jam ini tidak commercial, tidak menarik seperti mana nama "Rolex", "Omega", "Seiko" dan sebagainya. Nama Enicar adalah ejaan secara terbalik nama pengasasnya - Ariste Racine. Ini kerana Mr Racine telah pun menubuhkan syarikat Racine Watch Co. seperti yang tercatat di bawah.

"As the name 'Racine' was already a trademark, registered since 1870 by Jules Racine Sr., Emma Racine-Blatt proposed an anagram of the family name: 'ENICAR'. Ariste Racine registered his manufacture and that brand name on January 6, 1914. ENICAR was used - however - only as his telegram address. In his publications he used 'Horlogerie Ariste Racine' (see ad of November 1914 below)". -http://www.nicovandijk.net/enicarE2.htm


Brand new factory in Longeau. Since late 1919 it became 
operational and the name ENICAR was used on all products.


Justeru untuk syarikat keduanya dinamakan Enicar. Selain Enicar, jam yang dikeluarkan oleh Mr Racine ialah menggunakan jenama seperti Longeau, Etsira, Savillon, Alprosa, Swisbaby, Swisboy, Teddy, Chrono M, Sykos and Chromicar.

Jam keluaran Racine pada mulanya mengunakan movement AS, seperti mana kebanyakkan jam lain ketika itu. Tetapi akhirnya Racine berjaya mengeluarkan movementnya sendiri dengan iaitu movement AR ( Ariste Racine)

Bagaimana model Sherpa muncul? Ianya bermula sebagaimana Rolex Explorer, iaitu di Banjaran Himalaya.
Seperti mana yang tercatat di http://www.nicovandijk.net/enicarE2.htm:


"On May 18, 1956 a Swiss expedition reached the summit of the Lhotse Mountain (8,516 meters) in the Himalayas, followed by the summit of the Mount Everest (8,848 meters) four days later. All expedition members were wearing ENICAR Seapearl watches. They all turned out to be very reliable - as the Nepalese sherpa's were - which led to the brand name ENICAR Sherpa. That name was registered on November 6, 1956. From that moment on many Sherpa varieties (over 100 different designs) were introduced. The top wrist watch was the Sherpa-Graph featuring the Valjoux 72 movement, which you may find in a ROLEX Daytona as well.

In 1957 the famous (replica) sailing ship Mayflower II was crossing the Atlantic with an ENICAR Sherpa attached to its keel. The watch survived the trip and thus the 'Ocean Pearl' was born. A variety of this watch was the Sherpa Dive, which was introduced in 1958, followed one year later by an improved model. An other stunt was organized in January 1963: a regular Sherpa wrist watch was (notarized) placed on a ski, which was used for one week during downhill races. Needless to say that the watch - though frozen from time to time - was waterproof."

Dengan keyakinan tersebut tidak menghairankan jika mereka berani menggunakan slogan "Precision time in space, on the earth and over the seas" dalam tahun 50an.

Selepas membeli hampir 100 biji jam baru aku jatuh hati dengan Enicar. Model Sherpa Guide GMT menyebabkan aku mula membaca sejarah panjang Enicar yang akhirnya bankrup pada tahun 1988. Mereka seperti mana jenama-jenama yang telah pupus lainnya tidak mampu menongkah gelombang jam quartz yang murah. Kini walaupun masih wujud tapi telah dimiliki oleh syarikat yang berpengkalan di Hong Kong.

Posting yang menarik untuk dibaca tentang peminat Enicar http://forums.watchuseek.com/f11/joy-collecting-vintage-enicar-watches-726015.html


Ultrasonic, tm untuk Enicar
Name:  enicar 100 fathom.jpg
Views: 2964
Size:  153.0 KB

Gambar gambar di bawah adalah daripada pelbagai laman web dan forum yang membincangkan tentang jam Enicar Sherpa.

Name:  Sherpa_Graph.jpeg
Views: 2480
Size:  94.9 KB
Sherpa Graph : sangat cantik sebagaimana Omega Moonwatch. 
http://forums.watchuseek.com/f11/enicar-sherpa-graph-300-a-603051.html


Name:  Enicar Jet.JPG
Views: 2832
Size:  174.3 KB
Sherpa Jet


Sherpa Super Jet

Semua ada: 
http://forums.watchuseek.com/f11/joy-collecting-vintage-enicar-watches-726015-8.html
page 8

Super Dive
http://forums.watchuseek.com/f11/joy-collecting-vintage-enicar-watches-726015-8.html


Sherpa Diver 600; diuji oleh US Navy


Test report

Sherpa OPS



Sherpa Super Divette

Aqua Graph



Rujukan terbaik Sherpa Guide, Perfect
http://forums.watchuseek.com/f29/fs-enicar-sherpa-guide-best-example-ive-seen-vostok-europe-n-1-free-g-shock-237373.html

http://forums.watchuseek.com/f11/joy-collecting-vintage-enicar-watches-726015-13.html

Most of the pictures above from http://forums.watchuseek.com/f11/joy-collecting-vintage-enicar-watches

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Apa yang aku ada yang menyebabkan aku jatuh hati:

 Sherpa Guide







Kita di Malaysia mungkin tidak akan mendapat jam-jam Enicar Sherpa yang cantik -cantik di atas. Dapat yang biasa biasa ini pun aku bersyukur sangat. Selamat membaca.