Friday, December 13, 2013

Merenung kembali sepanjang 2013

Tahun 2013 semakin ke penghujung. Aktiviti dunia jam aku pula sangat berkurangan di penghujung tahun. Mengemaskini blog pun tidak aku lakukan. Maklumlah tiada jam-jam baru yang boleh aku paparkan. Aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada rakan rakan yang sudi masuk ke blog aku ni. Jika tahun lepas aku memaparkan jam-jam yang aku ada sepanjang tahun 2012, tahun ini aku akan lakukan perkara yang sama. Banyak daripada jam-jam yang aku paparkan itu terjual juga akhirnya. Tetapi formatnya akan berubah tahun ini. Setiap hari aku paparkan satu jam sahaja.
13.12.2013
# 1 Longines Grand Prize box set
sold (2015)

14.12.2013
#2  RADO NCC 101 sold

15.12.2013
#3 SEIKO PRESAGE
SSA011J2
RM550 nego
like new

16.12.2013
 #4 SEIKO ORANGE MONSTER
jam koleksi terawal 2010-2013
sold

17.12.2013
#5 SEIKO 5606 5160
sold

18.12.2013
#6 MIDO COMMANDER
FOR SALE RM1350 Nego

21.12.2013
#7 ROLEX PRECISION 6694 
sold 2015



#8 ROLEX PRECISION 6694
update 26/10/2014 SOLD


22.12.2013
#9 ROLEX PRECISION 6694 sold



23.12.2013
 #10 ROLEX AIRKING 1002
RM5400 nfs




#11 ROLEX 1007
sold 2015


Semua Rolex di atas mempunyai bracelet original

24.12.2013
#12 OMEGA DYNAMIC AUTOMATIC 

#13 OMEGA DYMANIC 
SOLD

25.12.2013
 #14 OMEGA CONSTELLATION CALENDER
RM2100 NFS


#15 OMEGA CONSTELLATION PIE PAN
RM3200 NFS

Semua Omega Constellation di atas hadir dengan bracelet butir beras

26.12.2013
SPEEDY 861 '92
RM7800 NFS
 update 1.1.2014

Hari ini bermula tahun 2014. Sebanyak 16 biji sahaja jam yang sempat aku post ke blog. Susah juga nak mendisiplinkan diri rupanya. Cadangan asal, aku akan upload jam-jam yang masih kekal dalam simpanan aku. Antara jam yang tidak sempat aku upload ialah sebiji pagol, sebiji titoni dan beberapa biji seiko serta sebiji rado.

Untuk tahun 2014 masih terlalu awal untuk menjangkakan apa akan terjadi kepada jam-jam di atas. Sudah terdetik untuk menjual beberapa jam di atas. Tetapi aku akur menjual jam tidak semudah membeli jam. Belum tentu jam yang kita ada diminati oleh orang lain.

2014 ini aku akan meningkatkan disiplin diri untuk mengurangkan pembelian jam. Ini supaya aku boleh membeli jam yang membolehkan aku berehat panjang. Banner blog 2014 adalah gambaran perjuangan tahun ini. Selamat tahun baru 2014 untuk semua pembaca blog ini.




Tuesday, December 10, 2013

Kembar


Sudah lama aku mencari kembar jam constellation koleksi aku ini. Puas aku menggoogle gerobok pok cik google, tetapi tidak juga ketemu.Tujuan aku nak memastikan sama ada muka jam aku ini ada kembarnya.


Hari ini aku bertemu juga. Aku ketemunya di ebay. Ada sedikit perbezaan yang mana jam kembarnya ini tiada skrip "officially certified".Harganya boleh pusing kepala iaitu US$1699.95. Cuma tiada maklumat tentang calibre yang di pakainya. Dial 2 tone hampir sama


alat main jam NOS



org order....kemudian senyap. dah 2 minggu. Maka saya jual di blog.
Barang terakhir NOS dari kedai....jual "as is"...

RM SOLD nett dengan pos laju. ( lebih berkualiti daripada 16 pcs tools set)

gambor lame kome tengok di sini le, gambar atas guna camera talipon aja

http://jammasa.blogspot.com/2013/09/tools-nos.html

Monday, December 2, 2013

Kotak jam 8 slot





kotak jam yang telah banyak dijual. datang semula dengan model 8 slot  ( tiada kunci)
harga terbaik RM  SOLD dengan pos laju.
2 buah sahaja.