Sejak akhir-akhir ni aku jatuh hati dengan Seiko choronograph yang lama-lama dari era 70an. Hujung minggu ni aku bawa jam chrono aku jumpa pomen jam. Aku komplen le fasal inner ring jam yang dipasangnya tak betul kedudukannya. Rupa-rupanya jam aku ni 3 in 1. Macam kopi 3 in 1 pulak. Kata pomen tu dial jam aku ni jam lain punya (franken le tu). La, aku ingatkan case back aja salah sebab pakai 6139 6002, rupa-rupanya dial pun tak betul. Sebelum ni aku dah cari model jam tu di internet, jumpa dialnya, tapi casing tak sama.
Akhirnya..................baru aku tahu, casingnya 6139 6040, dialnya dari model 6139 6020 dan case backnya 6139 6002. Memang hebat tukang jam yang mengkahwinkan jam ni. Walaupun franken, tapi aku sayang jam ni sebab sedap dipakai dan dipandang. Nasib baik le harga aku beli berpatutan.
Setelah diselidiki, Seiko 6139 6040 ada dua jenis dail sahaja, warna oren dan light gold. Bezelnya hitam dan brown. Jam ni ada masalah bezel kerana hampir semua gambar yang aku jumpa di internet, bahagian bezel warna grey telah pudar hingga jadi putih (rasanya aluminium). Nak cari aftermarket memang tak ada.
Model 6139 8020, dail warna brown ni jarang kedapatan, biasanya warna biru. Harga model ni boleh tahan jugalah. Kalau nak tahu berapa harga buka kat ebay.
http://swx.com.sg/forum/showthread.php?11284-Vintage-Seiko-chrono-6139-8020-brown-dial
Seiko model 6139 6040, dail warna oren. Bezel insert menghadapi masalah pudar warna greynya.
Model 6139 6040, dail light gold. http://time-corp.blogspot.com/
Ini jam franken aku
.
.
Kalau ada kawan-kawan yang nak jual dial asal (part) 6139 6040 bagi tahu le, kalau ada part case back pun boleh juga jika harga berpatutan.
More photos can be view here
http://cid-3998751f47d8540c.photos.live.com/play.aspx/SEIKO%206139%20-%206032%20%5E5SPEEDTIMER%5E6%20%5E0%20%5E56040-7020-7050%5E6
Sold : Bro Din, Batu Gajah, collector seiko chrono
Sold : Bro Din, Batu Gajah, collector seiko chrono
Sy memang berminat dengan jam-jam yang mempunyai bezel, tak kira diver atau chrono. Harapnya cikgu dapat jumpa dengan apa yang dicari tu
ReplyDeleteRasanya mustahil, tapi kalau rezeki siapa tahu.Jam-jam diver chrono ni masih ada, cuma nak dapat yang elok dan harga yang kita mahu yang susahnya.
ReplyDeleteMinggu lepas jumpa 6139 6002 in good condition, tapi saya tak terbuka hati nak beli.