Friday, December 30, 2011

Pagol V5 cantikkkkkkkkkkk. - SOLD














Jenama Pagol memang selalu menyebabkan orang jatuh cinta pandang pertama. Sebagaimana aku tertarik dengan jam ini, begitu juga dengan pengunjung blog aku. Buat kali kedua jam Pagol aku dilamar. Walaupun sukar melepaskannya, tapi lebih baik dilepaskan waktu masih sayang, justeru cinta itu makin mendalam. Tapi janganlah buat kat isteri macam tu....

Jam V5 maroon ni dial sememangnya cantik. Markernya timbul, lumenya dak kekuningan, masuk dengan warna maroon tu. Semua jarum jam original. Crown original. Case back ada pokok kelapa dan cukup kilatnya. Wow!!!! Merata-rata ada tanda jenamanya....


ORIENT DIVER CAL. 469 - 40th Anniversary


















Sejarah awal jam Orient bermula pada tahun 1901 apabila pengasasnya Shogoro Yoshida membuka syarikat pemborong jam di Ueno, Tokyo. Syarikat pengeluaran jam pula ditubuhkan pada Julai 1950. Mulanya dibawah nama Tama Instruments Co. Ltd dan setahun kemudian ditukar kepada Orient Watch. Co. Ltd. Selepas 60 tahun, Orient watch Co. masih menjadi pengeluar jam yang dipercayai penggemarnya diseluruh dunia.

Fakta yang perlu diketahuai ialah Orient watch Co. adalah antara segelintir pengilang jam yang menggunakan "in-house movement" untuk jam-jamnya sendiri. Ini bermaksud Orient Watch Co. membangun dan mengeluarkan sendiri movement jam untuk jam-jam dibawah jenama Orient. terima kasih kepada Orient's Technical Centre yang bertanggungjawab membangunkan "in-house movement" untuk Orient.

Jenama jam syarikat ini dikenali dengan nama Orient, Orient Star dan Royal Orient yang khusus untuk pasaran domestik Jepun. Antara sejarah yang tercatat dalam rekod Orient ialah pengenalan Orient Star dalam tahun 1951, pengenalan Orient Finess yang menggunakan Cal3900 (dengan ketebalan 3.90mm) dan pengenalan Cal. 46940 pada tahun 1971.

Jam keluaran terhad ini adalah tanda meraikan keluaran Orient King Diver  40 tahun dahulu iaitu tahun 1971 dengan movement caliber 469. Istimewa jam ini dengan no siri 0100/2000 iaitu unit ke 100 daripada 2000 keluaran terhadnya.

Gambar-gambar ini dah lama menanti giliran untuk masuk ke blog. Hari ini baru sampai giliran mereka. Jam ini jam diver jumbo dengan saiz 45mm, dengan crown 49 mm dan dari lug ke lug 51mm.
Jam ini adalah baru, belum potong tali pusat. Lengkap dengan warranty daripada orient. Apa yang pasti anda mendapat jam baru dengan "in-house movement" yang telah terbukti kelasakannya
Telah dijual : Bro Li BMW: Meru, Ipoh
Terima kasih Otai Jam, Cikgu Ku.

.

* harga kedai RM1150, harga blog jammasa RM950. Boleh nego sikit lagi....

Jam turut disertakan dengan kotak keluaran edisi terhad.

Monday, December 26, 2011

Fuhhh lega...

