Saturday, August 20, 2011

TALI NATO HIJAU DAN HITAM 20MM & 22MM (RM32)



Aksesori wajib untuk pemilik jam-jam diver seiko, citizen, orient dsbnya dengan lug 20mm atau 22mm

 Citizen dengan tali nato hitam paling sesuai.

6309 boleh dipakai dengan mana-mana tali nato. Nampak lebih gagah berbanding dengan pakai bracelet.

 Dua warna yang mesti ada bagi peminat jam diver.

 7002  7001 dengan tali nato hijau
 6309 729A dengan tali  nato hijau

Nelson dengan tali nato hitam

 Nato 22 mm pada seiko 7002. Cara pemasangan yang mudah. Sebaik-baiknya dengan fat spring bar bagi seiko diver.

nato 20mm pada citizen. Warna hijau lebih military look. 



Tali nato baru (tanpa jam)  RM32 setiap satu dengan pos biasa. Beli dua jimat kos pos.

Nato black 20mm (available) 
Nato black 22mm (available)
Nato green 20mm (out of stock)
Nato green 22 mm (out of stock)
Nato green 18mm (available) RM39.00

Wednesday, August 17, 2011

TALI NATO VERSI BOND


Dah lama tak beli jam baru, jadi untuk menghilangkan kebosanan aku menukar-nukar tali jam. Ini termasuklah beberapa jam diver aku yang tak sesuai dengan tangan aku jika dipakaikan rubber starap originalnya seperti citizen dan orient. Paling tidak bermasalah ialah rubber strap seiko yang flat atau wave design.

Akhirnya aku dapat satu nato G10 yang dikatakan dipakai oleh pelakon James Bond. Harga boleh tahan. Memang sesuai dengan tangan aku yang kecil. Masalahnya aku baru terjumpa satu web yang mendakwa bond tidak pakai nato G10, sebalik tali fabric, one piece dengan fabric keeper, bukan metal.
Rujuk disini: http://xtrememeantime.forumotion.com/t5396-bond-but-which-bond boleh juga baca disini 
http://www.timeandgems.com/In-Search-of-the-Real-James-Bond-Watch-Strap-_b_51.html

Inilah gambar tali canvas yang dipakai oleh James Bond, gambar ini diambil dari internet dan cukup popular.

Satu lagi gambar yang menunjukkan Bond memakai tali canvas. Gambar juga dari internet.

Gambar dibawah ialah jam-jam koleksi JAMMASA yang dipakaikan dengan nato G10 ala-ala James Bond.

 Citizen diver dengan Nato G10, jam ni jadi warna warni...

 Tali sesuai untuk tangan yang bersaiz kecil

Layan.....


Gambar-gambar berikutnya, seiko 7s26 0050 dengan tali nato bond
Sememangnya meracuni mata betul tali G10 nato bond ni..



 Kemudian diberi peluang kepada kepala seiko berhelmet pula merasai tali nato....

 Daripada maklumbalas, seiko helmet ini turut memuji tali nato bond ini, selesa katanya...





Nampak sikit kelainan pada seiko helmet ini, helmet ini menurut pandangan mata Jammasa tidak menarik jika tali kulit

Menggunakan tiga warna, hitam, olive green dan merah


Saturday, August 13, 2011

PC : ADIX DELUXE- SOLD

 ADIX DE LUXE, jam yang dikeluarkan oleh Montres Orfina S.A Granges.

Jam pertama dalam simpanan Jammasa yang mempunyai dial klasik...buku yang jadi latar belakang itu pun klasik juga.

Masa bujang dahulu gila membeli dan baca buku-buku lama, selalu masuk kedai buku lama....

Swiss made...kemungkinan lama betul jam ni, cermin dah mula retak seribu, dial yang popular dalam tahun 50an....berdasarkan pemerhatian daripada jam-jam yang mempunyai dial yang sejenis.

Casing masih elok, warna keemasan tetapi tidak dinyatakan berapa micron. Boleh perhatikan ada no siri pada casing dekat lug

"Shockproff"

Movement barsih, bergerak dengan lancar.

