Wednesday, March 16, 2011

Mengunjungi Otai Jam

Pukul 4 ptg tadi aku mengunjungi Otai Jam Locken. Dah janji nak hantar jam untuk dilimaukan. Harap-harap helmet aku boleh dipulihkan. Tanya dikedai, kos melimaunya lebih mahal dari harga beli. Beliau selain menjual jam di Locken juga boleh repair jam. Tadi Pak Cik Yazid tunjukkan 2 jam yang cun, Omega Seamaster dan Pagol 1000. Antara ilmunya nak tahu cermin jam retak seribu atau tidak (cermin jam mahal le). Dok sembang hampir satu jam, banyak pengetahuan dan cerita menarik yang aku dapat. Minum nescafe pun dalam cawan klasik kedai kopi tahun 70an.

6 comments:

  1. pagi tadi dapat sebijik rado dekat super kinta

    ReplyDelete
  2. hebat berburu tu. Esok turun ke super kinta ke. Kalau turun boleh jumpa. Saya punya citizen diver manual winding on the way...

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum en zul,
    salam perkenalan dari BR. t kasih kerana telah sudi berziarah ke blog BR. mengenai permintaan en. zul itu, BR izinkan. krn itu juga BR tidak pernah meletakkan sbrg watermark di situ. semoga gambar2 tersebut membawa manfaat buat en. zul.

    BR pun meminati jam juga suatu ketika dahulu tetapi dh lama 'berehat' atas sebab kekangan masa & tugasan.

    BR amat berbesar hati sekiranya medium blog boleh dijadikan tempat perkongsian ilmu.

    terima kasih sekali lagi.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih BR. Blog saudara pun menarik, berkisar kehidupan masa lampau yang saya juga merasainya.

    ReplyDelete
  5. citizen diver? amik dgn cik yazid ke?

    ReplyDelete
  6. Tak. Ambik dengan orang lain. Nanti ada masa saya upload fotonya.

    ReplyDelete