Thursday, March 3, 2011

JAM LOCENG MEKANIKAL CHINA (SOLD)

Jam loceng dengan pergerakan ibu ayam sedang mematuk ni adalah nostalgia aku masa sedang bersekolah dahulu. Seingat aku jam ini masa aku bersekolah di darjah empat (1979). jadi bila aku jumpa jam ini, terus aku beli. Salah satunya aku nak jual kepada yang berminat, iaitu yang warna bronze. Yang ss itu untuk simpanan aku.

Peringatan untuk yang minat, jam ni kena kunci setiap hari, jika tidak ianya akan lewat dan tak bergerak. Aku pun jarang kuncinya, lebih kepada perhiasan aja. Ralit tengok ayam tu mematuk. Aku ada jumpa saiz yang lebih besar.

Jam yang ditawarkan adalah baru beserta kotak asal. Bukan antik pun. Kalau nak jam loceng lama Made in China pergi le ke Pasar Locken Ipoh, ada banyak. Tapi tak tahu le berfungsi atau tak. Yang ni confirm.


no. 1 : body kemasan ss ( personal collection)
no.2 : kemasan warna bronze, pergerakan lebih mantap berbanding yang no. 1. Untuk dijual RM45 siap pos.

1 comment: