Monday, December 31, 2012

SEIKO 7005 8190

Seiko 7005 8190, memang jarang sesangat kita jumpa. Aku sendiri berbelah bagi nak labur atau tidak. Selain jam ini, terdapat sebiji lagi Seiko 5 Sport. Harga sama, kondisinya pun sama, tidak terurus.Jam nampak pelek, seperti ada sesuatu yang tidak cukup, iaitu  bezel. Aku rasa seperti bezelnya ditanggalkan. Nampak gonjeng. Akhirnya labur juga selepas runding harga .

 Gambar awal sebelum operasi pembersihan. Bintik-bintik halusl pada cermin adalah titisan cat.Kesan cat juga terdapat pada bahagain bawah bracelet.Bracelet juga banyak calar.
Usaha menanggalkan bracelet juga mengambil masa. Mujur ada lubang di tepi kaki lug. Spring bar juga penuh DNA sipemilik sebelum ini. Menurut penjual, jam adalah milik sendiri. Di tangan penjual terdapat jam pagol 2000, mahu RM400 katanya. Selepas bracelet ditanggalkan, lebih banyak kekotoran yang terserlah.
 Bracelet dengan clasp SEIKO. Jika jam-jam lama dapat dibeli dengan bracelet asal, pada aku ianya satu bonus. Sementelahan ianya cukup-cukup untuk tangan aku.Gambar di bawah menunjukkan bracelet jam juga tidak pernah dicuci. Perkataan "Stelux" sukar dibaca.
Setelah selesai membuang segala daki, barulah digilap dengan autosol bahagian backcase jam.Kemudian baru buka tutup belakang. Maka terserlah le pancaran sinar daripada movement jam 7005A.Wow, meme bersih. Aku cukup puas hati.Lebih bersih daripada movement 7005 yang pernah aku miliki dahulu. Dengan usia belasan atau  puluhan tahun ku tak pasti

Rupa jam selepas selesai kerja pemuliharaan dan pemeliharaan. Dipakaikan dengan tali nato. Bracelet sudah bersinar semula. Muka jam betul-betul bulat. Ini diperkuatkan lagi dengan kaki lug yang kontot. Dengan saiz 39mm, ianya nampak besar.
Penutup belakang jam cukup baik, tiada goresan yang menikam hati.Ini menunjukkan movement ini tidak bermasalah, kerana begitu jarang penutupnya dibuka.
Dengan serial no. 461584, jam ini selewat-lewatnya keluaran Jun 1994 atau paling awal Jun 1984. Aku kurang pasti bila movement 7005 ini mula digunakan. Tetapi melalui semakan menggunakan Seiko Date Production Culculator ianya memberikan tarikh Jun 1974. Tapi rasanya tarikh itu sangat keterlaluan. Mungkin disebabkan penggunan movement 7005 mengambilmasa lebih daripada 10 tahun maka, ianya memberikan tarikh terawal penggunaannya. Jika jam ini dihasilkan pada tahun 1984 , maka wajar kita hargai kemampuan seiko menghasilkan jam berharga rendah dengan kualiti yang sangat baik.

Seiko 7005 8190 ini juga terdapat dalam dial bewarna biru. Hak di atas dial maron. Gambar jam seperti di atas juga boleh dibaca di laman berikut, jelas jam aku ini keadaan ori dan lengkap.
http://jamtanganautomatic.blogspot.com/2012/12/for-sale-seiko-automatic-7005-8190.html
http://www.speedtimerkollektion.com/shop/product_info.php?products_id=2297

Boleh pergi ke link berikut untuk menyemak tarikh jam seiko anda berdasarkan movement dan no sirinya.




Sunday, December 30, 2012

Saturday, December 29, 2012

SEIKO LM 5606 5160 -


Mencari spare part untuk jam-jam lama memang menyakitkan terutama jika pelek sikit daripada yang lain. Contohnya jam Seiko LM 5605 5160 di bawah ni.


Sekali pandang memang nampak ok. Tapi sebenarnya cermin jam dah uzur, maklum le plastik, memang tak nampak dengan mata kasar jika tengok gambar dalam blog ni. Sebaik aku dapat jam ni terus cari di ebay jika ada orang nak jual cerminnya. Malang tak ada pula. Tanya pada Uncle Rama pun tak ada. Susah mahu dapat cermin empat segi, katanya.

Malam ini tergerak hati nak tengok-tengok jika ada di ebay sekali lagi. Ohhhh! Alhamdulillah, malam ni ada. Ada 5 biji lagi tu. Jadi jika ada sesiapa nak mencari spare part seiko lama-lama cuba-cubalah pergi ke http://www.ebay.com/sch/schillachi61/m.html?item=400358307116&ssPageName=STRK%3AMEWAX%3AIT&rt=nc&_trksid=p2047675.l2562

Inilah ropanye cermin jam LM yang dah diorder tu. Harap-harap bersinar le satu-satunya Seiko dress lama aku ni nanti.

Wednesday, December 26, 2012

omega de ville









omega de ville
manual winding
movement tak dapat snap, buka ikut atas
bracelet silver dan tak boleh potong
jalan cantik


Thursday, December 20, 2012

Tissot -

aku tertarik dengan dial jam yang cantik. Telah direlume aku rasa.
jam boy saiz... hadiah untuk isteri.



semasa membeli jam ini aku berbual sikit dengan uncle rama...