Jam-jam lama penuh dengan keseniannya. Saiz 29 mm tanpa crown



Tak tahu nak cakap apa fasal "movement"nya, lihat ajalah, yang penting bersih. Saiz lug 16mm

Perbandingan "case back" dengan duit syiling 5 kupang








ukuran jam tanpa tanpa crown : 29mm
ukuran dari lug ke lug: 35mm
ukurun lug: 16mm



CITIZEN NEW MASTER 21 JEWELS

DAIL WARNA BIRU MTERDAPAT KESAN PEMUDARAN










MOVEMENT CITIZEN BERFUNGSI DAN BOLEH DIPERCAYAI, KUNCI MESTI JALAN

CASE BACK BELUM DIPOLISH

MARKER  MENARIK

SIGN CITIZEN, CUMA TIADA END LINK SAHAJA

PANDANGAN SISI, CROWN TIADA SIGN CITIZEN

UTNUK DIJUAL DENGAN HARGA RM180.00 - BOLEH RUNDING, HUBUNGI JAMMASA

Friday, August 12, 2011

Oris Star (SOLD)

 DESIGN TERSENDIRI ORIS STAR 17 JEWEL BLACK DIAL


 TALI KULIT YANG LEMBUT, ADA KESAN PEN..KALAU TAK NAK BOLEH TUKAR LAIN.


 BACK CASE JENIS SCREW, MUDAH DIBUKA MENGUNAKAN BOLA KUNING


 PANDANGAN SISI,


 PANDANGAN SISI, BUKAN CROWN ASAL

 PERGERAKAN MANUAL

 MOVEMENT BERSIH
 TARIKH SERVICE TERAKHIR
MILITARY STYLE, LUMINOUS DAH PUDAR.

Jam untuk dijual, maklumat lanjut klik http://jammasa.blogspot.com/2011/11/oris-star-manual-winding.html

Langkah berikutnya.....

Akhirnya aku mengikut langkah rakan-rakan bloger jam sebelum ini yang turut menjual jam. Sebenarnya aku tak berani untuk memulakannya kerana aku tiada pengalaman dalam menjual barang-barang ni.Pengalaman pertama apabila aku terjumpa set alat jam di pasar minggu. Walaupun aku dah ada satu yang dibeli di locken, tetapi kali ini aku beli 1 set dengan tujuan untuk dijual semula supaya mudah sesiapa yang nak membelinya. Selepas berjaya dijual aku terus diam, tetapi apabila Walikad bertanya tentang alat jam tersebut, aku tergerak hati untuk cari stok baru. Terus aku borong 3 set yang masih ada. Harga dapat pun tinggi. Tapi masih boleh jual. RM50 tak mahal sebab dah campur kos pos laju RM7.00. Buyer pun faham, tiada banyak tawar menawar. Biasanya terus jadi.

Tetapi apabila mendapati sukar untuk mendapatkan tool atau aksesori jam, aku mula mendapatkannya daripada luar. Ini bermula dengan bola kuning, asalnya untuk kegunaan sendiri, tetapi akhirnya apabila ada permintaan terus aku dapatkan diebay termasuk dust blower. Jangan pelik sebab aku pun tak ada simpan dust blower tu, semua dijual. Susah nak dapat dust blower dengan harga murah di ebay. Kemudian beli tali nato untuk kegunaan sendiri, kemudian beli lagi untuk dijual bila ada permintaan. Aku cuba untuk beri harga yang rendah supaya kawan-kawan seronok.

Untuk akan datang , ada barang baru iaitu 1 set spring bar, tool set dan display box. Jika nak boleh booking dulu.

Kemudian masuk fasa baru, aku nak jual jam. Jam aku tak banyak, jadi tak dapat nak jual. Jadi untuk permulaan, aku tolong jual jam kawan-kawan. Aku tak pandai nak cerita tentang jam. Setakat tahu jam ni jalan atau tidak aja. Jadi tengok le gambar-gambar yang di muatnaik.Jika berminat hubungi le untuk bincang harga.