Hari ini orang cuti, aku kena kerja la pulak. Bagaimanapun lega, beban yang dipikul siap. Untuk memujuk hati hari ini aku ubah selera, pakai jam benrus aku dengan tali nato, hijau lagi tu. Sebelum ni tali yang sama dipakai oleh seorang rakan pada damas dial cerah juga. Sekarang aku cuba pulak pada jam aku setelah tali ni terbiar dalam blog...18mm hijau...layan le jam aku ni. baju hijau, seluar hijau serta pakai jam jeneral 3 bintang benrus










Friday, December 23, 2011

Instruction Paper untuk pemilik Orient

Rasanya ramai pemilik jam orient diluar sana yang kebanyakkannya memiliki jam-jam lama yang tiada instruction manual. Jika ada pemilik jam orinet multi year calender atau world time, tahukah anda bagaimana hendak menggunakannya. Jangan risau, click link di bawah untuk mendapatkan ilmu tersebut.


http://www.orient-watch.com/support/manuals.php#search

yang ini adalah manual paper untuk orient mako dengan caliber EM
http://www.orient-watch.com/support/pdf/K5b.pdf

Selepas ini sesiapa yang nak jual orient lama, bolehlah print manual ini untuk disertakan dengan  jam bagi kepuasan pelanggan.

Monday, December 19, 2011

Beg Jam No 7 (SOLD)

 Badan warna Silver

 Perlu dimiliki oleh pengumpul jam, baru boleh display jam. Kalau belum penuh, sebagai motivasi untuk memenuhkan slot-slot yang kosong

Cepat ambil, beg ini bukan selalu jumpa. Terus ke rumah anda dengan pos laju. 

Berkilat, barang baru.

Kotak terakhir yang ada dalam simpanan saya
Harga jualan : RM150 dan RM10 untuk pos laju.
Sold ; Ridzuan, Kluang

Beg Jam No 6 (SOLD)

 Badan beg warna silver, aluminium, ringan. Kurang daripada 2 kg.

 Boleh masuk 32 jam, tetapi kena faham kalau jam besar-besar kena jarak juga, bimbang berlaga.

Cantik, antara stok terakhir. 
.
Harga jualan : RM150.00, kos pos laju tambah RM10.00
Sold: Bro Kamarozaman, Ganu. 

Beg Jam No 5 (SOLD)


COD : Sahabat Locken. Terima kasih tuan.

Sunday, December 18, 2011

Citizen Manual 17 Jewel (SOLD)

Ini adalah jam citizen terakhir yang nak dijual. Jam ini telah berada di dalam koleksi aku semenjak awal tahun ini. Jangan terkejut jika aku katakan aku ada dua jam macam ini. Boleh rujuk posting ini http://jammasa.blogspot.com/2011/03/citizen-17-jewel-diver-look.html  Kekurangan jam ini ialah bracelet bukan dia punya. aku dapat dulu dengan  tali kulit murah. Crown tak ada sign. Badan berkilat-kilat. Dial bersih. Jarum elok, ada lume lagi. Kekurangan yang lain ialah ada calar pada bezel dan case back akibat penggunaan.

Movement Citizen 17 Jewels Manual. Sesiapa berminat boleh semak foto -foto lain movement sejenis di google dengan menaip citizen manual movement/ citizen homer.

Crown tiada sign citizen. Mungkin ini jam biasa-biasa aja

Buka penutup belakang dengan pisau. Ada calar sikit.

nak pakai tak malu, muka licin. Aku suka bezelnya serta dialnya yang tiada tetingkap haridantarikh.

Kekurangan lain jam ini ialah dialnya tak boleh nak rapat pada ring, maka ianya bergerak-gerak masa memutar crown. perhatikan ada ruang antara marker 1 - marker 5. Disebabkan aku malas dah nak menguruskan jam ini, jam ini dijual sebagai "part" dan "as is basis". Jam ini juga tidak pernah disevis. Jadi ketepatannya tidak diuji kerana dah lama tak pakai, sehingga kini kunci terus jalan. 

Harga jualan Tawaran YES RM99 dengan pos laju.