U.R : dulu semua spare part murah. Ini gear baru 5 ringgit ( sambil menunjukkan sekotak kecil gear-gear jam yang pelbagai saiz swiss made)
JM : macam-macam brand ada dalam...
UR : gear tak ada gigi pun ada. (sambil menunjukkan contohnya)
JM : uncle ada mesin buat dia punya gigi ke?
UR : mana ada, sendiri buat la, pakai gergaji...
JM : ooooooooo (aku tak boleh bayangkan macam mana nak buat gigi-gigi gear yang halus tu)
UR : sekarang tak boleh buat lagi.....
JM : (uncle boleh repair dan service jam pun sudah bagus)...aku berkata-kata dalam hati.
.......antara perbualan aku fasal spare part jam-jam yang beliau ada.



Monday, December 17, 2012

GP for sale











layan gambar GP di atas - manual winding - jam dari era 70an

Hubungi atau sms untuk runding harga...........0194618285

RADO MR PRESIDENT




jam rado milik seorang sahabat jam.......memang cantik.
Terima kasih En Jamal atas keizinan menyiarkan foto rado president untuk rujukan peminat rado

Sunday, December 16, 2012

nangis tengok pagol 707 pagomatic

Tahun 2012 hampir melabuhkan tirai. Anugerah-anugerah dalam industri muzik bertali arus. Bagi peminat jam-jam lama tiada istilah melabuh tirai. Aku sendiri beberapa kali berkata-kata nak mengurangkan pembelian. Aku realisasikan dengan menjual banyak jam-jam koleksi aku sepanjang 2012 ini. Tetapi mata kata suka, mata kata cantik. Tangan kata belilah.

Jadi ini mungkin, ulang sekali lagi ...mungkin jam terakhir untuk 2012.
Pagol 707 Pagomatic 25 J original kecuali 19mm bracelet (pinjam cyma punya - memang masuk)

Jam ini nampak cantik bila dah dipakaikan dengan bracelet oyster. Asalnya datang dengan bracelet aftermarket. Tidak kemas dan nampak biasa. Jadi selepas aku buat operasi khas jam ini nampak hidup semula.

Kemas di tangan - operasi berikutnya kilatkan jam bila- bila  tension nanti.
Lug 19mm memang menyusahkan untuk mendapatkan tali kulit atau bracelet yang sepadan. Alhamdulillah, aku ada seutar bracelet 19mm oyster yang tersimpan dalam laci sekian lama. Tali dibeli di ebay sesuai untuk rolex asalnya.
Kebiasaannya jam yang dipaparkan di blog, facebook dan sebagainya dah dicantik dan dibersihkan. Sebenarnya kadang-kadang jam tersebut sangatlah kotor, tak dijaga dengan baik. Rasanya kalau dibersihkan tentu harganya lebih baik. 

Lihatlah keadaan jam ini sebelum aku memakainya....

 Dengan saiz 36mm tanpa crown jam ini cukup memarik penampilannya.

 Tidak tahulah sudah berapa lama dipakai oleh pemilik terakhirnya sebelum di jual kepada broker jam.
Aku terpaksa menggunakan playar untuk menanggalkan bracelet jam ini. 
 Spring barnya jenis berkualiti, sebab tak pernah ditukar berpuluh tahun hingga penuh daki. Untuk membuka spring bar ini aku terpaksa merosakkan braceletnya dengan playar.
Crown asal dengan sign pokok kelapa. Case back sememangnya calar teruk. Nak menangis aku tengok. Aku rasa pemilik jam ini bukan pengumpul jam, tetapi inilah satu-satunya jam yang dia ada. tapi alhamdulillah, bahagian atas jam ini tidak dibelasah dengan teruk, kecuali cerminnya sudah bercalar halus.

Wednesday, December 5, 2012

SEIKO LM 5606 5160 cool

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.............lama tak update blog. Tak ada cerita menarik atau perkembangan terbaru yang boleh aku ceritakan. Dunia locken juga aku tinggalkan hampir sebulan lamanya. Kalau tak ke sana maksudnya tiadalah perkembangan baru dalam koleksi aku. Sebenarnya aku dah lama meninggalkan kaedah pembelian jam dalam talian.

Perkara yang aku suka bila cuti sekolah panjang ialah kembalinya Amar Variasi Jam ke Ipoh. Bila adanya Amar adalah peluang aku nak bersidang dengan peminat jam di malam buta.Rasanya tak ada orang akan menolak untuk berjumpa jika dijemputnya.

Inilah hasil persidangan jam di Batu Gajah dengan sahabat jam yang lain Saudara Sulaiman dan Bro Razif  King Rado. Perkara yang pelik kadang kala berlaku, persidangan yang bermula sekitar 10 malam dan berakhir hampir 1.30 pagi dengan berpuluh jam di atas meja, ada sebutir jam yang tiada sesiapa menyedari kehadirannya. Sewaktu berkemas pulang baru terlihat. Hanya dalam beberapa  minit itulah jam tersebut berpindah milik......

 Dail biru bukanlah kesukaan aku. Ricoh, Bullhead, Seiko 6139, Seiko 7106 muka biru semua telah bertukar tangan. Gambar-gambar lain akan menbyusul kemudian, web album blog ni dan penuh.
Special jam ini ialah movementnya boleh hack dan manual winding. Tapi malangnya aku tak boleh nak snap gambar movementnya. kena buka ikut atas. Aku pun tak ada dress watch seiko. lebih-lebih lagi design empat seginya akan menambah kepelbagaian jam-jam aku. Rasanya tentu cantik jika pakai long sleeve biru nanti.