Saturday, December 29, 2012

SEIKO LM 5606 5160 -


Mencari spare part untuk jam-jam lama memang menyakitkan terutama jika pelek sikit daripada yang lain. Contohnya jam Seiko LM 5605 5160 di bawah ni.


Sekali pandang memang nampak ok. Tapi sebenarnya cermin jam dah uzur, maklum le plastik, memang tak nampak dengan mata kasar jika tengok gambar dalam blog ni. Sebaik aku dapat jam ni terus cari di ebay jika ada orang nak jual cerminnya. Malang tak ada pula. Tanya pada Uncle Rama pun tak ada. Susah mahu dapat cermin empat segi, katanya.

Malam ini tergerak hati nak tengok-tengok jika ada di ebay sekali lagi. Ohhhh! Alhamdulillah, malam ni ada. Ada 5 biji lagi tu. Jadi jika ada sesiapa nak mencari spare part seiko lama-lama cuba-cubalah pergi ke http://www.ebay.com/sch/schillachi61/m.html?item=400358307116&ssPageName=STRK%3AMEWAX%3AIT&rt=nc&_trksid=p2047675.l2562

Inilah ropanye cermin jam LM yang dah diorder tu. Harap-harap bersinar le satu-satunya Seiko dress lama aku ni nanti.

4 comments:

  1. Alhamdulillah, ada orang berjual wali.Mahal sikit pun tak apa.

    ReplyDelete
  2. Sdr Zul, crystal akrilik lama kualitinya amat baik dan tak perlu diganti baru kalau tak retak. Cukup dengan menggilap dengan kertas pasir halus dan kemudian dengan Autosol pada permukaan tepat berserenjang dengan muka kaca. Insya-Allah berkesan.

    ReplyDelete
  3. Ya betul tu Tuan Usin, brgnya dah sampai,kualitinya tak sama, bucunya tajam sikit berbanding dengan yg ori. Kena buat adjusment sikit sebab longgar bila pasang . Yang asal dah banyak retak pada bahagian dinding crystalnya. Yang baru simpan buat sparepart aja la dulu.

    ReplyDelete