Friday, August 12, 2011

Langkah berikutnya.....

Akhirnya aku mengikut langkah rakan-rakan bloger jam sebelum ini yang turut menjual jam. Sebenarnya aku tak berani untuk memulakannya kerana aku tiada pengalaman dalam menjual barang-barang ni.Pengalaman pertama apabila aku terjumpa set alat jam di pasar minggu. Walaupun aku dah ada satu yang dibeli di locken, tetapi kali ini aku beli 1 set dengan tujuan untuk dijual semula supaya mudah sesiapa yang nak membelinya. Selepas berjaya dijual aku terus diam, tetapi apabila Walikad bertanya tentang alat jam tersebut, aku tergerak hati untuk cari stok baru. Terus aku borong 3 set yang masih ada. Harga dapat pun tinggi. Tapi masih boleh jual. RM50 tak mahal sebab dah campur kos pos laju RM7.00. Buyer pun faham, tiada banyak tawar menawar. Biasanya terus jadi.

Tetapi apabila mendapati sukar untuk mendapatkan tool atau aksesori jam, aku mula mendapatkannya daripada luar. Ini bermula dengan bola kuning, asalnya untuk kegunaan sendiri, tetapi akhirnya apabila ada permintaan terus aku dapatkan diebay termasuk dust blower. Jangan pelik sebab aku pun tak ada simpan dust blower tu, semua dijual. Susah nak dapat dust blower dengan harga murah di ebay. Kemudian beli tali nato untuk kegunaan sendiri, kemudian beli lagi untuk dijual bila ada permintaan. Aku cuba untuk beri harga yang rendah supaya kawan-kawan seronok.

Untuk akan datang , ada barang baru iaitu 1 set spring bar, tool set dan display box. Jika nak boleh booking dulu.

Kemudian masuk fasa baru, aku nak jual jam. Jam aku tak banyak, jadi tak dapat nak jual. Jadi untuk permulaan, aku tolong jual jam kawan-kawan. Aku tak pandai nak cerita tentang jam. Setakat tahu jam ni jalan atau tidak aja. Jadi tengok le gambar-gambar yang di muatnaik.Jika berminat hubungi le untuk bincang harga.

Thursday, August 11, 2011

Tali nato baru : semua untuk dijual.



Tali atas " sand colour" manakala bawah grey colour. Pilih mana suka.
Kelima-limanya bersedia untuk dijual. Bersedia bertugas walau dimana jua.
Tali nato hijau dan hitam 22mm tu boleh rujuk dalam posting sebelum ini.
Sangat sesuai dipadankan dengan seiko 7002, SKX007 dan 6309 pun cantik. Ada satu sahaja. Boleh booking untuk aidilfitri nanti.
Blackk and grey James Bond nato band style 22 mm






Nato grey (sold), sand( 2 sold,) dan james bond (sold) RM 49 termasuk pos biasa

Sunday, August 7, 2011

SEIKO 5 7009 3110 jam kenang-kenangan

Milik siapakah jam ini?
Jam ini lama tersimpan dalam almari bapa. Ianya tidak pernah aku lihat sehinggalah pada penghujung tahun 2010 yang lalu. Jam ini aku kekalkan dalam keadaan asalnya, kecuali bracelet telah aku cuci.
Dari segi fizikal memanglah jam ni tak seberapa, hanya designnya yang meniru design popular Rolex.
Jam ni bersiri no 700041, rasanya keluaran oktober 1987.
Bracelet asal.
Menggunakan movement 7009A, mungkin tahun-tahun 80an

