Sudah setahun lebih aku berjinak dengan jam. Khamis lepas aku balik ke rumah ayahanda. Tergerak hati nak mencari sebiji jam loceng yang pernah digunakan oleh keluarga kami dalam tahun 80an. Jam ini aku tahu masih ada dan rupanya sangatlah buruk. Baru-baru ni aku dah jumpa, tapi bila tengok keadaanya bertambah buruk, aku letak semula di dalam setor. Badannya dah berkarat, ada kemek kerana jatuh dan sememangnya pada aku masa tu tak ada nilainya.
Tetapi hari khamis tu aku tersangatlah boringnya. Maka aku cari jam tu semula dan terus aku buka penutup belakangnya. Terkejut beruk aku sebab movementnya dengan nombor 11a masih tersangat sempurna, tiada karat sebab bahannya tembaga dan ada kesan-kesan minyak. Bila dikunci movementnya terus bergerak. Aku pun terus bertekad nak menggilapnya semula. Rugi pulak terlupa nak ambil gambar keadaanya semasa aku jumpa. Cuma pemutar untuk hournya dah tiada. Susah nak cari tu. Jam-jam jenis ini ada di Locken tapi aku tak pernah bertanya harganya.
Tataplah beberapa gambar dibawah untuk menggambarkan betapa aku rasa seronok memulihkan semula rupanya dan sekarang tidak berhenti ia berdetik di meja kerja aku bersama jam ayam aku. Jam ni juga dah diberi tugas untuk membangunkan aku pada pukul 5.00 pagi esok. Jam ini mempunyai 2 sub dail iaitu untuk alarm dan sub dail second.
Movement begitu baik, tak perlu servis rasanya.
Cuma rupanya buruk, termasuk body SSnya sukar dipulihkan semula.
PERGHH, brg german ni..abg try hanto celup kroom balik body tu..dekat area paloh, ade buat
ReplyDeleteBagus juga idea tu. Dah gosok, tapi sebab lama terbiar.
ReplyDeletesalam
ReplyDeletebro nak lepaskan ke....