Sunday, September 2, 2012

Parker 51 - minat baru



Minat baru, mencari fountain pen...akhirnya aku jumpa juga pen Parker 51, antara pen parker yang dicari peminat fountain pen. Carian di ebay dan web kebanyakannya menunjukkan pen ini ada nilainya.. termasuk nilai ringgitnya. Nantikan cerita seterusnya tentang pen.........

dari bacaan di beberapa web site : kemungkinan parker 51 di atas keluaran antara tahun 1948 hingga 1957, itu pun jika semua part parker 51 ini original. Aku berpendapat sedemikian kerana Parker 51 dengan aerometric filler di perkenalkan pada tahun 1948, dakwat superchrome untuk kegunaan parker 51 sahaja diperkenalkan pada tahun 1948 dan imprint Superchrome pada filler sleeve berakhir pada tahun 1957. Jika benar apa yang aku baca ini, pen ini sekurang-kurangnya berusia 55 tahun. Hanya Allah yang mengetahuinya.....

gambar penuh di http://koleksijammasa.blogspot.com/2012/09/parker-51-vintage.html

sesiapa yang mempunyai pen parker 51/45 yang rosak untuk dijual, boleh hubungi saya, saya bersedia membeli jika harga berpatutan..

3 comments:

  1. Saya pun masih mencari pen ni Cikgu Zul...jumpa parker 45...saya beli jugak dulu yg itu

    ReplyDelete
  2. saya pun baru belajar tentang parker 51, alhamdulillah dalam 2 mingg saya jumpa tanpa perlu beli di ebay.
    Nanti boleh le kongsi gambar parker 45 tu

    ReplyDelete
  3. Boleh InsyaALLAH...free nanti saya upload gambarnya

    ReplyDelete