Sold : Ridzuan, Kluang

Saturday, December 17, 2011

Berkursus di Ampang

Dah lama aku tak berkursus jauh-jauh. Subuh tadi aku dan dua kawan sekerja bergerak ke Hotel De Palma, Ampang. Kursus yang dihadiri pelik bunyinya, tetapi sangat bermanfaat untuk guru, motivator, ibu bapa. Malah ada pegawai HR yang pergi. Kebanyakannya atas pembiayaan/inisiatif sendiri. Ini menyedarkan aku, untuk meningkatkan profesionalisme, kita perlu mencari ilmu-ilmu baru. Ianya baik untuk membuat refleksi terhadap amalan sedia ada kita dan seterusnya memperbetul dan memperbaharui amalan-amalan kita selama ini.

Paling aku respect, seorang ibu muda membawa bayinya yang aku rasa berumur kurang daripada 6 bulan turut serta. Masyaallah, anaknya langsung tidak menangis atau merengek.

Tajuk Kursus: Kursus Mendorong Pelajar Kelas Corot (sangat sesuai dengan aku) disampaikan oleh Pn Ainon  Mohd, CEO PTS Publications.

Balik dari Ampang terus masuk KL untuk beli ole-ole........


Kalau ada rakan-rakan yang nak, sms saya.
Rujuk posting sebelumnya  http://jammasa.blogspot.com/2011/12/pamerkan-jam-yang-anda-sayang.html

Friday, December 16, 2011

Bracelet 20mm Solid SS






Tali jam ini dibeli untuk dipakaikan pada Seiko Bullhead. Malangnya dah resize pun masih longgar kerana hanya boleh keluarkan 3 link sahaja. Maka saya nak jual bracelet ni.

Condition : 99 % new
Solid.
Push button buckle
Finishing; brush
Tiada tanda jenama pada buckle
(ada 2 unit)
Harga : RM36.00 dengan pos biasa.

Tali nato 20 & 22mm - Tawaran YES- Sold



Tali nato berharga RM32 satu  ini adalah tali jam yang paling berjaya dijual. Sebagai tanda  terima kasih kepada sokongan rakan pembeli selama ini, 1 set terdiri daripada tali nato 20mm dan 22mm di tawarkan untuk jualan dengan harga tawaran


Sold: Wan Nasron, Desa Pandan

Thursday, December 15, 2011

Kedai Jam di Ipoh

Hari ini aku keluar makan tengahari dengan isteri. Cuti-cuti ni kalau boring aku jemput orang rumah di tempat kerjanya untuk keluar makan. Sementelahan tadi nak ke Pusat Pos Laju. Dalam pada itu sempat aku singgah kat kedai jam, cadangnya nak repair jam aku.

Aku singgah dulu di kedai jam di Jalan Sultan Iskandar. Sedang aku layan tengok jam Orient, tuan kedai bercerita kat aku, kedainya tidak lagi menjual jam-jam orang putih kerana harga yang semakin mahal. Dulu boleh jual, sekarang harga Titoni sudah enam ribu lebih. Orang pun tak berani pakai, katanya. Satu lagi katanya syarikat jam orang putih (swiss) pilih kedai. Mereka tak mahu jam mereka dijual di kedai kecil. Semua mahu jual di supermarket besar, keluh uncle tu. (update:tahun 2014 kedai ni dah tutup. Tamat riwayat semua lagi kedai jam lama di Ipoh)

Rasanya di KL pun sama keadaannya, jam berjenama hanya boleh jumpa di   pusat membeli belah terkemuka atau kedai jam yang establish seperti City Time di Pertama Kompleks. Sesiapa  yang pergi ke Pertama Kompleks boleh jumpa satu kedai jam yang hanya digunakan sebahagian ruangnya, manakala satu sudut kerja yang bercermin sudah berhabuk tebal dan bersawang seperti ditinggalkan bertahun-tahun lamanya tanpa diusik.

Aku saja tanya uncle tu, di Ipoh ada ke kedai jual Rolex. Tak ada lagi, jawabnya. Rolex sudah tarik. Memanglah, baru-baru ni aku pergi kedai jam di Pekan Lama, kedai yang jual Rolex tu tidak jadi ejen lagi. Sebelum ni siap ada pengawal keselamatan di kedai jam tersebut. Akhirnya jam aku pun tak boleh buat, tak ada spare part, mahal jawab Uncle tu. Mungkin dia pun tak mahu lagi menyusahkan diri mencari alat-alat ganti jam orang putih yang mahal. Lebih mudah jual jam Jepun dan jam-jam murah sekarang ni.

