Friday, March 4, 2011

SEIKO 6138 0030


Dail ori, tapi dah berpatina. Doom crystal. Second hand juga perlu penukaran kerana hujungnya dah rosak sedikit.


Gambar kurang jelas, kamera cap ayam, bukan salah jam. Sign pada dial Seiko Speedtimer. Day dalam English dan Arabic. Jadi ini untuk pasaran timur tengah.


Bazel dah uzur, perlu diganti. Daripada rujukan menunjukkan bazel ini pun bukan milik asalnya, sepatutnya warna hitam, brown colour ni biasanya milik bullhead. Nanti kita cari jika ada modal.


Dari sisi jelas kelihatan seperti kereta kebal pulak.



Telah dipolish dengan baik oleh pemilik asal. Tarik produksi Disember 1975.
Bracelet original XGB 320, mungkin inilah yang dikatakan fish bone. Aku pun tak pasti.


Movement cukup bersih


Buckle clasp dengan sign Seiko


Dua sahabat, yang satu lagi tu perlu masuk spa jam.













Preview



nantikan selanjutnya....

Thursday, March 3, 2011

JAM LOCENG MEKANIKAL CHINA (SOLD)

Jam loceng dengan pergerakan ibu ayam sedang mematuk ni adalah nostalgia aku masa sedang bersekolah dahulu. Seingat aku jam ini masa aku bersekolah di darjah empat (1979). jadi bila aku jumpa jam ini, terus aku beli. Salah satunya aku nak jual kepada yang berminat, iaitu yang warna bronze. Yang ss itu untuk simpanan aku.

Peringatan untuk yang minat, jam ni kena kunci setiap hari, jika tidak ianya akan lewat dan tak bergerak. Aku pun jarang kuncinya, lebih kepada perhiasan aja. Ralit tengok ayam tu mematuk. Aku ada jumpa saiz yang lebih besar.

Jam yang ditawarkan adalah baru beserta kotak asal. Bukan antik pun. Kalau nak jam loceng lama Made in China pergi le ke Pasar Locken Ipoh, ada banyak. Tapi tak tahu le berfungsi atau tak. Yang ni confirm.


no. 1 : body kemasan ss ( personal collection)
no.2 : kemasan warna bronze, pergerakan lebih mantap berbanding yang no. 1. Untuk dijual RM45 siap pos.

STRAP BARU UNTUK 7002 7001



Beruntung betul 7002 7001 ni, walaupun mulanya tidak sempurna, akhirnya dapat juga dia pakai barang import. Semalam baru balik dari service, kemudian dapat pula strap baru, original pula. Naik le nilainya. Muka lawa, jadi sekarang hari-hari le dia berkhidmat untuk tuannya. Nanti jika ada rezeki lebih saya akan carikan stok untuk sesiapa yang berminat.


Sunday, February 27, 2011

SEIKO DIVER 7S26 0050 (SOLD)


ahli keluarga baru jammasa, alamak bezel tak centerlah....

Jam ini lama tersimpan. Hari ini aku masukkan gambar-gambar selepas diservis pada hujung November baru-baru ini termasuk alat ganti baru. Jam telag bergerak dengan baik apabila digoyang-goyangkan lebihkurang 20 saat. ( ini cara nak gerakkan jam seiko)

Dial jam masih ok, terdapat sikit ketidakrataan dekar marker 9 (atas perkataan masa)

 Bezel cantik, cuma tak boleh putar. Aku tidak baiki, biarkan saja.

 Pernah jumpa jam ini NOS. Price tag kalau tak salah aku RM800 keatas

 Marker cantik, diver 200m biasa aja.


 Mungkin jam ini keluaran tahun 1996 atau 2006



Movement 7S26A  Japan




Tali masa aku beli jam ni, tali rubber murah. 

saiz jam : 33mm ( 41mm dengan crown)
lug : 20mm
tali: nato black ( tali rubber akan diberi sekali)
servis terakhir: akhir Noverber 2011
(tarikh update: 14 Dis. 2011)
Berpisah jua akhirnya ....

manual jam 7s26 http://www.seikowatches.com/support/ib/pdf/SEIKO_7S26_35_36.pdf

Terima kasih Muzi.

Saturday, February 26, 2011

Seiko diver reference

Ini antara post yang sangat aku suka sampai juling biji mata melihatnya, patutlah ramai yang gila bayang dengan seiko diver.


http://www.makedostudio.com/watches/seiko-divers/

seiko diver juga adalah salah satu sasaran penghasil jam-jam tiruan. Populariti seiko diver membolahkannya dijual dengan harga yang lebih baik. Justeru berhati hatilah dengan mengenali jam ini. Jam ini juga sebenarnya banyak yang direfurbished dengan aftermarket part seperti dial, insert bezel dan sebagainya. Itu adalah biasa bagi jam lama. Cuma kita jangan terbeli jam yang sememangnya tiruan daripada case hinggalah ke movementnya juga bukan  cal 6309.

artikel berikut sangat berguna sebagai panduan tentang jam kesukaan ramai ini

http://forums.watchuseek.com/f281/how-buy-seiko-6309-diver-collectors-buying-guide-140799.html