Ahad 20.11.2011
Petang tadi aku ke Sungei Wang Plaza. Lama betul aku tak ke situ. Masa sedang belajar dulu-dulu ada le pergi, itu pun awal tahun 1990an. Aku sempat masuk 3 kedai jam aja. Berjalan dengan anak-anak ni tak boleh nak bebas sikit, anak yang kecil pula tak berapa sihat. Semasa di sebuah kedai jam di Sungei Wang Plaza aku dapat pegang (aja le) dua biji Orient Cal. 469 40th anniversary edisi terhad. Finishing SS dan black PVD coated. Jam ini menjadi buruan pengumpul Orient, lebih-lebih pula edisi terhad. Harga pula dalam kategori mampu milik.
Dengan saiz 45mm, tangan aku memanglah tak sesuai, berat pula tu. Bukan rezeki aku le nak pakai jam tersebut. Kalau tak salah, jam tersebut keluaran ke 6XX, tak ingat le dengan tepat. Aku pulak tak terfikir nak ambil gambar jam tu. Memang seronok masuk kedai jam, leka dibuatnya.
Isnin 21.11.2011
Petang tadi singgah sebentar ke kedai jam membeli tali jam. Masa aku sampai towkeh jam sedang melayan pelanggan...jam yang dibelek tak lain tak bukan Orient limited edition.Ada dua ketul, SS dan PVD coated. Aku tanya towkeh jam, berapa nombor siri. .... Jam baru seminggu sampai. Orang yang membelek jam membeli untuk rakannya yang memesan jam tersebut.. Akhirnya kedua-dua ketul orient 40th anniversary tu kena sambar. Tak sempat aku nak pegang pun. Moral cerita ini, kalau sesiapa berminat dengan jam ini, terus sambar dam masuk poket ( macam orang yang beli tadi) bimbang aku pun berminat agaknya.

No comments:
Post a Comment