Kedai kedai jam lama di Ipoh kebanyakannya menjual jam-jam Jepun atau jam-jam murah. Bilangan kedai pun tidaklah banyak. Keadaan ini mungkin kerana Ipoh bukanlah bandar besar sebagaimana keadaannya sebelum tahun 1980an, ketika perlombongan bijih timah menjadi nadi ekonomi negeri Perak. Ketika era itu, mungkin ramai pelombong, peniaga dan orang-orang yang terlibat dalam industri bijih timah menyebabkan kedai-kedai jam ini boleh hidup. Kedai-kedai jam yang masih boleh kekal ini hanya mampu menjual jam-jam Jepun seperti Seiko, Orient dan Citizen.

Seterusnya aku ke Pekan Lama. Nampak susah aku nak repair jam aku ni. Sebuah kedai jam yang kecil aku tuju. Tak boleh buat, tak ada spare part. Jam cantik, puji tukang jam. Akhirnya aku pergi ke kedai kebiasaan aku repair jam. Setelah di buka, tiga barang kena ganti. Harga RMxx, beritahu Uncle tu. Dalam lingkungan harga yang biasa aku kenalah. Nampaknya aku kena tunggu dululah, aku ada keutamaan lain dulu...Misi aku nak tahu kos repairnya dah terjawab. Ok Uncle, tahun depan saya hantar.......

update : refer map road kat link ini. Sepanjang jalan market di Pekan Lama ( seberang Sungai Kinta ),
ada dua kedai jam, dua-dua pun boleh repair jam, tapi aku tak pernah buat kat situ. Kedai Uncle Rama, di Jalan Panglima, very nice guy.
https://maps.google.com.my/maps?q=jalan+panglima+,+ipoh&ie=UTF-8&hq=&hnear=0x31caec7c35902c7b:0x24165bab92f67854,Jalan+Panglima,+30000+



kedai jam uncle rama  24 jalan panglima, pekan lama, ipoh


Wednesday, December 14, 2011

Beg jam 32 slot no 3 (SOLD)






Harga beg jam 32 slot RM150 + RM10 pos laju
COD : Sahabat Locken

Beg untuk 32 biji jam (SOLD)


 Barang baru

 32 biji jam boleh disimpan





Harga beg RM150 + RM10 pos laju.
$old : Bro Tazali.

Beg Jam untuk 23 biji jam (SOLD)

 Barang baru

 Disertakan sehelai kain alas

 Bantal selesa untuk jam.

 Bantal kemas di dalam slotnya

 Binaannya memuaskan

 Kalau ada beg, baru bergaya. Teringat masa darjah 4 (1979), bapak aku beli beg kotak sebagai beg sekolah. Seorang satu untuk kami tiga beradik. 

 Berdiri

 Baring pun boleh

Kunci pun ada.

Harga beg jam RM150.00 + Pos Laju RM10. (RM160.00)

COD : Sahabat Locken

Zulu Maratac PVD Coated - SOLD




(Harga  RM90.00 nett dengan pos biasa)

Beg Jam ( Tawaran harga pengenalan)- YES - SOLD

 Badan beg daripada aluminium

 Boleh dikunci

 Boleh isi 32 biji jam

 Cantik untuk mempamerkan jam semasa perjumpaan dengan rakan-rakan

 Boleh juga gantung jam dress anda

 Mudah dibawa

 Jam dengan lug 22mm pun boleh masuk, disediakan sehelai pelapik tambahan.

SOLD : Tuan Rahim, Manjong - COD kat McD. Rakan yang menjadi pelanggan pertama Jammasa.