Sekarang ini di Gopeng adalah musim durian. Gopeng yang terletak dilaluan utama ke Kuala Lumpur memang tempat yang strategik untuk berniaga buah durian. Aku bukanlah nak cerita tentang buah durian Gopeng yang terkenal tu, tapi hari menuai buah tembikai batu kat sekolah aku pagi tadi. Posting ni sebagai tanda penghargaan buat rakan sekerja Puan Or yang begitu commited dengan kebun sains pertaniannya walaupun bertitle opah.
Sebahagian daripada hasil tuaian Rock Melon
Beginilah teknik yang digunakan, gunakan polibag
Dengan penjagaan yang rapi, buah yang segar bugar dapat dihasilkan
Memang cantik buahnya, harga pasaran boleh tahan buah ni.
Dituai selepas dua bulan ditanam
Pn. Or sedang memetik buah yang sudah matang
Inilah kebun rock melon yang pertama untuk tahun ini.
No comments:
Post a Comment