Saturday, April 23, 2011

RICOH

Biasanya kalau peminat jam Jepun hanya memberi perhatian kepada  jenama Seiko, Citizen dan Orient. Jenama yang kurang nilainya adalah seperti Ricoh dan Takano ( sekali dengar macam jenama jentolak Jepun). Ricoh pula lebih dikenali dengan jenama kamera atau mesin fotostat (berkaitan dengan optical lens)

Aku sendiri memiliki dua butir jenama Ricoh. Beli sebab nak mencuba dan faktor harga. Setakat ini puas hati dengan sumbangan jam ini dalam mengatur waktu aku. Carian di internet menemukan aku dengan maklumat berkaitan. Kepada yang minat boleh baca di  http://seikoholics.yuku.com/topic/91. Bolehlah simpan sebutir dua. Mungkin nilainya rendah, tetapi peminat jam bukan hanya melihat pada nilai harga, tetapi kepada kualiti produk itu sendiri dan mungkin sejarahnya.

Contohnya lihat pada iklan Ricoh berikut

http://seikoholics.yuku.com/topic/91

Perhatikan keyakinan Ricoh untuk memberi jaminan selama sepuluh tahun.
http://store.vintagepaperads.com/servlet/-strse-45349/1973-Ricoh-Watch-Ad/Detail

Antara model Ricoh, iaitu Sakura yang banyak kedapatan di blog/ebay.


http://seikoholics.yuku.com/topic/91
Ricoh TV pun ada, sebijik macam Seiko
http://seikoholics.yuku.com/topic/91

Ini adalah tangan aku yang dipakaikan dengan Ricoh, tapi tak tahu model apa. Aku tertarik dengan kombinasi warna dial, marker, hand yang nampak klasik dan window daynya. Tapi malangnya aku tak tahu nak setting day. Setelah mencuba beberapa kali, aku tak buat lagi, risau  rosak.

Starp yang dibekalkan biasa aja, begitu lembut.

Movementnya tiada sign Ricoh seperti jam aku yang sebiji lagi. Tetapi selepas aku memakai jam ini selama 3 hari ini ianya tidak mengecewakan. Crown ada sign "R" untuk Ricoh.

Lug saiz 20. Itu yang menjadikan jam ini cantik. Kebiasaannya jam-jam seperti ini saiz lugnya 18mm.

 Case back berkilat

Paparan di case back sudah tidak jelas. Mungkin telah terlebih polish. Terdapat logo helang.

Jam ini banyak ciri-ciri seperti jam yang saya ada kecuali bezel dan sign

http://www.flickr.com/photos/chrissy1554/1482325650/

3 comments:

  1. rasenye suku sakat dynamic wide....

    ReplyDelete
  2. Mungkin keluaran awal sebelum kemunculan dynamic dan diikuti dynamic wide ada window day kat jam 12nya serta logo "W" serta bezel stail rolex http://seikoholics.yuku.com/sreply/968/Ricoh-Dynamic-Wide-1966-intro

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum ,

    saya ada jam RICOH lama yg model dia seakan akan model diatas ( gambar no 5 dari atas dan gambar terakhir ) tetapi lain sedikit sebab beza dia ada lambang "W". Kaler seakan akan silver perak dan jarum dia pun lain. Selalunya orang akan ingat saya pakai jam rolex. Cina cina kat sini selalu tanya. Asal jam ini datok saya yg punya. Soalan saya berapa market pasaran jam mcm ni eh ? terima kasih :)

    ReplyDelete