Terdapat sedikit kesan karat...masuk air , kata tukang jam. Mungkin kerana tindakan tergesa-gesa aku semasa mencuci braceletnya.
Cerminnya banyak kesar calar, menunjukkan ianya digunakan sepenuhnya. Pemilik asal jam ini adalah arwah Hj Yahya, iaitu datuk saya. Beliau meninggal pada November 1991, pada hari aku balik bercuti dari Bangi. Selepas itu jam ini disimpan sahaja oleh bapa, sehinggalah aku menyimpannya. Kadang kala aku pakai jam ini. Alfatitah untuk arwah...Banyak kenangan aku dengan datuk, seorang yang suka bergurau dengan cucu-cucunya. Aku masih menyimpan sehelai baju melayu yang dihadiahkannya ketika aku berangkat ke Bangi  pada tahun 1989.
Seiko 5 seperti ini masih ada dipasaran dengan movement 7S26, harganya lebih kurang RM600 (belum diskaun)

Sunday, July 31, 2011

SELAMAT BERPUASA

SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN BLOGER SERTA RAKAN-RAKAN YANG MENGUNJUNGI BLOG JAM MASA TERUTAMA YANG  SUDI MEMBELI BEBERAPA ITEM DARIPADA SAYA.


DI BULAN RAMADHAN INI AMAT PENTING UNTUK MEMAKAI JAM YANG PALING TEPAT WAKTUNYA......

Tuesday, July 26, 2011

PAGOL manual wind



Rupa case back, ada calar-calar. Tidak di polish.
Tertera perkataan Ginsbo watch Co.
Movement manual, uzur pada case, movement masih ok. Belum service.
Pokok kelapa tu yang tak tahan dilihat bagi peminat pagol
Jarum saat cukup panjang. Gambar / warna dail tak jelas, kualiti camera handphone. Muka jam dikira kemas, tidak berserabut. Tak tahu  model apa.....kat case back tulis 63106
Ada bayang-bayang sikit kat jam 6, sebab pakai baju oren. Crown bukan ori, nak cari boleh. Tapi mahal. kali terakhir RM20 untuk Pagol 707.
Tali biasa aja, masa beli pakai tali seiko....punca jam di Locken, Ipoh.

Preview khas untuk sahabat dari kuantan

Tuesday, July 12, 2011

Puncher

Minat terhadap jam menyebabkan adakala kita bertindak diluar batasan. Bagi aku yang bertangan kecil ini, bila memakai starp kulit, jam selalu tergelincir. Maka aku perlu menebuk satu lubang baru. Aku mencari puncher yang kecil, tetapi sukar. Yang ada diinternet tak mahal, tetapi bila campur kos penghantaran, ianya merugikan. Akhir aku beli yang ini, kalau yang murah seperti aku punya ni, kurang daripada RM20. Isteri aku diam tak terkata. Alat ini besar, jika nak tau besar mana click gambar.Jadi kita mesti bijak  mengelak, dengan mengatakan ianya boleh digunakan untuk menebuk lubang pada tali pinggang aku atau anak-anak sebab aku ada 2 anak lelaki. Adakah ini WIS?

Sunday, July 10, 2011

Cara buka casing jam lebih mudah


Cara seperti di atas dapat mengelakkan calar-calar semasa membuka casing jenis screw. Kadangkala  ianya terguris dengan dalam yang boleh mengakibatkan jiwa kita juga terguris. Dengan menggunakan bola ini, kita hanya menekan bola pada casing dan putarkan seperti biasa. Kalau rasa ketat, kuat sedikit tenaga semasa menekan bola dan memutar casing jam. Untuk menutup semula casing jam juga boleh gunakan bola. Kemudian pastikan casing jam telah benar-benar ketat.

Sesuai untuk dibawa ketika membeli jam lama. Kalau nak buka jam lebih mudah dan dapat mengelak risiko mencalarkan jam yang hendak dibeli.

Sesuai juga untuk peminat jam amatur seperti saya....

Cara lain buka casing jam jenis screw

Saya ada satu alat iaitu bola warna kuning untuk buka casing jam. Mungkin tuan-tuan pernah mendengar atau melihat alat ini, tapi kat malaya tak pernah jumpa lagi orang jual. Kalau mahu, saya nak jual satu biji. Barang baru dan baik punya.

                                                                      Bola ajaib



alat untuk meniup habuk yang melekat kat movement, dail etc


RM16 siap pos laju setiap satu


Dust blower 5 SOLD